Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Tuesday, March 8, 2011

Bedak asas beri kesan positif.

Tahukah anda, tidak akan lengkap solekan tanpa bedak asas atau foundation? Bedak asas bukan sahaja menyempurnakan solekan tetapi menjadikan wajah lebih berbeza dan solekan mampu bertahan lebih lama.
Bedak asas melindungi serta melindungi kulit wajah dari sebarang cela seperti jerawat, bintik-bintik hitam, parut dan kedutan. Untuk mendapatkan kesan yang berkesan anda perlu tahu jenis yang sesuai mengikut kulit wajah anda. Berikut terdapat beberapa panduan untuk memilih bedak asas.
Jenis-jenis bedak asas:
a) Cecair
 Bersifat lembut dan paling mudah digunakan dan sesuai untuk 
semua jenis kulit, terrutama kulit yang kering. Ia boleh menampakkan kulit lebih segar dari biasa.
b)  Krim
 Sesuai untuk kulit yang bermasalah, kerana ia tidak melekit dan mengeluarkan minyak. Ia tidak pekat namun mudah dipakai. Elakkan dari memakai berlebihan kerana ia mudah diserap terus oleh kulit wajah. Jika tidak menyapunya dengan berhati- hati, kulit boleh menjadi tidak sekata dan tidak asli.
c) Padat ( debu) 
   Jenis padat ini paling sesuai untuk muka yang normal dan sedikit berminyak, bedak asas jenis padat ini tidak perlu dicampur dengan jenis lain kerana ia adalah gabungan bedak asas dan bedak.

BAGAIMANA MEMILIH BEDAK ASAS?
1. Pilih bedak asas sewarna kulit anda agar tidak bertapuk dan kelihatan seperti topeng pada wajah.
2. Setiap kali membeli, cuba sedikit dahulu untuk melihat 
  kesesuaiannya pada kulit anda.
3. Elakkan dari membeli bedak asas yang terlalu cerah dari kulit asal.
4. Bedak asas berpigmen kekuningan adalah paling sesuai untuk semua jenis kulit. Ia mampu menstabilkan  warna alat solek dan nampak sebati dengan kulit.


TIP SAPUAN BEDAK ASAS.
1. Gunakan span atau hujung jari.
2. Jika inginkan sapuan nipis tetapi menggunakan bedak asas yang tebal, basahkan span dengan pelembab atau sedikit air.
3. Gunakan "concealer" terlebih dahulu, terutama pada parut, kesan jerawat atau bintik-bintik hitam, selepas itu sapu bedak asas agar seimbang.
4. Lindungi mata yang sembab dengan sapuan bedak asas disekitar mata.Gunakan warna yang lebih cerah dan ratakan.


TIPS MEMILIH BEDAK ASAS MENGIKUT WARNA KULIT.
1. Kulit putih: pilih warna cerah "pinkish".
2. Kulit tan: pilih warna coklat keperangan.
3. Kulit gelap: Pilih warna coklat dan kekuningan tembaga ( bronze).


TIPS MEMILIH BEDAK ASAS MENGIKUT JENIS KULIT.
1. Kulit kering: pilih jenis cecair.
2. Kulit berminyak: Guna jenis stick sahaja.
3. Kulit sensitif: Gunakan concealer terlebih dahulu dan pilih jenis stick atau cream.
4. Kulit normal: bebas menggunakan semua jenis bedak asas.

   

0 comments:

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink