Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Thursday, June 7, 2012

Ujian dari Allah

Assalamualaikum.

Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]
Dalam melalui kehidupan ini,sememangnya suka dan duka silih berganti..terkadang Allah beri ujian buat hambanya agar mereka insaf dan mahu berfikir..Ujian adalah Tarbiah dari Allah, ujian tandanya Allah kasihkan hambanya, dan kita sebagai hambanya wajiblah menerima Qada' dan Qadar Allah dengan hati yg redha.


Begini lah keadaan merc kesayangan hubby..huhu

Ni pula keadaan kereta Avanza yang terlibat dalam kemalangan tu.kereta ni kemekdepan dan belakang sbnrnya, akibat berpusing dan melanggar divider.



Akak sebenarnya masih "shock" lagi. Walaupun Akak tak de semasa kejadian, tp, mendengar ceritanya pun akak dah menggigil. Kejadian yang berlaku jam 10.00 malam tadi,ketika hubby dalam perjalanan pulang dari K.Lumpur ke Kuantan di LPT yangmana kereta merc hubby telah terlanggar kereta Avanza milik pasangan suami isteri dari Dungun, Trengganu. Menurut hubby dia terlalu penat semalam, mungkin akibat kelalaiannya seketika..tapi, akak tak mau lah bertanya panjang lebar, sebab kesian kan dia yang masih dalam keadaan terkejut..lagipun semuanya dah ditakdirkan Allah berlaku disitu dan pada ketika itu,sepertimana kata pasangan tersebut yang sangat baik hati dan amat redha..katanya memang dah janji nak kena, kalau bukan dengan hubby akak pun mungkin dengan orang lain..yang penting semua selamat, tanpa apa2 kecederaan pun Syukur kepada Allah.

Pesanan Akak kepada semua diluar sana, berhati-hati lah selalu semasa memandu,kerana akibat kelalaian kita kemungkinan ada orang lain yang jadi mangsa..berhentilah seketika kalau terlalu penat atau mengantuk..dan kalau boleh bawa lah teman apabila memandu jauh..( selalunya akak memang temankan hubby kalau dia out station, tapi kali ni, dia menolak kerana katanya susah nanti, nak tinggalkan akak dimana semasa dia meeting tu yg tak jadi ikut, tak sangka pulak jadi macam ni..ni lah takdir namanya..)

Tak tau lah kebetulan atau apa, menurut pemandu kereta tunda tu, setakat ni dia dah tunda banyak kereta dari kawasan yang sama akibat kemalangan yang hampir sama..tu lah, hubby akak cakap, jalan lurus sebenarnya, tapi yang dia hairan dia lansung tak nampak kereta avanza sebelum tu sehinggalah betul-betul dekat dan tak sempat nak buat apa-apa..huhu..

Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 286]

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). [Al-Baqarah: 214]

Hai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersedia dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung. [Ali Imran: 200]

Sekian dulu. Wassalam.

15 comments:

Izwa Kamaruddin said...

syukur semua tak ape-ape..

Munn Jaafar said...

sy pernah drive masa tgh mengantuk gila,smpai tak sedar tertukar lorong..nasib baik tak eksiden :(

syukur hubby akak ngan pasangan suami isteri dungun tu tak pape..

DARI DAPUR GEEWA said...

alhamdulillah...nasib baik semua selamat..

itu la..selalu ayah mak pesan...kalau jalan tu lurus jgn bawa laju2 bahaya mungkin ada disitu...

mamyharraz said...

syukur semua selamat.
betul tu kak LPT tu highway lurus tp pelik juga tak perasan ada kereta kt depan.ini utk peringatan sy juga sbb akan bakal guna LPT lebih kerap lpas ni.

Kakzakie Purvit said...

Masya-Allah cikgu... avanza tu nampak lagi teruk. Kena percaya bahawa syaitan/jin memang ada dan akan sentiasa menggoda anak-cucu Adam. Sedikit kita alpa tepuk tangan dia. Mujur tak ada yg cedera.

Kena sujud syukur juga nie...

ariana said...

@Mrs Eady: memang syukur sgt..

@munnafendy:syukur, dah lah isterinya sdg mengandung 14 minggu, tp akak dh bawa g hspital buat scan, alhamdulillah, semua ok..cuma dia terkejut je..mana taknya kereta dia berpusing berkali-kali..

ariana said...

@nur ramziyah: betul..jalan lurus pun kena beringat jg..

@ mamyHarraz: benda dh nak jadi..apapun mmg kena beringat selalu..

@ k.Zakie:Memang avanza tu lebih teruk..lg pun merc org kata lebih kuat sikit, sy mmg bersyukur sgt. sbb melibatkan org lain plk tu..kalau tak sampai mati lah perasaan bersalah menghantui..satu lg..betul kata akak nak kata tak percaya pun tak boleh jg benda2 ghaib ni sbb dl quran puan ada cakap kan..cuma kena ingat Allah lebih berkuasa dr makhluk lain ni..

♥MAMASYAZA♥ said...

dah nak berlaku kak, kita tak boleh buat apa2. saya penah gak excident, tapi org langgar keta saya, langgar lari lak tu, lagi sakit hati. yang penting semuanya selamat kak

ariana said...

@ mamasyaza: t.ksh..kes langgar lari mmg tak patut..dh buat salah, lps tangan plk tu..tp dia takkan lps dr hukuman Allah nnti..

Bie said...

kalau lah tu bukan merc mesti lagi teruk kan,,,
semoga semuanye sudah kembali ok ^^

umiawadah said...

akak...bersyukurnya tiada nyawa melayang...saya pun pernah eksiden teruk lagi,mujur kami satu keluarga tak apa-apa...cuma ada melibatkan nyawa melayang(orang yang melanggar kami),kami bawa kereta seperti biasa,tapi bila nak jadi,terjadilah juga atas kehendak Allah...memang selepas itu kami jual kereta tu kerana trauma...kami redha dengan kejadian ini...dan muhasabah diri...

IntaNBerliaN said...

alhamdulillah xda pe2.. nasib pasangan tu pun baik hati kan...

Rina Rahamat said...

mmg ada sesetengah kawasan yg kerap berlaku eksiden..mungkin gangguan jin dan syaitan gaklah kan..


syukurla tiada sebarang kecederaan..

εïзmmyHazaεïз said...

syukur xdek ape2 yg terjadi kan... haza pun pernah eksiden mase preggy 7 bulan... Berderau darah.. jantung pumping kuat... haza tau rasa yg akak rasa tu...

Unknown said...

malang tak berbau kan kak...nasib baik takde kemalangan jiwa...

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink