Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Friday, June 13, 2014

Perth vacation(part 3)

Kisah percutian ke Perth disambung lagi..
Kali ini akak nak tunjuk 'rupa' apartment yang akak sewa selama 3 mlm,setelah bermalam selama 2 mlm dihotel Season yg terletak betul2 dipusat bandar Perth.
Apartment kami ni terletak di COTTLESLOW BEACH, kira2 15 minit perjalanan dari bandar Perth.Yang best nya tentang apartment ni ialah sebahagian dinding diruang tamu dan master bedroomnya yang menghadap ke laut bercermin kaca... Bayangkan..
Sebaik saja kaki melangkah masuk ke dalam rumah tu..Subhanallah...cantiknya terus nampak pemandangan pantai yang indah...
Akak ngan kawan akak,maz rasa tak sabar pulak nak menjejakkan kaki dipasir pantai tu..takpe banyak masa lagi,nanti kita pergi.. Hihi
Kalau kat hotel sebelum ni,kami hanya makan kat luar,tapi kat apartment ni ada can lah kami memasak ringkas2,sebab siap ada dapur dan alatan memasak.Mujur akak dah ada pengalaman waktu di Sydney dan Beijing aritu,akak x lupa bawa sabun thoharoh akak iaitu sabun untuk samak pinggan mangkuk atau kuali sblm akak memasak.hihi
Masak pun jenis yg ringkas2 je...kami singgah disupermarket,beli udang,sayur dan maz kwn akak pulak buat inti roti gozlimi yg ditirunya dari roti arab yg baru kami makan kat restoren arab semalam..cuma,inti smlm menggunakan ground beef stau daging hancur tp kami gunakan tuna dlm tin yg akak bawa dari Malaysia..,pastu bubuh lah salad,timun dan tomato yg kecil2 tu..hihi..ringkas tapi menyelerakan..
Jemput makan semua..
Nak tgk tak apartment akak dan pantainya yang indah..jom layan gambar..Dan..
Akak masukkan sekali gambar semasa kami bersiar dipinggir bandar Freemantle sambil menaiki cruise...lama.juga kat dalam cruise lebih kurang 45 minit gitu..banyak rumah- rumah besar dan mewah di pinggir pantai...
Kami terpegun melihatnya..
Kaya sungguh tuan2 rumah tu..huhu

4 comments:

maszull said...

assalamualaikum ariana...cantik pemandangan apartment luar dan dalamnya...:)

ariana said...

@maszull ye mas,mmg cantik,alhamdulillah :)

ariana said...

@maszull ye mas,mmg cantik,alhamdulillah :)

maszull said...

assalamualaikum zana...mekacih yer...

http://maszull.blogspot.com/2014/06/pemberian-cenderhati-dari-teman-alam.html

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink