Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Thursday, February 24, 2011

Kongsi Info..

Resepi sudah, kisah family pun sudah, gambar family pun dah banyak..hari ni Ariana cuma nak berkongsi sedikit info menarik buat tatapan teman-teman semua..Ariana ambil ni dari majalah "dara.com"keluaran karangkraf..bagus juga majalah ni rupanya..macam-macam ada..bukan ariana punya ni..anak dara ariana lah yang punya..hehe..selagi ianya membawa manafaat apa salahnya..

1.Planet Pluto mengambil masa 248 tahun untuk mengelilingi matahari. Setiap 20 tahun ia mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar dengan planet Neptune.
2. Kebanyakan debu yang beterbangan dirumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.
3.Kandungan emas dilaut adalah 200 kali ganda berbanding didaratan.
4. Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalanraya sepanjang 96,000 km.
5. Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam sehari.
6. Orang lelaki lebih mudah mendapat buta warna, 10 kali ganda berbanding wanita.
7. Tekanan jantung manusia mengepam darah adalah cukup kuat sehingga setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.
8. purata setiap manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam, sementara itu hidung pula dikatakan boleh mengenal pasti lebih 10,000jenis bau yang berbeza.
9. Matahari memiliki tenaga yang cukup untuk menerangi bumi bagi tempoh lebih dari 5 juta tahun lagi.
10. Setiap kali kita melangkah kehadapan, kita sebenarnya telah menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan. 

wow..macamtu rupanya..subhanallah dan wallahua'lam.

2 comments:

cikcleopatra said...

wow!!thanks 4 sharing this info ;)

ariana said...

Thanx..baru sikit sangat tu..:)

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink