Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Sunday, May 27, 2012

Lulus test..tuah kasut tembikai ?

Assalamualaikum.

Banyak perkara berlaku dalam seminggu ini..antaranya settlekan urusan2 yang berkaitan anaknda Fatiha yang akan memulakan pengajiannya di Kolej Matrikulasi Gambang, dalam bidang sains, esok..Isnin bersamaan 28hb Mei.2012.

Alhamdulillah, dalam seminggu dua, banyak hal yang dapat dibereskan..antaranya, Tiha berjaya mendapatkan lesen bagi motsikal. Legaa..sebab mana tau kalau nak guna motor lepas ni, taklah bimbang lagi sebab dah ada lesen..:)

Ni lah kasut tembikai Tiha
Akak sempat menemankan Tiha waktu dia ambil lesen baru ni..Mulanya suspen jugak, sebab Tiha ni jenis yang agak mudah gelabah juga..huhu , kemudian dengar pulak, orang2 kat situ cakap yang tester hari ni sangat " straight" dan susah nak luluskan orang..Akak hanya berdoa je lah..kalau nak kena ulang ambik kan payah juga lagipun tak de masa dah sebab Tiha dah nak mula belajar, rupanya dengan izin Allah..mood tester tu pun baik hari tu, siap ambil gambar kasut Tiha..dan tegur,,berapa kilo tembikai tu? mulanya Tiha tak perasan , apalah yang ditegur dek tester tu..rupanya kasut dia..hahaha..
Apapun syukur..lepas satu.

ni masa berlatih..masa test yg betul2..x berani nk amik gambar..huhu

." Tester" pun manusia biasa juga..ye tak..Selain tuah kasut Tiha..memang Tiha dah buat yang terbaik sebenarnya hari tu..kalau tak mana boleh nak tolong..ramai yang jadi saksi hari tu..hehe. Tahniah Tiha!

6 comments:

Mun said...

hehe tahniah tiha...

cantik kasut tembikai...

Ztee_Azwanis said...

tahniah.. pasni dh ada lesen, ttp kena hati2 bwk motor yer tihah...

cantiklah kak... tk pnh jumpa VANS tembikai ni.... beli kt megamall ke ? :)

♥MAMASYAZA♥ said...

wahhh tahniah tiha dah lulus ujian. lepas ni dah boleh bwk moto. aunty ni dah tua pun tak reti nak bwk moto, takut jatuhhhh. so aunty cuma ada lesen kereta jela

anyway cantik kasut tembikai tiha tu. kalo anak aunty tgk, dia mesti nak jugak

εïзmmyHazaεïз said...

wahhh selamat begelar student matrix... congrate,,, kasut tembikai comel jekkk... :)

Unknown said...

wah menarik la kasut tembikai tuh...hehe

SITI NOARIZAH ARIS said...

Tahniah buat tihaa...dan tahniah buat ibu tiha jugak..:)

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink