Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Tuesday, April 17, 2012

Selesai satu tugas.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, hari ni selesai satu tugas akak. Majlis ceramah motivasi "Lambaian UPKK" untuk anak-anak akak lah..Tapi, banyak lagi yang menunggu..Sabtu ni, satu lagi majlis bersama ibu-bapa pula.Harapnya biarlah majlis berjalan lancar dan dipermudahkan Allah semuanya...

Walaupun peperiksaan sebenar UPKK ( Ujian penilaian Kelas KAFA) pada bulan Oktober nanti, namun ceramah motivasi ni, sesuai dengan temanya" Lambaian UPKK" kerana ini adalah permulaan atau lambaian kepada semangat pelajar untuk bangkit dan sebagai menyuntik semangat mereka untuk belajar dengan lebih rajin lagi agar lebih bersedia untuk menempuh peperiksaan sebenar. Kami dah merangka jadual atau takwim aktiviti yang disediakan buat murid dari sekarang hinggalah tiba peperiksaan sebenar nanti. Mudah-mudahan usaha kami guru-guru dipermudahkan Allah dan akan mendapat hasil yang memuaskan nanti..Insyaallah.

Akak sempat abadikan beberapa keping gambar tadi..tapi gambar akak tak de lah kali ni..tak sempat tadi nak posing..sebab terkejar-kejar nak memastikan majlis berjalan lancar..
Sempat singgah beli hamper untuk penceramah tu..dengan ditemani anak akak Tiha..Jom tengok.
.
Tiha sedang memilih buah.

pekerja kedai sedang membungkus buah

Segar-segar semuanya..geram

Lamanya Tiha memilih,,huhu



Ni lah hasilnya..

Ucapan oleh wakil pengetua..Puan Rohaizan

Penceramah dari JPNP..Encik Abdullah Sani yg mahu dikenali sebagai Pak Lah :)

Sebahagian pelajar sedang khusyuk mendengar ceramah yg disampaikan

MR. Bean pun ada..haha

2 comments:

Kakzakie Purvit said...

Tiha dah membelek durian kenapa tak bungkus sekali durian tu hihi... boleh semerbak satu dewan dibuatnya...

Sana-sini sekolah sibuk nak jadikan muridnya cemerlang, tinggal anak-anak je kena usaha lebih. Cikgu dan buat banyak cara dah...

Marlina Mohtar said...

seronoknya ...rindu juga dengan kenangan lalu semasa jadi guru KAFA hihi.......

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink