Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Tuesday, March 20, 2012

Libur Jakarta-Bandung ( akhir)

Assalamualaikum.

Akak sambung sikit je lagi pasal libur Jakarta-Bandung tempohari pada yang masih sudi singgah dan berkongsi pengalaman akak disana.
Sebelum tu, tengok gambar aparment yang kami sewa di Kota Jakarta ni ( malam terakhir sebelum pulang)

Nasi lemak ayam bersama keropok..org sini mmg x tinggal keropok..mcm2 jenis ada..

makan-makan di cafe bawah apartment kami.

Kami dok di tingkat 23 dari bangunan 30 tingkat..huii..tingginya..


lengkap dengan dapur

Laling akak sarapan maggi goreng je..sian..

Boleh tiru ni..dinding dipenuhi cermin..nice ..

Cadar LV you..:)


Day 3

Trans Studio, Bandung city.

Kalau kat Malaysia, lebih kurang macam kat Genting Highland lah, atau Time Square, cuma yang ini lebih besar dan semuanya in door, kecuali satu roller coster ni..
Duduk kat dalam ni, tak sedar dari pagi, sampai kemalam, tapi kesemua nya ada kat sini, termasuk Musolla dan tandas yang selesa, nak makan pun senang, tapi semuanya menggunakan kad yang boleh di top up semula, manakala permainan yang ada pula adalah percuma ( dah termasuk dalam bayaran tiket). Hanya untuk makanan dan minuman je yg kena bayar asing.Yang bestnya, kita boleh naik berapa kali pun yang kita mau, apa2 permainan yang digemari.

Kalau nak tau, anak-anak akak memang seronok sangat kat sini,  cuma akak lah orang yang paling rugi dan membazir kat sini..apa tidaknya, akak cuma "berani" mencuba dua tiga jenis permainan aje..huhu.Akak jadi pemerhati jelah..tak berani dah berumur gini..biarlah orang-orang muda je yang menikmatinya..huhu. Jom kita layan gambar yang tak berapa terang ni, pasal guna kamera h.phone akak ni je..


Roller coster ni tak tinggi, cuma yg thrill nya sbb dia jalan mengundur, dari dalam keluar bangunan dan masuk kedalam semula.




Filem 3D..best! Rasa macam betul kejadian..

Jgn cepat marah..nnti jadi hulk..hehe

Yang ini, akak naik..mcm nk gugur jantung bila dia meluncur kat air tu..

Jangan takut basah baju!

Best sgt!

Show utk kanak2.

Ada science muzium lagi..
Dah tengok gambar? seronok kan..nak tambah seronok lagi..kami ke ladang strawberry pulak..( padahal kat Cameron pun ada..hehe)
Layan je lah gambar..
 
Bakul pun nak warna pink




sayang buahnya dah tak banayk sebab baru di petik oleh tourist yg dtg  naik bas..huhu

Amboi..sempat lagi ambil gambar dgn DSLR nya..


Ni lah bunga strawberry


Ni lah hasil petikan kami..aisya tu dok mkn aiskrim strawberry fresh..Best!
 
Day 4 ( Last day in  Jakarta)

Semalam dah seharian shopping kat Jalan Cihamplas, hari ni sebelum pulang ke Malaysia, kami singgah kat Tanah Abang, Jakarta sebab belum dapat kain telekong dan beberapa barang lagi..Bayangkan dalam masa 3 jam je terkejar-kejar mencari barang yang nak dibeli disamping nak habiskan baki wang rupiah yang ada dalam tangan..Tanah abang ni merupakan "Mall" atau pasar besar yang menjual berbagai jenis pakaian, kasut dan beg tangan..rambang mata dibuatnya disamping harga yang murah..huhu.. Tak puas lah cuma 3 jam dapat shopping kat sini...huhu


aisya bersama kasut idamannya

sukarnya nak memilih..

Antara pengangkutan awam kat sini. Lupa akak nak beritahu, diBandar Jakarta ini, walaupun keadaan lalulintasnya amat sibuk dengan berbagai kenderaan, namun mereka sangat sporting dan memahami serta sgt sabar, tak sprti di Malaysia, susah nak bagi jalan kat org lain, masing2 pentingkan diri saja..sori! kenyataan.

Menuju ke Lapangan terbang Soekarno Hatta. Slmt tinggal kota Jakarta..





Dalam flight

Oleh kerana kami belum lunch..flight pun jam 1.40 tgh so, kami pun menjamu selera dlm flight je..

Demikianlah pengalaman manis yang dapat akak kongsikan bersama..Akak sudahi dengan ayat ini:

Katakanlah (wahai Muhammad) Mengembaralah kamu dimukabumi kemudian perhatikanlah bagaimana akibat buruk (yg menimpa) org2 yg mendustakan rasul2 itu. Al An'am:11
 
( Renung-renungkan...)
 
Sekian dulu, Wassalam.

5 comments:

maszull said...

assalamualaikum ariana...wah bestnya dah balik semula yer...mesti byk cenderahati yg dibawa dr sanakan...:)

rosnani said...

.mesti shopping sakan ni....hehehe

mamyharraz said...

seronoknya baca entry holiday bandung -jakarta akk kali nih..

trans studio sy tak pegi hari tu oklah hari ni dpt tgk kt entry akk :)

mun said...

woww... tersangat bestttttt....

NzA said...

cantiknya apartment tu kak....dan seronk tgk semua pic tu.....jeles tgk....ngee....

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink