Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Tuesday, March 12, 2013

Bersua dalam tiga cerita sekaligus..

Lamanya Akak biarkan blog "Ariana story" ni bersawang tanpa di hapdate..huhu.Rasa macam baru je,sekali bila tengok rupanya dah berminggu-minggu dah..

Tak tau lah kemana perginya mood berblog Akak kebelakangan ni, lagipun agak sibuk dengan bermacam-macam urusan kerja..

Dalam pada tu, akak rindu juga nak menjengah blog ramai2 kawan2 kat sini, In sya Allah, nanti akak cuba singgah pelan2 ye..

Banyak perkara berlaku dalam seminggu dua ni..
Antaranya, puteri kecil Akak, Aisya (form one baru..) dilantik jadi pengawas kat sekolah dia..
Akak suka juga Eisya jadi pengawas ni, bukan apa, dengan perangainya yang manja, tak pandai berdikari 
( almaklum yg bungsu)..selalu kakak2nya merungut kerana sikapnya..so akak berharap sgt dengan perlantikan Eisya sebagai pengawas sekolah ini akan membuat dia semakin sukses, tahu berdikari dan lebih cemerlang lagi hendaknya..

Eisya dengan lencana pengawasnya. Mulai skrg kena pergi awal pagi kesekolah...huhu



Lagi kisah, pada hari Sabtu lepas, Alhamdulillah satu majlis taklimat bersama ibu bapa berkaitan peperiksaan UPKK (ujian penilaian kelas Kafa) telah berjalan dengan lancar kat sekolah Akak yg mana akak sebagai pengarah program tersebut..,pening juga kepala memikirkan itu ini, syukurlah semua berjalan lancar. 

 


Tuan Gurubesar sdg menyampaikan cenderahati kpd yg berbahagia penyelia Kafa daerah kuantan.

Penyelia Kafa Daerah Kuantan Us Asrul Effendi.


 
 Pada keesokan harinya pula, (hari Ahad), Akak bersama Encik suami dan Eisya telah berkunjung ke Kerteh, melawat dua orang adik Akak yg tinggal kat sana,Yin dan Dik ( Acu) panggilan oleh anak sedarenya.., sempat lah singgah " site visit" kerumah baru Acu yg sedang dlm proses pembinaan..Dijangka siap dalam bulan 6 nanti..Banayk lah pulak komen dan pendapat Encik arkitek kita ( Encik suami akak) hehe.
Demikian lah serba sedikit cerita yg sempat akak kongsikan untuk kali ini..sori agak panjang..al maklum dah lama tak menulis..hehe
Terimakasih pd yg sudi singgah ke Teratak Ariana ye..ada masa akak pasti membalas kunjungan nanti..:)
sedap juga sata goreng yg dihidang..inti ikan, kulit popia..mengganti yg biasa sata berkulit daun kelapa.
Encik arkitek sedang komen apa ntah..ada2 je..huhu
Dari kiri. Naim, azim, Yin dan Dik last sekali Akak lah..


Naim yg semakin chubby..ngan kak Eisya.

Sori ye, tuan rumah tumpang posing..hehe

9 comments:

Aine Ainun said...

x aktif, tp blog akka makin cantik nampak=))

bagusla jadi pengawas..=))

sata? lama x makan...

ajumohit said...

tahniah eisya sebab dilantik sebagai pengawas, kak besar nmpknya rumah acu tu ;)

umiawadah said...

itu tandanya akak busylah tu kan...hehehe

Izan Ishak said...

eisya dah jadi pengawas ye kak... suka tgk dia, muka sweet sangat!

kak...yin tu yang kembar dgn hazamin ke? en arkitek mestilah komen itu ini sbb itu mmg kepakaran dia kan...hehe...

ariana said...

@Aine Ainun.t.ksh.aah..sata mmg best!

ariana said...

@Aju mohit : mmg boleh tahan jg besar rmh acu tu., x sbr nk tgk siap..

ariana said...

@umiarissa
Ida, mmg bz skt kblkangan ni..hehe

ariana said...

@izan ishak
Harap2 isya dpt mendisiplinkan dirinya sndiri dulu..hehe
Betullah tu izan, yin Tu lah kembar Hazamin..;)

Mun said...

wahhh jadi pengawas... bagus laa.. mmg mengajar jadi berdikari

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink