Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Friday, February 19, 2016

Bercuti ke Guilin, China (Silver Cave)

Selepas menyusuri Sungai Yulong, kami dibawa pula ke Maling town,Lipu, kira-kira 85km dari pusat bandar Guilin untuk ke Gua yang terpanjang diGuilin iaitu sepanjang 2 kilometer,Silver cave.Menurut cerita, gua ini  terkenal sejak lebih dari 12 abad yang lalu, semasa pemerintahan Dinasti Tang,para petani yang datang kedaerah ini telah terjatuh dan terjumpa pintu gua ini..

Kapur gua yang tingginya  sampai 240 meter, dan dibentuk lebih dari 180 juta tahun yang lalu.sebelumnya ini merupakan  laut. Bencana alam terpaksa meninggalkan air, menjadikan permukaan gunung dan terbentuknya gua batu kapur ini.
 
Pemandangan didalamnya memang cantik dgn stalaktit dan stalakmit yg semulajadi terbentuk menyerupai berbagai bentuk, ada yang seperti binatang,cendawan, bunga dan ada yg sperti manusia..bahkan berbagai nama pula diberikan pada bentuk-bentuk ini.  .
Ditambah pula dengan cahaya lampu bewarna warni yang dipasang untuk menarik pelancung ke sini..
 
Tapi,kalau bagi yang dah agak berumur atau sakit kaki tu, lebih baik tak payah masuk hingga jauh kedalam gua, cukuplah sekadar melihat di awal atau muka pintu gua sahaja kerana memang agak meletihkan.. 
Nak masuk ke dlm gua ni pun dikenakan sedikit bayaran, tapi akak tak pasti berapa sebab semuanya dah masuk didalam bayaran ajen pelancungan akak tu..hihi

Tuan tanah bergambar dihadapan pintu masuk Silver Cave.

lampu dipasang menghala ke arah kolam yg terdapat di dlm gua tersebut..

berbagai bentuk dapat dilihat..


cantik kat tangga ni..berwarna warni..

ini kalau taksilap nama dia 'water fall' sbb mcm air terjun kan..


Semakin jauh kita masuk kedlm gua, suhunya semakin panas, hingga terpaksa buka jaket yg dipakai.



ada gerai didalam ni..

Kolam ikan ni diluar pintu gua otw kita nak ke gua tu

menikmati panaroma alam yg indah

Geramnya tengok ikan yg begitu banyak..



Nak balik dah..kaki pun rasa nak patah dah mendaki huhu          


Lepas mendaki perut pun dah lapar..jom kita makan dulu..


Alhamdulillah, tengok tu tuan kedai makan ni yg berkopiah tu dgn anaknya..


Nampak tak tanda halal tu..:)


Perut tgh lapar, masakan pun panas2..apalagi banyak juga kami makan..

Cuma sup sayur tu tak berjaya kami habiskan sebab kuantiti nya sangat banyak macam nak makan 10 orang hihi.Telur dadar paling best.. pastu daging masak kicap dan spagheti pun ada.. Syukur atas rezeki dan rahmat Allah ini..
 
Selesai makan kami pun pulang ke hotel utk berehat, solat dan simpan tenaga untuk malam ni.. nak sopim katanya di West street.. Pandai bdk Jenny pemandu pelancung kami tu, cari hotel betul-betul di pusat bandar so, jalan kaki je kita malam ni..
 
Lepas maghrib apalagi menyoping lah kami..sovenier pum banyak beli kat sini..
 
Gambar di ambil dari bilik hotel kami

encik hubby minat sgt dan beli satu lampu laser ni..jauh boleh pancar cahaya laser tu..mmg menarik..

sampai ke bukit nun jauh disana dia pancarkan cahaya..huhu

Hakak dah tak sabar nak cuci mata dan sopim kat West Street ni,



Macam2 ada

Yg ni just tgk je lah..udang galah dia mak aii besar nya..
Sampai lewat malam juga kami menjelajah kat sini,yang bestnya cik Jenny tggalkan je kami  kat sini..tp kat sini orgnya agak moden dan ada jg yg blh berbahasa inggeris so senang lh setakat nk tanya harga  barang tu..
 
Dan di dalam kawasan pasar malam West street ni jg ada kedai makan muslim, tp terlupa plk nk ambil nama dan nombor kedai dia..Jenny yg bawa kami..lepas dah tau kedai tu ada beberapa kali kami pergi sendiri je beli makanan sbb lapar tgh malam kat hotel..kami siap tapau roti bawang putih dia..sedap sgt..
 
Ok lah stop sampai sini dulu.. Insyaallah esok sambung lagi episod akhir, lawatan ke elephant trunk hill.

4 comments:

+ e.z + said...

ok. kmita jeles. hu3. bestnya... nk pegi jugak

kakrose said...

pernah dtg sini..tempatnya memang best..

Kakzakie Purvit said...

Permainan cahaya warna digunakan buat tambah cantik batu-batuannya.
Selagi boleh jelajah apa nak tunggu lagi kan..:)

Anonymous said...

Salam.. boleh saya dapatkan contact number aunty? Berminat nak tanya sikit2 tentang guilin :)

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink