Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.
Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Thursday, April 5, 2012

Sejuta wanita Amerika non-Muslim pakai tudung tanda sokong Shaima Alawadi

Assalamualaikum.
 
Ariana terbaca kisah malang yang menimpa wanita muslim yang tak bersalah ni kat blog ni. Apa yang buat Ariana terharu adalah sokongan yang diberi oleh wanita non muslim amerika sebagai tanda simpati atau sokongan terhadap wanita malang ini. Jom baca.
Satu juta wanita non-Muslim di Amerika Syarikat akan memakai tudung sebagai tanda sokongan dan perpaduan terhadap Shaima Alawadi, seorang pendatang Iraq yang dibunuh secara kejam di rumahnya pada bulan Mac lalu, akibat Islamofobia.
Banyak wanita non-Muslim di Amerika Syarikat telah memposting foto-foto diri mereka mengenakan tudung pada akaun facebook 'One Million Hijabs for Shaima Alawadi'. Akaun tersebut kini telah disokong 10,000 orang hingga 2 April.
Jean Younis, pengurus pejabat di Gereja Advent Bonita Valley di National City, California, mengatakan dia akan memakai tudung Islamik untuk menyokong keluarga dan kawan-kawan Shaima Alawadi pada hari Ahad, menurut sebuah artikel terbaru yang diterbitkan oleh Washington Post.

"Saya mengharapkan tindak balas, tapi isunya . Perlu dibincangkan," kata Younis.
Pengurus pejabat gereja 59 tahun itu adalah salah satu dari golongan wanita non-Muslim yang telah menyatakan tanda sokongan terhadap Shaima Alawadi.
Alawadi ditemui mati rumahnya di El Cajon, California, pada tarikh 21 Mac lalu. Dia mati pada hari Sabtu 24 Mac, setelah dipukul dan ditemui terbaring dengan berlumuran darah di samping sebuah catatan yang mengatakan "kembali ke negara anda, anda pengganas".
Ada juga demonstrasi "tudung dan hoodie" di beberapa pengajian tinggi di seluruh Amerika Syarikat dalam beberapa hari terakhir ini. Gagasan "hoodie" merujuk kepada pembunuhan Trayvon Martin, seorang remaja hitam ditembak mati oleh seorang sukarelawan pemantau alam sekitar di Florida pada 26 Februari.
"Mereka berdua dibunuh kerana cara mereka dilihat dan itu sangat salah," kata Younis.
Tidak hanya Trayvon Martin dan Shaima Alawadi yang menjadi mangsa jenayah kebencian di Amerika Syarikat dalam beberapa minggu terakhir.
Pada tarikh 24 Mac, mahasiswa 19 tahun, Kendrec McDade ditembak dan dibunuh oleh dua pegawai polis Pasadena di Los Angeles County, California. Ketua Polis Pasadena, Phillip Sanchez mengatakan sebanyak "lapan tembakan" ditembakkan ke arah McDade.

 29 Mac, 2012 di depan DH Hill, Perpustakaan kampus
Pelajar dari Persatuan Pelajar Islam (MSA) di North Carolina State University tampil bersama demi menegakkan Keadilan. Amerika mempunyai sistem Undang-undang yang kukuh dan kita mahu ianya adil dikenakan kepada setiap rakyat. Kami berharap bahawa sistem itu dengan teliti akan menilai kes yang  telah teraniaya akan dibayar balik dalam keadilan. "- Acara penyelaras
Jika anda ingin menjadi penyokong Shaima Alawadi, sila klik Fan Page One Million Hijabs for Shaima Alawadi. sini --> One Million Hijabs for Shaima Alawadi

P/S: Wanita-wanita di Negara barat bangga mengenakan pakaian Islam. Sanggup bergadai nyawa demi mempertahankan maruah dan kesucian Islam. Wanita-wanita di  negera-negara Islam seperti Malaysia pula bangga mengenakan pakaian barat. Sekian!

Wednesday, March 21, 2012

Assalamualaikum.

Tolong sebarkan.

Friday, February 10, 2012

Hari Suami isteri ganti Valentine's day.

Assalamualaikum.

Salam Jumaat, penghulu segala hari buat semua..

Alangkah baiknya jika dapat kita lakukan ini demi keharmonian rumahtangga yang kita sayangi. Jom lakukan..





KOTA BHARU - Kerajaan Pas Kelantan bercadang menggantikan hari mengingati kekasih `Valentine's Day' yang disambut pada setiap 14 Februari kepada sambutan Hari Suami Isteri sebagai acara tahunan.



Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata adalah lebih elok jika Hari Valentine, yang dipuja dan diilhamkan pengikut agama Kristian, diganti dengan sambutan Hari Suami Isteri untuk melahirkan keluarga bahagia mengikut acuan Islam.



"Untuk masa akan datang, kita bersetuju untuk menukar Valentine's Day kepada sambutan Hari Suami Isteri setiap tahun," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Suami Isteri dan Pelancaran Buku Panduan Keluarga Mawaddah Negeri Kelantan di sini hari ini.



Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri Wan Ubaidah Wan Omar.



Beliau berkata tujuan kerajaan menjadikan sambutan Hari Suami Isteri sebagai acara tahunan bagi menggalakkan umat Islam menghayati kehidupan keluarga bahagia mengikut acuan Islam sebenar.



Ini selaras dengan matlamat kerajaan melancarkan kempen menggalakkan remaja melangsungkan perkahwinan melalui program Gerbang Az-ziwaj yang diperkenalkan dua tahun lepas melibatkan 100 pasangan mengadakan perkahwinan secara berkelompok, katanya.



Melalui program itu, katanya kerajaan negeri menyediakan bantuan RM1,000 bagi setiap pasangan yang kurang mampu untuk membiayai mas kahwin dan majlis perkahwinan yang dilangsungkan.



Nik Abdul Aziz melahirkan kebimbangan gejala sosial yang berlaku di seluruh negara akibat pergaulan bebas dan perkahwinan tidak sah menyebabkan kadar kelahiran anak luar nikah atau anak zina mencecah lebih 234,00 di seluruh negara dalam tempoh 2006 hingga 2010.



Menurutnya lebih membimbangkan lagi apabila kira-kira 81,000 daripada jumlah itu melibatkan orang Melayu atau umat Islam dari seluruh negara.



Untuk tujuan itu, kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri mewujudkan Pusat Perlindungan Wanita untuk menempatkan wanita yang menjadi mangsa yang terlibat dengan gejala sosial akibat pergaulan bebas dan penganiayaan suami yang tidak bertanggung jawab.



Sementara itu, Wan Ubaidah berkata pusat itu di Pengkalan Chepa mula menerima penghuni terdiri daripada ibu tunggal dan wanita yang merupakan mangsa gejala sosial.- Bernama


kongsi info kat blog ni


Tuesday, January 24, 2012

Al-Quran bersadur emas RM170 juta dipamer

Assalamualaikum.

Beruntunglah orang Trengganu,akan dapat melihat sendiri Al Quran bersalut emas ni yang didatangkan dari Negeri China .


INILAH naskhah al-Quran bersadur emas yang bakal dipamerkan di Muzium Negeri Terengganu bulan depan.


KUALA TERENGGANU - Naskhah al-Quran bersadur emas bernilai lebih RM170 juta yang bakal dipamerkan pada pameran Khazanah Islam dari China di Muzium Terengganu bulan depan akan dibekalkan dengan ciri keselamatan dan penjagaan tahap tertinggi.

Dipercayai berusia lebih 500 tahun dan berasal dari Dinasti Ming, China, pihak penganjur juga akan melantik firma keselamatan swasta bagi memastikan keselamatan artifak itu sepanjang enam bulan sesi pameran.
Pengarah Muzium Negeri Terengganu, Mohd. Yusof Abdullah berkata, pameran bertaraf antarabangsa itu adalah hasil kerjasama dengan penganjur acara, Topchain Capital Sdn. Bhd.
sumber: Kosmo

Monday, January 2, 2012

Bapa dan anak lemas di Pantai Sepat, Kuantan.

Assalamualaikum.

Semalam baru Ariana melalui kawasan Pantai Sepat kerana menghadiri majlis kenduri berhampiran kawasan tu. Tak tau pula ada kejadian lemas rupanya.



Kawasan pantai Sepat adalah salah satu pantai perkelahan yang sering dikunjungi ramai terutamanya penduduk daerah Kuantan ini, selain Pantai Teluk Chempedak, Pantai Batu Hitam dan Pantai Gelora dan Ariana pun dah banyak kali juga berkelah dan berehat bersama keluarga di Pantai sepat ni.


Agak terkejut juga membaca berita Bapa dan anak yang lemas di sini semalam.Memang dah ajal mereka.Apa yang lebih menyedihkan lagi, mereka anak beranak ni katanya ke pantai tersebut beramai-ramai sempena cuti dan bermain bola di pantai. Bapanya Zubir Othman,57  cuba mengambil bola yang hanyut lalu lemas dan diikuti oleh anaknya Ahmad Zuhaimi, 32  yang cuba membantu..

Al fatihah dan Takziah buat keluarga tersebut. Jenazah kedua mangsa telah selamat dikebumikan di Felda Jengka 4, Pahang, petang semalam.
Pesan buat teman-teman..
Sebaiknya elakkan lah mandi manda di pantai, kerana ombak besar terutama pada musim tengkujuh ini.

Gambar hiasan: Eisya n abah di Pantai Gelora, Kuantan.


Berita lanjut sila klik  Berita harian on line

Thursday, December 29, 2011

Pengajaran buat pemuda punk di Banda Aceh

Assalamualaikum

Elok juga mereka dihukum rendam dalam sungai macam ni..sebagai pengajaran dan memberi kesedaran buat mereka.Dan yang paling mereka sayang iaitu rambut mereka yang dibangga kan selama ini pun turut dibotakkan.

 



DENGAN mengenakan pakaian seragam polis, 65 pemuda punk itu berjalan dalam tiga barisan lurus. Mereka bergerak menuju ke dataran Kompleks Sekolah Polisi Negara (SPN) Seulawah di Aceh Besar, Sumatera, Indonesia.

Melangkah penuh disiplin, mereka kemudian duduk bagi mengikuti sesi kaunseling membina jati diri yang dikelolakan oleh Majlis Permusyawaratan Ulama (MPU).
Di situ, mereka tidak dilayan sebagai pesalah sebaliknya digelar pelatih memandangkan mereka dikehendaki mengikuti sebuah modul pemulihan akhlak dan jati diri dalam tempoh tertentu.
Pada sesi itu, beberapa remaja kelihatan menundukkan kepala sambil mengesat air mata. Selama 10 hari mengikuti kem motivasi diri itu, mereka diajar menguruskan kehidupan dengan lebih baik yang semestinya berteraskan agama Islam.

Sama ada terpaksa atau atas kerelaan sendiri, rata-rata komuniti punk Aceh itu mengaku menyesal atas kealpaan mereka selama ini.

Pada 10 Disember lalu, 65 remaja dan belia punk itu ditahan ketika mereka menghadiri konsert punk di Banda Aceh.
Golongan punk umumnya tidak diterima oleh masyarakat Aceh.
Malah, lelaki tidak dibenarkan menyimpan rambut panjang di wilayah yang melaksanakan undang-undang syariah itu apatah lagi membuat rambut tercacak.
Rantai anjing
Semasa ditahan, kesemua mereka didapati memiliki elemen budaya liar punk. Kebanyakan mereka mempunyai tatu di badan, bertindik, memakai gelang anjing, berbaju compang-camping, berseluar ketat dan berambut trojan.
Budaya sebegitu sememangnya tiada toleransi di Banda Aceh. Sejurus ditahan, mereka dikurung di dalam sebuah lokap. Pakaian, subang tindik dan rantai anjing mereka dibuang.
Selepas itu, kepala lelaki punk itu dicukur sehingga botak, manakala rambut perempuan dipotong pendek seperti polis wanita.
Pelatih lelaki juga diarahkan mandi beramai-ramai di dalam sungai.
Daripada 65 orang yang ditahan, 30 daripadanya berasal dari Aceh manakala selebihnya datang dari wilayah lain di Indonesia seperti Lampung, Palembang, Jambi, Batam, Riau, Sumatera Barat, Jakarta, Bali dan Jawa Barat.
Seorang remaja punk yang dikenali sebagai Riyan berkata, latihan membina jiwa yang dijalaninya di SPN sangat berguna.
"Banyak perkara yang diajar kepada kami terutamanya mengenai disiplin dan peranan kami sebagai anggota masyarakat.

PEMUDA punk yang telah dibotakkan kepala direndam di sebatang sungai di Banda Aceh bagi membersihkan diri mereka.


"Secara peribadi, kini saya merasakan saya mampu untuk mengatur hidup dengan lebih baik.
"Lebih penting lagi, kami dididik untuk mendirikan solat lima waktu," katanya kepada portal berita tempatan.
Pendapat Riyan itu disokong rakannya, M. Fauzi.
"Selain disiplin, kami didedahkan dengan latihan fizikal untuk menjaga kecergasan tubuh.
"Saya juga menghargai usaha kumpulan ulama yang datang ke sini untuk memberi kefahaman akidah kepada kami," katanya.
Selain suapan rohani dan jasmani, mereka perlu menjalani pemeriksaan kesihatan setiap hari.
Hasil pemeriksaan mendapati tiga pelatih mempunyai gejala hepatitis dan seorang disahkan positif penyakit itu.
"Jika ada pelatih yang tidak sihat, dia akan dikecualikan daripada mengikuti aktiviti fizikal," kata Fauzi lagi.
Syariah
Seorang pelatih perempuan, dikenali sebagai Sarah, 18, memberitahu, sepanjang berada di kem tersebut, dia menjadi lebih berdisiplin dan mendapat banyak pengetahuan agama.
Dia yang dibesarkan dalam keluarga yang berpecah berkata, pengaruh kawan telah mengheretnya kepada budaya punk.
"Saya sedar saya silap. Selepas keluar dari sini, saya mahu ke sekolah dan berazam menjadi anak yang baik," ujarnya.
Walaupun SPN bertujuan mendidik kumpulan yang telah rosak akhlak, masih ada pihak di Indonesia yang menganggap penahanan itu sebagai satu pencabulan hak asasi manusia.
Bagaimanapun, Gabenor Aceh, Irwandi Yusuf mempertahankan tindakan tersebut.
"Mereka terbabit dalam gaya hidup yang bertentangan dengan undang-undang syariah yang dilaksanakan di Aceh.
"Didikan disiplin, akidah dan moral ini merupakan keprihatinan kerajaan tempatan dan bukannya pencabulan hak asasi manusia," jelas Irwandi.
Menurut beliau, lebih 700 pengikut punk tinggal di Aceh. Mereka biasanya makan dan tidur di tepi jalan atau di tempat letak kenderaan.

RIAK sedih remaja punk apabila rambutnya dipotong pendek oleh pihak berkuasa.


Mereka tidak mempunyai pekerjaan bahkan tidak mendapat pendidikan di sekolah agama mahupun sekolah biasa.
"Walaupun itu hak mereka, kerajaan perlu memikirkan masa depan mereka.
"Bolehkah mereka sekadar menjadi punk ketika muda? Bagaimana jika mereka gagal mendapat pekerjaan? Apa akan jadi pada mereka pada masa akan datang?" tanya Irwandi.
Selepas tempoh latihan di SPN tamat, pihak berkuasa akan membantu pelatih terbabit mencari pekerjaan yang sesuai. Mereka juga diberi biasiswa bagi meneruskan persekolahan.
Wajar

"Kami menahan mereka bukan disebabkan cara mereka berpakaian. Islam tidak melarang umatnya berpakaian seperti kumpulan punk.

"Ramai juga yang mengaitkan penahanan ini dengan undang-undang syariah di Aceh tetapi ia sebenarnya tiada kaitan langsung," kata Irwandi.

Aceh merupakan satu-satunya wilayah di Indonesia yang melaksanakan undang-undang syariah. Malah, mahkamah syariah Aceh mempunyai bidang kuasa yang berbeza berbanding mahkamah syariah yang terdapat di wilayah lain.

"Perundangan syariah memang wajar dilaksanakan bukan sahaja di Aceh tetapi di seluruh Indonesia kerana 95 peratus penduduknya beragama Islam.

"Bahkan, Indonesia adalah negara yang mempunyai umat Islam terbesar di dunia," kata Ketua Komuniti Masyarakat Aceh Malaysia, Mansur Usman.
Mansur yang sudah 28 tahun berhijrah ke Malaysia menyifatkan penahanan komuniti punk baru-baru ini sebagai wajar.

"Punk adalah budaya liar yang mengancam sosiobudaya masyarakat Aceh. Sebelum pengaruhnya terus menular, ia perlu disekat.
"Sekurang-kurangnya kehidupan mereka masih boleh dibetulkan dan menjadi pengajaran kepada orang lain," ujarnya ketika ditemui di Kampung Baru, Kuala Lumpur baru-baru ini.

PEMUDA bertatu dididik supaya mendirikan solat secara teratur.


Bukan untuk menzalimi, katanya lagi, undang-undang syariah dianggap pelengkap ke arah kesempurnaan Islam.

Menurut peniaga makanan, Fida, 38, masyarakat Aceh menerima baik pelaksanaan undang-undang tersebut.
"Sebelum ini, gadis bebas memakai pakaian ketat dan tidak bertudung, begitu juga pergaulan lelaki dan perempuan. Namun, sekarang keadaan berubah.

"Mereka patuh kepada undang-undang kerana enggan dimalukan di khalayak umum," katanya yang pulang ke Aceh setahun sekali.
 
Agaknya kat Malaysia boleh tak buat macam ni ye..?



  

Thursday, November 24, 2011

Maut kerana sebiji bola

Assalamualaikum.

Bukan tak boleh kita meminati sukan bola sepak dan sebagainya..tapi 
kenapa mesti sampai ada insiden macam ni hanya kerana sebiji bola yang ditendang kesana kemari dipadang bola. Tak berbaloi sungguh..

2 penyokong maut: FAM kesal sikap penyokong bertindak ganas




KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sedih apabila dua peminat bola sepak Indonesia maut selepas berasak-asak bagi mengikuti perlawanan akhir pertembungan antara Malaysia dan Indonesia bagi merebut emas, di Stadium Gelora Bung Karno, malam tadi.
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad, berkata pihaknya sedih atas kejadian itu dan kesal dengan tindakan segelintir penyokong yang bertindak ganas sekali gus mencemarkan sukan berkenaan.

kredit: Harian metro on line

Wednesday, September 14, 2011

Akhirnya..penyamun restoran berjaya diberkas




Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ketanah juga.

SHAH ALAM – Polis memberkas lapan lelaki termasuk dua pelajar tingkatan lima dan dua pengawal keselamatan dipercayai terlibat dalam kegiatan samun bersenjata di dua restoran 24 jam di Shah Alam, baru-baru ini.

Suspek ditahan kurang 24 jam selepas menyamun sebuah restoran di Seksyen 24, Khamis lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, susulan itu, satu unit khas ditubuhkan dan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), suspek dapat dikenal pasti.

“Kira-kira jam 11 malam, seorang lelaki ditahan di Pangsapuri Rimba Jaya diikuti tujuh lagi di lokasi sama dan Rawang. Mereka berumur 17 hingga 27 tahun dan kami yakin kes ini dapat diselesaikan segera,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Selangor, semalam.

Menurutnya, polis turut merampas, motosikal curi, topi keledar dan jaket digunakan suspek serta sebuah komputer riba kecuali parang dan pisau yang digunakan ketika rompakan.

Sementara itu, dalam kejadian pertama, 28 Ogos lalu, suspek bertopi keledar dan bersenjatakan parang serta pisau menyerbu masuk ke restoran di Seksyen 15, kira-kira jam 3.30 pagi.

Kejadian itu, dirakam melalui CCTV dan telah dimuat naik ke YouTube.

Dalam rakaman itu, lebih lima suspek meluru masuk dan mengacu parang ke leher seorang wanita yang sedang bersahur bersama kelurganya.

Suspek turut mengacukan senjata ke arah pelanggan lain, merampas komputer riba dan beg tangan seorang wanita.

Menerusi rakaman CCTV pelbagai sudut di restoran itu, kira-kira 10 pelanggan termasuk kanak-kanak panik berlari keluar dari restoran terbabit.

Visual turut mendapati, perompak itu, turut melarikan mesin wang di kaunter pembayaran.

Tun Hisan berkata, polis sedang mengesan seorang lelaki, S Veeramuthu, 19, berasal dari Kapar, bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, semua suspek ditahan reman sehingga esok untuk siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
Sumber: sinar harian

Kembar Siam tertua akan sambut hari jadi ke-50




PASANGAN kembar Siam berlainan jantina, George (kanan) dan Lori Schappell.


PHILADELPHIA, Amerika Syarikat (AS) - Pasangan kembar Siam tertua di dunia, George dan Lori Schappell akan menyambut hari jadi mereka yang ke-50 sekali gus mengetepikan ramalan doktor bahawa mereka tidak akan dapat hidup lama, lapor sebuah akhbar semalam.
Kembar Siam perempuan itu yang bercantum di kepala, menyambut ulang tahun kelahiran mereka pada Ahad ini dengan melancong ke London, Britain.
Walaupun berkongsi kepala, mereka menjalani kehidupan yang berbeza dengan Lori pernah bercinta manakala George pula memutuskan untuk hidup sebagai lelaki.
Lori juga merupakan seorang juara sukan boling manakala George mencari nafkah dengan berkecimpung sebagai penyanyi irama Country.
"Semasa kami lahir, doktor-doktor meramalkan kami tidak akan dapat hidup sehingga berusia 30 tahun tetapi kami membuktikan mereka telah silap," kata Lori.
Berketinggian 1.54 meter, Lori dilahirkan dengan tubuh badan sempurna tetapi George yang memiliki ketinggian cuma 1.3 meter, sukar bergerak kerana mengalami masalah saraf tunjang.
Disebabkan George lumpuh, dia terpaksa duduk di sebuah kerusi roda khas yang ditolak oleh Lori untuk memudahkan mereka bergerak.
"Ramai orang tidak percayakan kami tetapi kami hidup secara normal seperti orang lain," ujar George.
"Kami melancong, mengemas flat kami, malah, Lori pernah mempunyai teman lelaki. Tiada yang dapat menghalang kami daripada melakukan perkara yang kami mahu," tambahnya.
Kata George lagi, Lori hilang dara semasa dia berusia 23 tahun setelah berasmara dengan teman lelakinya yang kedua. - Agensi
sumber:kosmo

Friday, August 12, 2011

Ajaib. Bayi di Luar Kandungan Lahir Selamat

Assalamualaikum.

Keajaiban berlaku dimana-mana. Semuanya dengan izin Allah jua.Tidak ada yang mustahil didunia ini.

Ajaib, Bayi di Luar Kandungan Lahir Selamat


Para doktor umumnya akan menyarankan menggugurkan kandungan bila janin membesar di luar kandungan. Sebab ianya akan membahayakan nyawa ibu mahu pun janinnya.
Namun, keputusan Nicolette Soto, 27, untuk mempertahankan janin yang berada di luar kandungan dan menentang bahaya, berhasil baik. Bayi itu lahir hanya diselimuti dinding tipis membran dan otot di hospital Arizona, dalam usia kehamilan 32 minggu. Bayi yang lahir dengan berat lahir 0.9 kilogram ini dikatakan sebagai peristiwa yang jarang-jarang berlaku.

Bayi Azelan Cruz, dinamakan, membesar di luar rahim ibunya dan melekat pada dinding di luar rahim. Plasenta yang belum berkembang sempurna akhirnya melekat pada bahagian luar dinding rahim.

Doktor mengatakan, lebih mudah menggugurkan kandungan itu daripada mempertahankannya. Namun, Nicolette dan pasangannya nekad menjalani kehamilan yang bahaya itu.
Sebagai jangkaan bakal adanya komplikasi, selama pembedahan, kumpulan doktor menyiapkan ahli urologi, trauma dan radiologi, serta ahli bedah pembuluh darah dalam proses kelahiran. Namun, bayi itu lahir dengan selamat tanpa bedah kompleks.

Salah seorang dari kumpulan doktor itu, yang menangani kelahiran mengatakan, kes bayi yang membesar di luar kandungan belum ada sebelumnya. "Ini hanya kes yang membuktikan kepada dunia perubatan, bahawa  tidak selamanya hal dapat dijangkakan," ungkapnya.

Nicolette hanya merasakan kehamilannya pada minggu ke-18. Doktor menyarankan dia segera menjalani proses pengguguran kandungan kerana menghadapi risiko pecah tabung fallopio dan kehilangan darah fatal. Embrio yang melekat pada tiub fallopio, menurut perubatan, dapat memecahkan tiub fallopi pada minggu 12 hingga 14.


Kehilangan Rahim
Doktor juga mengingatkan, Nicolette boleh kehilangan rahim serta usus bila tidak segera dilakukan pengguguran. Apalagi, dalam keadaan ini plasenta sukar mendapatkan bekalan darah yang akan menambah kerumitan. Namun pasangan ini berkeras mempertahankan bayi mereka.

Sejak Mac, Nicolette dimasukkan ke hospital dan dipantau kumpulan doktor sehingga melahirkan. Kumpulan perubatan mengatakan, kelahiran jauh lebih mudah daripada yang dibayangkan. Tidak ada intervensi perubatan khusus serta kehilangan darah dapat diminimakan.

Satu-satunya yang berbeza dari pembedahan normal adalah bekas luka yang lebih besar daripada bedah caesar umumnya. Soto disahkan sihat dan dapat pulang empat hari kemudiannya. Sedangkan bayi itu harus dirawat di hospital selama tiga hingga empat minggu sebelum dibolehkan pulang.

Kredit untuk Blog info Lulu


Tuesday, August 9, 2011

Video pelajar Malaysia dirompak di London






Seorang pelajar Malaysia Asyraf Haziq, ibarat sudah jatuh ditimpa tangga apabila beliau yang tercedera dalam serangan di London, telah di rompak pula oleh mereka yang berpura-pura untuk membantunya.  Asyraf yang pada ketika itu sedang dalam perjalanan untuk membeli juadah berbuka puasa atau iftar telah kehilangan dompet dan talipon bimbitnya. Beliau kini sedang dirawat di Royal Hospital kerana patah rahang dan gigi. Beliau merupakan pelajar dari Kaplan College, London. Apapun, syukur kerana beliau tidak mengalami kecederaan yang lebih teruk.

Friday, July 15, 2011

Majlis Tilawah Al-Quran Antarabangsa 2011

Majlis Tilawah Al-Quran Antarabangsa ke 53 - 2011 - International Al-Quran Recital Assembly 53rd - 2011.

Assalamualaikum.






Untuk makluman bersama, Majlis Tilawah Al Quran antara bangsa ke 53 ( International Al- Quran Recital Assembly, 53rd Edition ) akan didakan di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra ( PWTC ), Kuala Lumpur bermula pada 16-23 Julai 2011 bersamaan 14-21 Sya'ban 1432H. Tema MTQA  2011 ini adalah
“Unity as the Essence to Ummah’s Prosperity”.

“Persefahaman Asas Perpaduan Ummah”


Siaran Langsung di TV1 pukul 8.30 malam
Live Streaming kat web TV Jakim
Bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Putra pada 16 hingga 23 Julai 2011
Seramai 81 orang perserta dari 50 negara.

Malaysia diwakili oleh Qari Amirrahman b Abas ( Negeri Sembilan )
dan Qariah Suraya Abu Hassan ( Johor)


Johan RM32,000, piala iringan serta cenderamata dan sijil penyertaan.
Naib Johan RM22,400, cenderamata dan siji penyertaan.
Tempat ke tiga RM13,600, cenderanata dan sijil penyertaan
Saguhati RM4,800, cenderamata dan sijil penyertaan.

sumber: sini

Tuesday, July 12, 2011

Pelajar UMT didakwa hina lagu kebangsaan.

Assalamualaikum semua.

Kata orang, bahasa jiwa bangsa.
Kata-kata melambangkan diri kita.. Tak kiralah apa alasannya..
Sebagai seorang muslim, macam ni ke akhlak yang nak ditunjukkan..
Semalam ada terdengar kat Berita TV pasal ni..tertanya-tanya juga apa yang dibuat budak ni..rupanya..
Nak tau..,
klik kat sini

Friday, July 1, 2011

Tiga kapten selisih ajal di udara



ANGGOTA Jabatan Bomba dan Penyelamat bersama kakitangan Malaysia Airport Berhad memeriksa helikopter yang dipercayai terbakar pada bahagian ekor di Terminal Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang semalam.



Syukur lah mereka selamat. Jom baca petikan dari Kosmo online ni.


SUBANG - Tiga kapten sebuah syarikat penerbangan swasta menarik nafas lega apabila mereka hanya mengalami cedera ringan selepas helikopter yang dinaiki terhempas dari ketinggian 60 meter di landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di sini semalam.
Kejadian pukul 8.17 pagi itu berlaku ketika Kapten Syahfrilhaidi Abdul Rahman, 38, Kapten Nor Azhari Mat Yunos, 35, dan Kapten Mohd. Zamri Mohamed, 44, sedang melakukan latihan penerbangan menggunakan helikopter jenis AgustaWestland AW139 milik Weststar Aviation Services Sdn. Bhd.
Syahfrilhaidi merupakan juruterbang, Nor Azhari pembantu juruterbang dan Mohd. Zamri sebagai kapten pelatih. Mereka dirawat sebagai pesakit luar di Pusat Perubatan Universiti Malaya di sini.

Sunday, June 26, 2011

Mahu kuasa komputer dalam poket anda?


MOTOROLA Atrix mempunyai kelajuan pemprosesan sehingga 1 gigahertz Dual Core.


KEUPAYAAN dan kecanggihan teknologi banyak mengubah gaya hidup manusia dalam memberi kemudahan a untuk menjalani kehidupan seharian dengan lebih pantas serta sempurna.
Segmen telefon pintar tidak terkecuali dalam merasai tempias arus pembangunan teknologi apabila pembikin peranti tersebut berlumba-lumba membangunkan telefon pintar terbaik untuk memenuhi keperluan pengguna yang semakin berdaya maju.
Terbaharu, Motorola Mobility menawarkan telefon pintar Atrix yang mempunyai kuasa sebuah komputer.
Dengan menggunakan telefon pintar itu, pengguna bagaikan membawa komputer di dalam poket mereka kerana ia mempunyai kelajuan pemproses sehingga 1 gigahertz (GHz) Dual Core.
Kelajuan pemproses tersebut dapat memudahkan lagi pengguna dalam melayari alam siber dengan lebih mudah dan pantas.
Ia sangat berguna kepada mereka yang gemar menggembara atau pun sentiasa melakukan tugasan di luar pejabat.

ATRIX kini dijual di pasaran pada harga RM1,999.


Bahkan, Atrix dapat memenuhi kehendak pengguna yang sentiasa berhubung dengan rakan atau keluarga melalui laman sosial seperti Facebook, Twitter dan banyak lagi.
Bagi mereka yang gemar bermain permainan video, kelajuan pemproses sehingga 1 gigahertz (GHz) Dual Core tersebut dapat mempercepat proses paparan permainan dan grafik dengan lebih pantas.
Dengan penggunaan paparan skrin 10.16 sentimeter Quarter High Definition (qHD) pertama dalam segmen telefon pintar, ia dapat memberi paparan lebih jelas dan semula jadi.
Dalam pada itu, kelebihan menggunakan peranti terbaharu itu adalah pengguna dapat melayari pelayar Mozilla Firefox 3.6 dan ia menyokong Adobe Flash Player untuk memberi keselesaan serta kepuasan pengguna.
Peranti terbaharu yang menggunakan sistem operasi Android 2.2 Froyo dibangunkan untuk menjadi hab digital dalam memberi kebebasan kepada pengguna mencipta, menyunting dan menikmati pelbagai kandungan dokumen digital di hujung jari mereka.
Atrix yang diedarkan Brightstar Distribution Sdn. Bhd. sudah berada di pasaran pada harga RM1,999.
Untuk keterangan lanjut mengenai peranti terbaharu itu boleh melayari laman web www.brightstarcorp.com.my
sumber: kosmo on line

Friday, June 24, 2011

Budak tersangkut pada palang tingkat tiga



SEORANG anggota polis cuba untuk menyelamatkan budak perempuan yang tersangkut itu.

Ada lagi kisah budak tersangkut? Baru beberapa hari lepas je, baca pasal budak tersangkut kat celah alat pendingin. Salah siapa ni? salah budak tu atau kecuaian ibubapa? Makin menjadi-jadi nampaknya..


BEIJING - Kepala seorang budak perempuan berumur empat tahun tersangkut di celah palang besi di bawah tingkap di tingkat tiga sebuah apartmen di Tengzhou, utara China, lapor sebuah akhbar semalam.
Dalam kejadian yang berlaku baru-baru ini, budak itu tersangkut selama 20 minit sebelum dia diselamatkan oleh beberapa anggota polis.
Pada mulanya, seorang anggota polis itu berdiri di atas alat pendingin hawa dekat dengan budak tersebut selepas dia memanjatnya dengan menggunakan tangga.
Namun, anggota polis itu, Zhao Liancheng gagal untuk menariknya keluar.
Liancheng berkata: "Pihak kami (polis) menghubungi ibu bapa budak itu untuk pulang ke rumah dengan serta- merta."
Ibu bapa budak itu tiba 10 minit kemudian dan beberapa anggota polis memasuki apartmen untuk menarik dia dari tingkap.
Bapa budak itu menyatakan dia dan isterinya keluar rumah untuk bekerja menyebabkan anaknya tinggal berseorangan.
Menurutnya, anaknya bertuah kerana jiran-jiran dapat mengetahui kejadian itu.
Budak itu dipercayai terjatuh selepas dia melihat pemandangan dari tingkap tersebut.

sumber: Kosmo on line

Thursday, June 23, 2011

Pantang maut sebelum ajal

Kucing kebal selepas dihumban dari tingkat 12


KUCING betina yang masih hidup selepas jatuh dari tingkat 12 bangunan flat di Oldbury, Britain.


OLDBURY, Britain - Seekor kucing betina masih hidup walaupun dihumban dari tingkat 12 sebuah flat pada ketinggian lebih 36.57 meter, lapor sebuah akhbar semalam.
Kucing itu terbaring dengan mulut berdarah semasa anggota-anggota sebuah agensi perlindungan haiwan tiba untuk memberi rawatan selepas dihubungi seorang penduduk bagi memberitahu mengenai kejadian berkenaan .Beberapa penduduk di tingkat tiga dilaporkan mendengar bunyi haiwan itu jatuh.
Seorang pegawai agensi perlindungan haiwan itu, Susie Bailey berkata, dia percaya kucing tersebut jatuh dari tingkat 12 flat berkenaan pada 5 Jun lalu.
Namun, kucing berusia tujuh bulan itu semakin pulih tanpa mengalami sebarang kecederaan serius selepas ia jatuh sekali gus mengejutkan pegawai-pegawai agensi perlindungan haiwan.
Kucing itu dirawat di sebuah hospital haiwan di Birmingham.
Haiwan itu memakai kolar di leher yang menunjukkan ia mempunyai tuan. - Agensi

sumber: kosmo



  

Penggodam komputer remaja 19 tahun?

Identiti penggodam didedahkan


RUMAH yang diduduki oleh Ryan Cleary bersama ibunya di Wickford, Britain.


WICKFORD, Britain - Identiti individu yang disyaki mengetuai ketua kumpulan penggodam komputer global, LulzSec didedahkan semalam sebagai pelajar pintar berusia 19 tahun, Ryan Cleary.
Sebuah akhbar melaporkan dia dipercayai mendalangi operasi pencerobohan siber tersebut dengan menggunakan dua buah komputer di bilik tidurnya di banglo milik ibunya di sini.
Ryan ditangkap dalam operasi bersama oleh polis Scotland Yard dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) di kediaman ibunya, Rita, 45, yang berharga £330,000 (RM219,545) kelmarin.
"Kemungkinan besar bandar ini merupakan pusat pergerakan untuk menggodam rangkaian komputer milik kerajaan-kerajaan di dunia," kata seorang pakar komputer kelmarin
Pelajar itu kini direman di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer dan Akta Penipuan Britain di sebuah balai polis di pusat bandar London.
Ibunya yang merupakan seorang jururawat memberitahu, Ryan banyak menghabiskan masa di sisi komputernya.
Jelas Rita, anaknya mempunyai sejarah sakit mental dan menghidap agorafobia iaitu penyakit dihantui perasaan takut ketika berada di tempat terbuka tetapi dia seorang yang amat pintar.
Sumber-sumber polis berkata, sejumlah maklumat dan data dirampas daripada sebuah komputer miliknya.
Pihak berkuasa percaya Ryan merupakan 'orang penting' LulzSec, yang mendakwa bertanggungjawab mencuri nama, alamat, data bank dan kata laluan 77 juta pelanggan rangkaian permainan Internet, Sony Playstation.
Selain Sony dan satu lagi firma permainan video, Nintendo, LulzSec turut menceroboh rangkaian komputer Agensi Jenayah Berat Terancang Britain, Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan Senat Amerika Syarikat (AS).
LulzSec merupakan kumpulan serpihan geng penggodam Anonymous yang melancarkan serangan siber ke atas firma MasterCard dan PayPal pada tahun lalu.
sumber: Kosmo

Thursday, June 16, 2011

Solat dalam air

Sembahyang itu tiang agama. mendirikan solat tak kira dimana jua berada.

Gambar di bawah menunjukkan pekerja di sebuah syarikat minyak di Arab Saudi. Setiap hari, mereka perlu bekerja di dalam air di tengah laut selama 4-5 jam sehari. Sekiranya pada waktu tersebut masuknya waktu solat, maka mereka akan terus menunaikan solat di dalam air dengan berpakaian selam. Kalau nak keluar ke permukaan dulu, tukar2 baju apa semua mungkin tak sempat, jadi diteruskan sahaja solat di dalam air.

Tak salah!
Sebab hanya solat membezakan antara Islam dan bukan islam...


Sebesar2 pencuri adalah orang yang mencuri waktu solatnya...






Sumber berita dan gambar: sini

Blogger perlu patuhi undang-undang negara



Salam semua.Selamat pagi.
Awas! Rakan semua! Berfikir sebelum menulis..

KUALA LUMPUR – Penulis blog atau blogger mempunyai kedudukan sama seperti penulis majalah atau surat khabar kerana mereka tertakluk di bawah undang-undang negara.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, golongan tersebut tidak terkecuali daripada dikenakan tindakan saman oleh individu yang mendapati diri mereka telah difitnah.
“Blogger boleh dikenakan tindakan undang-undang daripada pihak berkuasa jika didapati cuba menghasut dan melakukan kegiatan jenayah sehingga ada pihak mengalami kerugian,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Blogger dan Media Sosial Dunia 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

sumber berita
disini




  

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink