Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Friday, April 1, 2011

Ben Ashaari kata " aku tak suka , aku tak suka lah.."

Ariana terpanggil nak joint segmen Ben ni lagi.., bukan apa sebab kadang tu geram juga pada " anonymous" ni..so nak lepas perasaan lah sikit..

Pertama
Mestilah kena letak banner Encik penganjur ni..





2. Sila beritahu kenapa anda tak suka anonymous?

Sebabnya, mereka ni,
ibarat seorang pengecut,tak ikhlas dan tak berani menunjukkan diri, walau pun cakap berdegar-degar.. macam kata-kata pepatah tu..Lempar batu sembunyi tangan..
Untuk apa pun tak tahulah..hanya memuaskan hati mereka sendiri barangkali.. Kalau yang singgah tu memberi komen yang positif atau membina tu, tak pe lah..Tapi..

Rasanya, kebanyakan tu..banyak yang memberi komen negatif aje..silap haribulan mereka mengutuk mengata lagi ada..Sepatutnya kalau nak menegur tu biarlah dengan cara yang baik dan berhemah..


3. Pengalaman dengan anonymous :

Terusterang, buat masa ni Alhamdulillah tak de lagi..Al maklum lah, baru setahun jagung terjun ke dunia blogging ni..lagi pun, bukan sesiapa..x femes pun. Cuma pernah baca dekat blog orang lain je lah..
Tumpang geram sama bila mereka ni mengutuk orang lain pulak..ikut suka tuan blog lah nak tulis apa pun kan..

4. Pesanan buat mereka yang suka mengutuk kat blog orang lain..

Cuba bawak muhasabah diri sendiri dulu, sebelum memeperkecilkan atau mengata orang lain, bukan itu caranya..kalau nak maju seperti seseorang tu, tingkatkan usaha..bukan dengan menabur pasir dalam periuk nasi orang lain..
Ingatlah kalau Allah nak balas.., bila-bila masa saje..

SEKIAN. TERIMAKASIH.







1 comments:

Prince said...

kite same2 x ske anon..
so..kite bersabar je la ye...:)
cantik blog ni...
boleh datg selalu nie...:)

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink