Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Monday, December 31, 2012

Menyingkap tabir 2013

Menyingkap tabir 2013 sambil meniti sisa usia, menghitung cita dan impian duniawi yang fana dan ukhrawi yang baqa.

SELAMAT TINGGAL 2012, SELAMAT DATANG 2013.
MOHON MAAF DARI ARIANA SEKELUARGA.
MOGA KEHIDUPAN KITA SEMUA BERTAMBAH BAROKAH DAN RAHMAT DARI ALLAH HENDAKNYA...

Alam menengah

My little girl dah melangkah ke alam menengah...huhu..maknanya diriku dah semakin menginjak tua lah..

Hari Sabtu baru ni merupakan 'orientation day' my little girl eisya.
Jom layan gambarnya

Ini merupakan first trial akak up date entri blog using my Samsung galaksi tab..hrp2 semua ok..huhu

Friday, December 28, 2012

Hari pendaftaran dan keputusan UPKK dan nasi arab

Cepatnya masa berlalu, dah hampir kepenghujung cuti sekolah sesi 2012 nampaknya.
Akak pun dah mula sibuk bila dekat-dekat nak buka sklh ni..maaf sgt kalau tak sempat membalas kunjungan korang atau bw kat rmh kengkawan..

Semalam akak bertugas disklh, dari pagi sampai petang,membantu apa2 yang patut...walau pun ditempat akak mengajar dah buat hari pendaftaran pada hari Sabtu lepas, tapi masih ramai ibu bapa yg datang pada hari semalam dan sampailah ke hari persekolahan nanti, sebab ada yg tak dpt dtg hari tu kerana balik kampung dan sebagainya..memang tiap2  tahun macam ni lah..

Oh ye, semalam pun keputusan peperiksaan UPKK telah pun dikeluarkan oleh Jaip.
Alhamdulillah, seramai 16 org murid berjaya mendapat 8A dan 17 org pula berjaya mendapat 7A 1B, dan yg selebihnya agak bagus juga, ramai yg mendapat 6A dan 5A.
Cuma sedikit terkilan pada yg mendapat 7A tu..kalau tak, lagi ramai yg dpt straight A...kebanyakannya sangkut pd pelajaran Lughatul Quran atau Bahasa Arab ..Memanglah pelajaran tu pun agak sukar bagi murid2 melayu..

Apapun  syukur, alhamdulillah...Rasa hilang penat mengajar , mencurah ilmu yg ada pada anak2 ini..
In sha Allah akan cuba dipertingkatkan lagi usaha bagi kecemerlangan untuk tahun2 yg akan datang,kalau akak masih diberi peluang dan panjang umur..

Akak nak kongsikan gambar di hari pendaftaran Kafa An Nadwah  baru-baru ini, selepas habis pendaftaran, kami semua dijamu nasi arab di restoran berhampiran..
Sedap,makanan free tambah2 sedappp..hehe

Jom layan gambar kami..


Buat2 sibuk..hehe
sibuk mcmn pun tetap nak berposing..hehe

Ibu bapa mula membuat pembayaran yuran
Kaunter paling sesak, penjualan buku2 dan uniform..kena sabar...huhu
Rakan seperjuangan akak yg turut mengajar murid tahap lima utk upkk ni..Ro dan Aini
Kira duit...paling pening..takut sgt kalau short...huhu

 

Alhamdulillah, selesai dalam pukul 1 tghri, dan kami pun berkonvoi ramai2 untuk lunch...
Ni lah Tuan Guru besar akak yg sgt sporting dan baik hati..:) Us. Harmizi.
Izan, Aniza ( baru kehilangan suami dlm kmlgan yg akak cerita dulu, suaminya bilal masjid negeri,Us Azam) Aini.
Ijah ( kerani), Anum dan cikkak.

 Sekian dulu, sbnrnya ramai lagi yg tiada dlm gambar..kami seramai 22 org tenaga pengajar di an nadwah.
Masing2 ada yg nak cpt balik ada hal dan ada yg malu utk bergambar..hehe


Wednesday, December 26, 2012

Nasi Ayam Hainan Noxxa

Mula-mula kita tengok gambar dulu, kat bawah akak sertakan resepinya ok..Sebenarnya Akak tengah kemaruk lagi memasak guna periuk ajaib Akak iaitu periuk Noxxa dari amway..Banyak jenis masakan lagi yang belum akak cuba..

Kalau masak sebarang nasi lah guna periuk biasa mungkin dalam sejam atau lebih tempohnya, tapi dengan periuk Noxxa, macam tak percaya, cuma mengambil masa 5 minit sahaja ye..so kalau yg baru balik kerja, atau dah lewat nak kemana-mana jgn bimbang, guna periuk ni hanya 5 minit saja dah masak..:)

Mula-mula rebus kan ayam bersama irisan halia dan daun pandan

set masa utk rebus ayam 10minit

siap dah ayam


Ayam yang dah rebus, perap dengan sedikit sos tiram( terpulang nak potong kecil atau sekor2 ayam.,

Masuk kan beras kedalam air rebusan ayam, sebelum tu tgglkan sikit untuk kuah sup.

Beras yg telah bersih tadi dimasukkan

Kowang akak guna pati ni..yg penting ada cop halal Jakim tuu!

Sup dah siap, jgn terkejut tgk daun bawang tu besar2, sbbnya ank akak tak suka, kejap lg nak kena buang daun tu..huhu

Sambil tu bolehlah sediakan ulam-ulamannya..

Tumiskan bahan sambalnya sekejap saja.sampai naik bau.

Dah masak...nasi ayam hainan.bolehlah gaul rata.

Jemput makan.. 
Nak resepi Tak? tgk sini

Bahan untuk rebus ayam:
1 ekor ayam ( akak punya dah siap potong sbb nak kan rasa lebih masuk kedlm ayam)
Air ~ mesti cukup untuk tenggelamkan ayam
Garam
Serbuk pati ayam ~ kalau suka
2 inci halia ~ diketuk

Cara penyediaan:
Sediakan periuk, letak air, garam, dan halia yang diketuk. Didihkan.Masukkan ayam . Masak anggaran 30- 40 minit. Angkat dan toskan.( periuk biasa)
Jika menggunakan periuk Noxxa-hanya 5 ke 10 minit ).

 Ayam tidak boleh direbus terlalu lama takut hilang manisnya pandai2 lah agak masanya ~ Resepi asal, ayam yg telah direbus perlu direndam di dalam air ais selama lebih kurang 10-15 minit. tetapi akak tak rendam pun.
 Boleh terus makan begitu saja atau boleh diperap dgn sedikit sos tiram dan goreng ( mcm akak punya, nmpk hitam sebab digoreng, sebabnya family akak lebih suka yg digoreng) ayam utk nasi ayam Hainan yg sebenarnya tidak perlu goreng, warnanya pun agak cerah dan tekstur nya lembut.

Untuk nasi:
3 cawan beras
5 cawan air rebusan ayam - jika beras lembut kurangkan airnya bergantung kpd jenis beras yg digunakan
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk
Garam
1 sudu besar majerin
1 sudu besar minyak masak
sedikit kulit kayu manis.
daun pandan
sedikit pati nasi ayam hainan ( jika suka)

Cara penyediaan:
1. Beras dibersihkan kemudian ditoskan.
2. Panaskan majerin dan minyak, masukkan bahan-bahan tumbuk kemudian goreng hingga wangi.
3. Masukkan beras, goreng beras sebentar baru masukkan air rebusan ayam dan garam.
4. Tanak hingga masak.

*Resepi yg sebenarnya menggunakan lemak/kulit ayam tapi saya tidak menggunakannya.

Untuk sup:
Air rebusan ayam
Daun sup ~ dihiris
boleh juga bubuh sedikit sayur kobis jika suka.

Cara penyediaan:
~ Air rebusan ayam tadi dididihkan. Letaklah garam secukup rasa. Hidangkan bersama hirisan daun sup.

Untuk sos cili:
10 biji cili merah
1 inci halia
2 ulas bawang putih
1 sudu besar gula
Garam
2 sudu besar jus limau nipis
1/2 botol sos thai

Cara penyediaan:
1. Kisar cili merah, halia. bawang putih dan jus limau.
2. Masakkan dalam periuk. Masukkan gula, garam dan sos thai.
3. Tumis seketika ( jika suka)

Untuk sos kicap:
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar kicap manis
5 sudu besar air rebusan ayam
1 sudu besar gula

Cara penyediaan:
Campurkan semua bahan dan masak di atas dapur sehingga mendidih.

Bahan sampingan ( ulaman)
Terpulang kpd citarasa anda.
1 batang timun ~ dihiris
2 biji buah tomato ~ dihiris
Salad ~ dihiris
Bawang goreng ~ ditabur di atas nasi dan di dalam sup
Minyak bijan ~ taburkan ke atas ayam yg telah dipotong.

Ok Itu saja rasanya..
SeLaMaT MenCUba sEMuA!
Kalau best bagitahu akak ye!

Kisah banjir lagi

Akak rasa ramai yang dah tahu kisah banjir kilat yang tidak disangka telah berlaku di Bandar Kuantan pada petang sebelum krismast baru ni (24hb.12.12).Akak pun ada siarkan gambar-gambar suasana banjir itu didalam blog akak ni.Tgk kat sini.

Kini, sudah dua hari berlalu, Alhamdulillah,  keadaan banjir di Bandar Kuantan memang dah reda, malah pada petang hari kejadian tu  juga air dah surut, itu lah yg dikatakan banjir kilat. Air naik dengan pantas berpunca dari hujan yang terlalu lebat yg berlanjutan selama beberapa jam,menyebabkan air2 dari longkang penuh dan tak dapat dibendung lagi..

Pada hari kejadian, suami akak bernasib baik sebab pergi keje agak lewat hari tu, belum pun sampai di tempat keje, apabila dia lihat keadaan jalan yg jammed, dia pun rasa tak sedap hati, dan berpatah balik kerumah, itu pun memakan masa yang panjang untuk sampai balik kerumah, kerana disana sini, ada air, ( di kawasan rendah), nasib baik lah memang orang Kuantan, so tahu beberapa jalan alternative.. Namun, tak dapat tidak, ada juga lah kereta kesayangan asben akak tu terpaksa meranduk air..nasib baik lah air tak tinggi sangat lagi..Kalau lah dah sampai ke tempat kerja, lagi lah teruk sebab opis asben akak ( Malay Town) memang dekat sangat dgn kwsn banjir kilat tu, cuma kwsn opisnya agak tinggi sedikit..Kalau tidak tak tau lah..
Semalam akak sekeluarga keluar meninjau-ninjau beberapa kawasan selepas banjir tu, kebanyakannya dah ok, hanya kami melalui satu jalanraya ni, yg agak rendah menghala ke Pantai Sepat, Kuantan. Keadaan orang yang ramai di tepi-tepi jalan, dalam keadaan hujan yg masih turun renyai-renyai lebih kepada nak bersuka ria, menangguk ikan dan sebagainya, seolah macam satu pesta pulak..siap pimpin tangan anak2 kecil..huhu...serun akak tenguk,jangan lah terlepas tangan sikecil..lain pulak ceritanya nanti..huhu  Begitu lah kita manusia..bila banjir besar, takut dan melarikan diri, bila air kecil, bersuka-suka pula..

Semoga kejadian banjir kilat ni menjadi iktibar pada semua pihak..bukan menuding jari sesama ..sebaliknya sama2 lah berfikir dengan akal fikiran yang Allah beri kepada kita, bukan hanya pihak berwajib yg patut dipersalahkan..kita sebagai penduduk pun sama-samalah hendaknya menjaga kebersihan longkang2 sekitar kawasan, kerana disitu pun bermula masalah juga jika kita tidak menjaganya dgn baik..dari masalah kecil lah membawa kepada masalah yang besar.

Hari ni, 26hb 12. Syukur Alhamdulillah, Mentara menyapa di Kuantan ini, menunjukkan petanda baik..walaupun masih ada beberapa penempatan yang masih dibuka untuk mangsa banjir.., In sha Allah moga mereka akan dapat pulang secepat mungkin ke rumah masing2..


Paling membanggakan rakyat Negeri Pahang yang mulia Tengku Puan Pahang teklah sudi turun bersama rakyat malah memasak untuk rakyat mangsa banjir..semalam di Kawasan Galing Kecil dan hari ini di Kawasan Pewrkampungan Pandan pula..

Keperihatinan yang begini, mampu mengurangkan kesusahan dan kesedihan rakyat.

 Dibawah petikan dari M star on line:


Di PAHANG, 2,152 mangsa dipindahkan di Kuantan, Pekan (167) dan Rompin (57).
Beberapa laluan di kawasan Sungai Lembing ditutup kepada lalu lintas bermula Selasa berikutan paras air Sungai Lembing yang semakin meningkat.
Dalam pada itu, Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang melawat mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Sinar Mutiara di Pekan berharap mereka bersabar.

PRIHATIN… Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tengku Puan Pahang Tunku Azizah berkenan membantu menyediakan makanan kepada mangsa banjir ketika melawat Pusat Pemindahan Situasi banjir di Pahang makin membimbangkan dengan pertambahan mangsa banjir di pusat pemindahan berbanding Isnin apabila hujan turun secara berterusan sejak pagi tadi.
 -fotoBERNAMA
Titah baginda, pihak bertanggungjawab kini sedaya upaya membantu mangsa yang terjejas dan meminta mereka tidak menyalahkan pihak berkenaan jika bantuan lewat sampai.
"Saya harap mereka tidak menyalahkan pihak yang datang memberi bantuan... mungkin keadaan jalan yang tidak berapa baik dalam keadaan cuaca hujan begini menyebabkan bantuan sedikit terlewat," titah baginda. - BERNAMA


Jom layan gambar kami semalam pula..

Saja meninjau-ninjau

Keadaan laut bergelora di Pantai Sepat, Kuantan,semalam.


Keadaan air di Sungai Lembing.
Bukan main seronok knk2 ni bermain, padahal disebelah tu adalah sungai yg amat merbahaya..huhu


Keadaan jalanraya dikawasan rendah, namun masih boleh dilalui oleh semua kenderaan.  

Monday, December 24, 2012

Banjir di Kuantan.

Kuantan Banjir Teruk

Berita terkini Kuantan banjir teruk. Air semakin naik memenuhi jalan sekitar Bandar Kuantan. Jalan-jalan yang telah dinaiki air adalah, jalan Lim Hoe Lek, jalan Pasar, Jalan Bukit Ubi, Jalan Wong Ah Jang, Jalan Mahkota, Jalan Abdul Aziz, Jalan Air Putih, Jalan Beserah dan banyak lagi.

Sumber dari blog  AUC

Tepi Megamall

depan%2BKamdar Terkini: Kuantan Banjir Teruk
Depan kamdar
BIMB%2BMahkota%2BSquare Terkini: Kuantan Banjir Teruk
BIMB Mahkota Square

air%2Bbanjir Terkini: Kuantan Banjir Teruk
jalan%2Bbeserah Terkini: Kuantan Banjir Teruk
Jalan Beserah
kuantan%2Bbanjir%2B1 Terkini: Kuantan Banjir Teruk
Depan Megamall
Kuantan%2Bbanjir Terkini: Kuantan Banjir Teruk
perumahan%2Bsemambu Terkini: Kuantan Banjir Teruk
Perumahan Semambu
terminal%2Bmakmur Terkini: Kuantan Banjir Teruk
Terminal Makmur

Semoga semuanya ok..hujan macam dah nak berhenti ni, harap air tak makin naik, akak pun dok area Kuantan..Moga Allah selamatkan semua penduduk Kuantan..

Friday, December 21, 2012

Cinta luar biasa

Selamat pengantin baru buat kedua pasangan pengantin istimewa ini, Farah Roslan dan pasangannya Ayie-suara fm. 
Gambar ini Ariana perolehi dari  http://www.facebook.com/BercintaSelepasNikah.
Rasa terpanggil untuk memaparkan cinta luarbiasa ini..Marilah sama-sama kita mendoakan semoga pasangan pengantin ini akan berbahagia hingga ke syurga.
Cinta yang bertaut dibawah keikhlasan dan redha Ilahi,In sha Allah akan sentiasa berkekalan dan mekar sampai ke akhir hayat. aamin. 

Tahniah dan Selamat pengantin baru!


Periuk tekanan multifungsi NOXXA






periuk tekanan multifungsi NOXXA




ciri-ciri


  • pilihan tekanan tinggi dan rendah
  • pelbagai fungsi-memasak pelahan,mengukus, menumis
  • memanas semula dan memastikan makanan sentiasa hangat
  • pemasa tunda sehingga 8jam

faedah:

  • panel mudah digunakan dengan paparan digital
  • periuk dan penutup boleh ditanggalkan
  • periuk tidak melekat 8L
waranti: 1 tahun jaminan terhadap kerosakan pengilangan.peralatan ini hanya untuk kegunaan dirumah sahaja.
diameter: 26.2cm
tinggi: 17.5cm



 
Akak bukanlah penjual periuk ni, bahkan akak yang jadi tukang belinya..itupun atas pelawaan kawan yang mengajak akak main secara kutu.huhu..harap2 tak gatal lah kepala lepas ni, lagi pun cuma 4 kali bayar je..so tak terasa sangat lah kan,korang pun tentu biasa main kutu ni..macam2, kutu duit pun ada tapi biasanya pnggan mangkuk dan peralatan rumah lah..
 
Sebelum ni bukan akak tak nak beli, atau minta cik abang belikan, tapi takut tak digunakan sangat, bila bilangan ahli keluarga tak ramai ni, kami banyak makan kat luar atau beli saja , senang...hehe
Tapi, bila dah ada, rupanya syok juga sebab ada beberapa jenis masakan yang agak rumit nak buat, contohnya sup tulang..sebelum ni seingat akak ada lah beberapa kali jew buat, itupun nak kena tenggek periuk merebus tulang atas dapur tersangat lah lamanya, nak tinggal takut hangit..huhu tu yang bila nak makan, beli je lah..tapi kalau beli ni faham saja lah mana boleh nak beli banyak2kan..tak puas makan..
 
So, dah ada piuk ni, akak pun mula lah buat eksperimen..
masakana akak yang pertama ialah semestinya sup tulang..Macam tak percaya, punyalah senangnya..cuma 30 minit, kat periuk ni lah juga akak tumis dulu guna stir fry, kemudian baru rebus tulang, kalau nak tumis kat lain pun boleh..pas tu masuk jew bahan tumis dalam periuk ni..senang kan..Jom tengok gambar...
 
Lepas ni, nak try nasi dagang pulak, katanya tak payah rendam beras, terus masak, pulut pun macam tu, tak perlu rendam satu malam lagi..
kelebihan dia lagi, boleh masak dodol,pop corn pun boleh tau!
 
Member akak baru hantar ni..


The making of sup tulang..hehe.First trial ni..

30 minit berlalu

walahh..ready to eat..sila sila..


Anak akak Fatiha prefer mee sup..
 
 KELEBIHAN MEMASAK - JIMAT MASA & TENAGA :
 
* DODOL = 20 MINIT
* KACANG HIJAU EMPOK = 15 MINIT
* SUP TULANG / SUP EKOR / SUP GEAR BOX = 45 MINIT
* AYAM GOLEK = 17 MINIT
* SEBARANG JENIS NASI (NASI MINYAK / NASI BERIANI / NASI TOMATO / NASI BUKHARI / NASI PADANG / NASI SAYUR / NASI PULUT / NASI LEMAK) = 7 MINIT
* POP CORN = 1 MINIT




T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink