Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Thursday, November 15, 2012

Apa itu AES (Automated Enforcement System)

AES (Automated Enforcement System)

Dah lama akak nak sangat tahu pasal ni..sebab hubby akak  selalu benar "Terkena", almaklumlah dia memang selalu ulang alik Kuantan-KL dan beberapa buah daerah lagi atas urusan kerja, kalau dah nak g meeting tu, memang speed habis lah dia..huhu.
T.kasih kat rakan blogger. Al Wardah akak tumpang copy paste ye..:)

Sistem Penguatkuasaan Automatik atau lebih dikenali dengan
 nama singkatanAES (Automated Enforcement System)  sedang hangat 
diperkatakan. AES ialah sistem pengesanan dan merakam secara 
automatik kesalahan lalu lintas menggunakan alat pengesan yang 
dipasang diatas jalan dan perakam imej kesalahan menggunakan kamera 
(gambar dan video). 
Pemasangan AES ni kebanyakkannya diletakkan di kawasan 
yang sering terjadi kemalangan sahaja atau dalam bahasa paling mudah 
ialah 'lokasi maut'. 

Antara kesalahan yang akan dirakam oleh AES seperti memandu 
melebihi had laju dan tidak mematuhi lampu isyarat
Dijangkakan lebih banyak lagi kamera akan 
dipasang di 817 'lokasi maut' pada fasa kedua nanti. Ada yang 
berpendapat AES ni akan memberi kebaikan dari sudut positif 
dan ada juga yang membantah tentang perlaksanaan AES. 

Antara lokasi yang telah melaksanakan AES ialah di Putrajaya, 
Kuala Lumpur, Selangor dan Perak.




Owh..macam ni rupa benda nya ye..huhu.Lepas ni kena perhati betul2 lah..

Tahukah anda apa itu AES?

a) Apa itu AES – Automated Enforcement System 
    (Sistem Penguatkuasaan Automatik)

AES ialah suatu kaedah penguatkuasaan peraturan & undang-undang 
lalulintas secara automatik yang beroperasi 24 jam tanpa henti walau 
dalam apa jua keadaan cuaca.

b) Bagaimana AES beroperasi?

AES beroperasi dengan pemasangan kamera automatik 
di lokasi-lokasi tertentu seperti jalanraya, lebuhraya & persimpangan 
lampu isyarat. Kamera akan menangkap gambar kenderaan yang 
melakukan kesalahan & dihantar ke pusat kawalan AES 
kemudian diedit & disahkan lalu dihantar ke pusat AES JPJ. 
JPJ akan mengesahkan kesalahan & butiran pemilik kenderaan & 
mengeluarkan saman kepada pemilik kenderaan.

c) Apa kesalahan yang dikuatkuasakan di bawah AES?

Setakat hari ini :
a) Memandu melebihi hadlaju; dan
b) Melanggar isyarat lampu isyarat.

d) Siapa yang mengendalikan AES?

AES dikendalikan secara bersama oleh JPJ & dua (2) syarikat swasta 
yang memasang kamera iaitu Beta Tegap Sdn Bhd & ATES Sdn Bhd.

e) Apakah teknologi yang digunakan?

Beta Tegap Sdn Bhd menggunakan kamera keluaran Redflex dari Australia
manakala ATES Sdn Bhd menggunakan kamera keluaran Jenoptik Robot 
dari Jerman.

f) Di mana kamera AES dipasang?

Kamera AES dipasang di lokasi-lokasi kemalangan maut yang 
ditentukan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalanraya Malaysia 
[MIROS]

g) Apa fungsi syarikat Beta Tegap Sdn Bhd & ATES Sdn Bhd dalam AES?

Kedua-dua syarikat ini diberi hak oleh Kerajaan untuk memasang kamera 
di lokasi yang telah ditetapkan.

h) Adakah syarikat mendapat hasil daripada AES?

Ya, mengikut Model Kewangan dengan Formula 3 Langkah yang 
telah dipersetujui sejak tahun 2009, kedua-dua syarikat layak mendapat
RM16 setiap saman yang dibayar.

i) Bagaimana AES dikuatkuasakan?

Saman dikeluarkan oleh JPJ kepada pemilik kenderaan supaya 
hadir ke Mahkamah di kawasan kesalahan dilakukan. Jika pemilik
bukan pemandu ketika kesalahan dilakukan, pemilik hendaklah memberitahu 
JPJ maklumat pemandu dalam tempoh 30 hari dari tarikh Saman dikeluarkan.

j) Apa itu SAMAN

Saman ertinya suatu notis memerintahkan seseorang hadir ke Mahkamah.

k) Adakah SAMAN perlu dibayar?

Saman tidak WAJIB dibayar kerana SAMAN adalah perintah hadir 
ke Mahkamah bukan perintah untuk membayar denda.

l) Adakah kesalahan di bawah AES boleh dikompaun?

Kedua-dua kesalahan boleh dikompaun dengan tawaran kompaun 
juga RM300.

m) Apa itu kompaun?

Kompaun ialah tawaran denda kepada pesalah untuk membayar 
denda lebih awal dalam suatu tempoh yang ditetapkan untuk mengelak 
hadir ke Mahkamah.

n) Apa hukuman di bawah AES?

a) Seksyen 79 (2) – tidak mematuhi isyarat hadlaju (papantanda), 
denda minimum ialah RM300 dan maksimum RM2,000
b) Seksyen 79 (2) – tidak mematuhi isyarat lampu isyarat denda 
minimum RM300 dan maksimum RM2000

o) Apa akan berlaku jika seseorang yang menerima SAMAN 
tidak membayar kompaun?

Jika kompaun tidak dibayar, seseorang itu hendaklah hadir ke Mahkamah 
yang dinyatakan di dalam Saman pada tarikh dan masa yang ditetapkan. 
Kegagalan hadir ke Mahkamah seperti yang ditetapkan, suatu Waran Tangkap 
boleh dikeluarkan.

p) Apa itu Waran Tangkap?

Waran Tangkap ialah suatu perintah menangkap OKS untuk dibawa 
ke Mahkamah pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Seseorang 
yang dikeluarkan Waran Tangkap tidak bermaksud telah melakukan 
kesalahan seperti yang didakwa tetapi sekadar untuk membawa beliau 
hadir ke Mahkamah bagi menjawab tuduhan.

q) Bagaimana proses Mahkamah dalam kes Saman AES?

Proses Mahkamah dalam Saman AES adalah sama seperti kes-kes yang lain.

Tuduhan akan dibacakan.

Contoh tuduhan

"Bahawa kamu pada 12/11/2012 jam lebihkurang 10:00 pagi di km 6.6 
Jalan Kajang-Puchong dalam Daerah Puchong di Negeri Selangor 
sebagai pemunya berdaftar kenderaan motor WWW 1234 telah 
memandu kenderaan tersebut dengan kelajuan 123 kmsj iaitu melebihi 
hadlaju 80 kmsj yang telah ditetapkan bagi jalan tersebut, kamu gagal
mengikuti peraturan isyarat (papantanda) yang sah di mana berlebihan 
hadlaju 43kmsj dan oleh yang demikian itu, kamu telah melakukan 
satu kesalahan di bawah Seksyen 79(2) Akta pengangkutan Jalan 1987 
dibaca bersama di bawah Seksyen 109(2) akta yang sama dan boleh 
dihukum di bawah Seksyen 79(2) akta Pengangkutan Jalan 1987 
(Akta 333/87)"

Adakah kamu mengaku bersalah?

Jika OKS mengaku salah, maka pengakuan salah diterima & diminta 
untuk membuat rayuan hukuman. Hukuman Denda RM300 minima &
maksima RM2000. Maka OKS boleh merayu hukuman diringankan. 
Mengikut prosedur biasa Mahkamah, mahkamah akan mengambil kira 
kesalahan pertama & lain-lain faktor seperti kewangan & tanggungan keluarga
& penjimatan masa Mahkamah sebelum menetapkan hukuman. 
Kebiasaannya hukuman bagi kesalahan pertama ialah RM300 seperti 
yang ditetapkan & mungkin juga Mahkamah boleh melepaskan dengan 
jaminan berkelakuan baik.

Jika OKS tidak mengaku salah, maka Mahkamah akan menetapkan 
tarikh bicara di mana pihak pendakwa (JPJ) perlu membuktikan bahawa 
OKS melakukan kesalahan. Beban pembuktian terletak di pihak Pendakwaan 
bagi membuktikan OKS melakukan kesalahan. Bukti-bukti seperti 
gambar & lain-lain termasuk saksi-saksi akan dikemukakan semasa 
perbicaraan. Jika diakhir perbicaraan, OKS didapati salah, Mahkamah 
akan jatuhkan hukuman di mana hukumannya sama seperti mengaku salah. 
Jika diakhir perbicaraan pihak Pendakwa gagal membuktikan kesalahan,
maka Mahkamah akan melepaskan OKS.


Sumber:
TERBITAN

JAWATANKUASA KEMPEN ANTI SAMAN EKOR
[KASE]

3 comments:

umiawadah said...

panjang lebar dan sangat berinfo ni...RM16 setiap saman...wow untungnya syarikat swasta tu...

maszull said...

assalamualaikum zana...kenalah berhati2 pas ni...:)

Cikgu WanN said...

silakan akak, apa yang baik... tak salah utk dikongsi :)

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink