Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Wednesday, March 9, 2011

Wow...

Vila mewah daripada emas 24 karat


KEDIAMAN IMPIAN...Villa Colani 

ilhamkan kehidupan mewah.
KEDIAMAN IMPIAN...Villa Colani ilhamkan kehidupan mewah.
TERLETAK di Pulau Majorca, Sepanyol, Villa Colani antara kediaman mewah yang menarik perhatian dunia.
Diilhamkan arkitek terkenal, Luigi Colani, vila itu siap sepenuhnya pada 2009 dengan konsep binaan yang unik.
   
Foto

.
  • Foto MEWAH...penataan eksklusif memukau pandangan.
  • Foto SAUJANA INDAH...pemandangan unik di luar Villa Colani.
  • Foto MEMBUAI RASA...antara bilik tidur yang lengkap penataan mewah.
  • Foto UNTUK MEMANJAKAN DIRI...inpirasi rekaan di bilik mandi serba sempurna.
  • Foto LUAS...ruang letak kereta yang selesa dan lapang.
  • Foto LATAR MEMUKAU...keindahan penataan dalaman yang menjadi impian semua.
Hakikatnya, ia memperkenalkan pemandangan indah latar landskap dan ruang dalaman yang eksklusif selain persekitaran idaman menakjubkan.

Segenap ruang menampilkan elemen mewah yang membuatkan kediaman eksklusif itu tampil hebat dan memukau sesiapa saja.


Pelbagai kombinasi serasi diketengahkan termasuk medan marmar biru, jubin emas asli di bilik mandi dan kolam renang yang bersempadan terus ke luar rumah.

Lebih menonjolkan gaya hidup mewah apabila beberapa bahagian di kediaman mewah itu dibuat daripada emas 24 karat, bernilai lebih RM5 juta termasuk kolam renang dan ruang dalaman.

Binaan lima bilik tidur suite yang luar biasa, bilik mandi jakuzi, dua kolam renang, ruang keselamatan, tujuh ruang letak kereta dan pejabat membuktikan ia kediaman impian.

Sementara itu, pintunya lebih eksklusif dengan lima pintu masuk berbeza yang dihiasi kristal swarovski asli.

Pilihan bahan itu membuatkan suasana menarik dengan kilauan indah yang boleh dilihat dari luar dan dalam kediaman.

Apatah lagi ia menawarkan 10,700 kaki persegi ruang tamu dan dapur hasil rekaan Sheer dari Itali.

Suasana kediaman mewah itu turut kelihatan unik dengan penataan peralatan atau perkakasan emas dan lampu kristal yang diketengahkan.

Malah, pakar dan ahli keselamatan dari Austria, Jerman dan Switzerland turut dilantik untuk pemasangannya.

Semuanya berfungsi menggunakan alat kawalan jauh seperti peralatan, tirai, televisyen litar tertutup dan sistem keselamatan.

Villa Colani bernilai RM140 juta itu menawarkan binaan struktur lingkaran dengan sistem lengkap termasuk pengaliran air dan hiasan dalamannya sempurna.

Tinggal di kediaman mewah itu memberi peluang anda menikmati suasana siang dan malam yang memukau.

Di Villa Colani yang terletak di daerah Santa Nova Ponsa itu anda pasti disajikan pemandangan indah pantai dan Kepulauan Malgrats.

0 comments:

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink