Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Tuesday, September 7, 2010

Ucapan Tahniah Aidilfitri..

   Ucapan Tahniah ini tidaklah dilarang,malah ianya merupakan sunnah Rasulullah s.a.w .Inilah salah satu sunnah yg patut di pelihara.Ucapan yang patut kita amalkan ialah"Taqabballallahu minna waminkum"Semuga   Allah menerima ibadah kami dan ibadah anda sekalian.Itulah ucapan para nabi apabila mereka bertemu dan berjabat salam .Hujah bertahniah pada hari raya ialah bersandarkan ucapan tahniah pd saat kita memperoleh nikmat atau terhindar dari sesuatu bencana.Begitulah caranya kita mengucapkan tahniah sempena Aidilfitri.Tahniah ini mengandungi doa,semuga Allah menerima segala amalan kita selama bulan Ramadhan.
  Bagi mereka yg menjalankan ibadah puasa, menahan lapar dan menahan diri dari segala perbuatan yg boleh merosakkan puasa,ucapan ini sungguh bermakna. Amal ibadah yg dilakukan dgn penuh cabaran itu diharap dpt diterima oleh Allah S.W.T.
   Setelah saling doa mendoakan ,mereka bergembira sebagai tanda kesyukuran kerana dapat memjalankan kewajipan dgn penuh ikhlas. Doa dan kesyukuran ini sgt mustahak bg kita agar kita tidak lupa kpd Allah S.W.T pada saat2 bersukaria.
    Tetapi bagaimanakah rasanya ucapan tahniah bg mereka yg tidak menjalankan kewajipan ini dgn baik?Bagaimanakah keadaan org yg bersukaria pd hari raya ini semata-mata sebagai tradisi dan menyalahi lunas2 islam?Tentunya mereka sendiri yg lebih mengetahui.Tapi yang jelas,perbuatan mereka itu tiada bermakna dan sia-sia sahaja.Itulah sebabnya disunatkan bg kita mandi dan berpakaian serba indah sebelum pergi menunaikan solat Aidilfitri,begitu juga ketika berkumpul bersama keluarga, handai taulan dan jiran tetangga.Sudah menjadi kebiasaan pada hari itu,kita saling mengucapkan Tahniah dan saling memohon maaf.Anak2 bersimpuh dihadapan ibubapa,menghulurkan tangan memohon ampun dan maaf .Bagi mereka yg tidak dapat berkunjung antara satu sama lain pula,mengutus kad ucapan selamat hari raya atau melalui pelbagai alternatif teknologi terkini.Akhirnya semuga Allah menerima segala amalan kita sepanjang Ramadhan ini.Wallahualam..SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,MAAF ZAHIR BATIN.

0 comments:

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink