Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Thursday, March 31, 2011

Permohonan ke IPTA sesi 2011/ 2012

Permohonan Ke IPTA Sesi 2011/201

Kementerian Pengajian Tinggi menerima 120,000 permohonan bagi Program Pengajian Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
atau setaraf dan 69,606 Program Pengajian Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf sehingga 23 Mac lepas.
Permohonan itu diterima sejak Aplikasi Dalam Talian untuk kedua-dua program itu dibuka mulai 10 Jan lepas dan akan berakhir 4 April ini.

"Mulai tahun 2011, Pusat Pengambilan Setempat bagi permohonan dan pemilihan kemasukan ke Institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TEVT) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) akan diselaras oleh Bahagian Pengurusan
Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi atau UPU, dan Kementerian Pengajian Tinggi," kata kementerian itu dalam kenyataan di sini, hari ini.
Kenyataan itu berkata calon boleh memohon program peringkat Sijil, Sijil Lanjutan, Diploma dan Diploma Lanjutan di 350 institusi di seluruh negara. Kelayakan pemohon ialah dari lulusan SPM atau lulusan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) atau lulusan sekolah menengah.
"KPT menyasarkan 100 peratus daripada 467,970 calon lepasan SPM Tahun 2010 akan mengemukakan permohonan Kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), TEVT dan ILKA," kata kenyataan itu. Calon wajib menyemak Syarat Khas Kelayakan Program Pengajian yang layak dimohon berdasarkan keputusan peperiksaan melalui i-MAS-C-U (Intelligence Management Admission System Checking To University) di http://imascu.upu.mohe.gov.my bagi memastikan mereka tidak memohon program pengajian yang tidak layak.
Menurut kenyataan itu, pemohon boleh mendapat khidmat runding cara tatacara permohonan dan peluang pengajian tinggi melalui bimbingan agensi yang berperanan sebagai pemudah cara di Karnival Pengajian Tinggi Negara kali ketujuh di Mines, Seri Kembangan, Selangor pada 2 hingga 3 April mulai pukul 9 pagi hingga 6 petang.
Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut dan syarat program boleh melayari laman web http://upu.mohe.gov.my. Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi di talian 03-88835801 atau 03-88835802 atau e-mel ke upu@mohe.gov.my.

Maklumat diperolehi dari ilove islam- BERNAMA


SELAMAT MENEMPUH ALAM UNIVERSITI..SELAMAT MAJUJAYA..

BUAT ADIK-ADIK, ANAK-ANAK..

2 comments:

Dda Ly said...

time kite dah lepas...doakan anak2 pulak berjaya kan...

ariana said...

Dda: ye lah..ada 2 orang anak saudara yang sedang nak memohon ke IPT tahun ni..Moga semua berjaya..:)

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink