Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Wednesday, March 23, 2011

Bulan

Nampak bulan dilangit..teringat nak buat entri pasal bulan...Malam bulan dipagar bintang..,Bagai bulan jatuh ke riba..,bagai pungguk merindukan bulan...Wau bulan..

Macam-macam berkaitan bulan sering kita perkatakan saban hari..
Istilah lainnya ialah..purnama..disebut orang lagi..purnama merindu..

Salah satu bukti kebesaran Allah ialah bulan..Tapi tahukah anda apa itu bulan...? 

jom kita kongsi info ini..

Bulan (satelit)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Full Moon Luc Viatour.jpg
Bulan merujuk kepada satu atau lebih jisim yang beredar mengelilingi sebuah planet yang bersaiz lebih besar, dan mereka pula bergerak mengedari bintang. Bulan yang beredar mengelilingi bumi hanya bersaiz satu per empat daripada bumi dan beredar mengelilingi bumi setiap 27.3 hari, pada jarak purata 384,400 kilometer di bawah tarikan graviti bumi.

Bulan tidak mempunyai sumber cahaya dan cahaya bulan sebenarnya berasal daripada pantulan cahaya matahari. Bulan mempunyai 1/4 garispusat bumi bersamaan 3,476 kilometer dengan kekuatan graviti hanya 0.16 = (1/6) graviti bumi. Bulan dipercayai berasal daripada asteroid bersaiz Marikh yang menghentam bumibumi, tetapi lapisan luar asteroid terpelanting dan terperangkap dalam orbit mengelilingi bumi lalu membentuk bulan. lalu berkecai. Teras asteroid itu terus menghentam 

Ini berdasarkan isipadu bulan yang terlalu ringan berbanding isipadu bumi, iaitu hanya 0.012 berbanding jisim bumi. Di bulan tidak terdapat udara ataupun air, hanya banyak kawah yang terhasil di permukaan bulan disebabkan oleh hentaman komet. Ketiadaan udara dan air di bulan menyebabkan hakisan tidak berlaku dan ada di antara kawah di bulan yang berusia berjuta tahun dahulu dan masih utuh. Di antara kawah terbesar di bulan adalah Clavius bergaris pusat 230 kilometer dan sedalam 3.6 kilometer. Ketiadaan udara juga menyebabkan tiada bunyi kedengaran di bulan.

Apa lagi yang anda tahu tentang bulan?..sila kongsikan..
Ariana dah tak boleh fikir..cause BULAN dah penuh...mata dah ngantuk. jumpa lagi esok hari ..Inshaallah.

3 comments:

Ammar said...

Bulan ni bula 3 kan?

No Lan said...

tingat time kecik2 dlu..eh, tengok tu.. bulan tu ikut kita la!..dan skang anak2 pula cakap macam tu hehehe..

ariana said...

Ammar: hai..takkan tak ingat kot bulan berapa ni..hehe

Norhafiza: teringat masa kecik juga..selalu main tutup mulut ngan tangan pas tu kata..wa wa..nun bulan dan tunjuk kebulan..:)

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink