Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Saturday, June 18, 2011

Nasi Arab

Assalamualaikum  semua.

Jam dah pukul 1 tengahari, memang time lunch ni..
Pagi tadi dah makan nasi goreng, so belum lapar sangat lagi..
Actually tak tau nak masak apa dah..
Lagipun, petang ni ada pasar minggu dekat area rumah ni..
Kalau masak banyak kang, tak abis pulak,pasal
petang nanti mesti singgah ke pasar malam pulak..
Rasanya, makan je lah nasi goreng yang ada lagi ni..

Tapi kan, kalaulah dapat nasi arab..best jugak ni..
huh..teringat pulak kat nasi arab yang bestt sangat,
yang selalu kami makan bila singgah kat kantin tempat anak Ariana belajar ( KLIUC ).
Ariana rasa kan, yang best pasal memang orang arab betul yang buat...tak sama kalau orang melayu kita buat..
Dah lah nasi dia best, lembut dan bau rempahnya ok..tak kuat sangat, ayam panggang dia pun, sedapp, kari kambing pun best, lembut dan tak berbau..
Huh..jadi laparlah pulak dah perut ni.. dok cakap pasal makanan..

Ariana sempat google..
kredit untuk my resepi.com.
nilah resepinya,  jom kita sama-sama cuba..

Sesuai bg yg meminati nasi ala2 timur tgh...tercinta...



Nasi Arab istimewa.

Bahan-bahan ( 3 orang )

  • 6 ketul ayam
  • 4 ulas bwg merah
  • 3 ulas bwg putih
  • 1 inci halia
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 1 btg kulit kayu manis
  • 1 kiub ayam
  • 1/2 sdk jintan manis
  • 1/2 sdb lada hitam
  • 1/2 sdk jintan putih
  • 3 cwn beras basmathi
  • 5 cawan air
  • 2 sdb minyak sapi
  • 1/2 biji bwg besar - di mayang
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 2 sdb rempah kurma
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

  1. Bwg merah,bwg putih, halia ditumbuk kasar.Masukan ayam, jintan manis, jintan putih, buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis, lada hitam, kiub ayam, rempah kurma,air dan bhn yang ditumbuk tadi kedlm periuk. Masukan garam dan gula. Masak sehingga sup mendidih dan ayam masak.
  2. Beras basmathi dibasuh dan direndam selama 20 minit. Selepas itu toskan beras.
  3. Apabila sup ayam telah siap, asingkan sup dan ayam. Bahan2 rempah kasar dan bwg yg terdapat dlm sup tadi dikisar secara halus. Masukkan 1 cwn cawan sup bg menggantikan air semasa mengisar.
  4. Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Masukan bawang besar dan masak sehingga sedikit layu. Kemudian masukan bahan yg dikisar td.Tumis sebentar dan masukan 3 cawan sup dan tomato sos. Masukkan sedikit garam dan gula. Apabila hampir mendidih tutupkan api.
  5. Masukan beras ke dlm periuk nasi dan diselang selikan dgn ayam. Kemudian masukkan (no.4) tadi. Tunggu sehingga nasi masak. Bleh tabur dgn sedikit bwg goreng, daun sup dan daun bwg.Nasi ini sedap dimakan dengan acar timun.

Ni pula, gambar yang sempat diabadikan.., 
masa makan nasi arab baru-baru ni..
Nasi Arab.

Ni lah gerainya, pelanggan pun ramai warga asing..

Dah kenyang, sempat lagi main h.set



4 comments:

mas saari said...

Mas suka nasi arab kat Saba Restaurant kat Cyberjaya...sedap!!

ariana said...

Mas pun suka nasi arab yea..:)

SITI NOARIZAH ARIS said...

Pernah cuba nasi arab lauk ayam sblm ni pasni nk cuba kambing lak tapi hhubby tak mkn lak nasi arab tu yg kurang syok tu..huhu!!

ariana said...

CT: akak pun ada cuba buat tapi, x lah sedap sgt mcm yg kat restoren tu, tapi..bolehlah..
kalau suami kita tak berapa gemar.., tu yg malas sikit nak buat ye tak..:)

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink