|
KEUPAYAAN dan kecanggihan teknologi banyak mengubah gaya hidup manusia dalam memberi kemudahan a untuk menjalani kehidupan seharian dengan lebih pantas serta sempurna.
Segmen telefon pintar tidak terkecuali dalam merasai tempias arus pembangunan teknologi apabila pembikin peranti tersebut berlumba-lumba membangunkan telefon pintar terbaik untuk memenuhi keperluan pengguna yang semakin berdaya maju.
Terbaharu, Motorola Mobility menawarkan telefon pintar Atrix yang mempunyai kuasa sebuah komputer.
Dengan menggunakan telefon pintar itu, pengguna bagaikan membawa komputer di dalam poket mereka kerana ia mempunyai kelajuan pemproses sehingga 1 gigahertz (GHz) Dual Core.
Kelajuan pemproses tersebut dapat memudahkan lagi pengguna dalam melayari alam siber dengan lebih mudah dan pantas.
Ia sangat berguna kepada mereka yang gemar menggembara atau pun sentiasa melakukan tugasan di luar pejabat.
|
|
Bahkan, Atrix dapat memenuhi kehendak pengguna yang sentiasa berhubung dengan rakan atau keluarga melalui laman sosial seperti Facebook, Twitter dan banyak lagi.
Bagi mereka yang gemar bermain permainan video, kelajuan pemproses sehingga 1 gigahertz (GHz) Dual Core tersebut dapat mempercepat proses paparan permainan dan grafik dengan lebih pantas.
Dengan penggunaan paparan skrin 10.16 sentimeter Quarter High Definition (qHD) pertama dalam segmen telefon pintar, ia dapat memberi paparan lebih jelas dan semula jadi.
Dalam pada itu, kelebihan menggunakan peranti terbaharu itu adalah pengguna dapat melayari pelayar Mozilla Firefox 3.6 dan ia menyokong Adobe Flash Player untuk memberi keselesaan serta kepuasan pengguna.
Peranti terbaharu yang menggunakan sistem operasi Android 2.2 Froyo dibangunkan untuk menjadi hab digital dalam memberi kebebasan kepada pengguna mencipta, menyunting dan menikmati pelbagai kandungan dokumen digital di hujung jari mereka.
Atrix yang diedarkan Brightstar Distribution Sdn. Bhd. sudah berada di pasaran pada harga RM1,999.
Untuk keterangan lanjut mengenai peranti terbaharu itu boleh melayari laman web www.brightstarcorp.com.my
sumber: kosmo on line
0 comments:
Post a Comment