Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Monday, April 1, 2013

Percutian ke Thailand ( Day 2)

Malam tadi, semua orang dah rehat cukup2, simpan tenaga untuk hari ini..
Hari ni, perancangan kami nak naik Tut tut..ke tuk tuk..mana satu yang betul pun tak pasti,dua2 ada orang panggil..
Tut tut merupakan kenderaan awam,kat Thailand, ramai yg menggunakan kenderaan ni..tak nampak sgt pulak bas..bayaran menaiki tut tut ni tak mahal, cuma 200 bath,lebih kurang 2 ringgit malaysia utk seorang..
Ok lah, tapi tak lah selesa macam naik bas mini atau teksi, sebab tak de aircond,harapkan angin luar je, kebetulan pada hari itu, cuaca agak panas terik..sabo je lah, tapi semua excited juga sebab selama ni tgk gambar je orang menaiki kenderaan ni, hari ni, boleh naik sendiri..:)

Eisya kemain seronok lagi menaiki tut tut 4 d first time..:)
Dalam tut tut..

Macam 2 warna tut tut kat sini.. 
Sebelum kemana-mana hari ni, driver bawa kami pi sarapan dulu, dah bagitau siap2 kat driver bawa mkn kat restoren muslim,( driver ni blh speaking sikit2..) lps makan minta dia tunggu dan bawa kami ke Hat yai market,kira macam booking tut tut untuk sehari terus lah, senang, tak pyh tukar2 tut tut dan driver..kat dalam tut tut tu pun ada disediakan fail atau pilihan2 tempat2 menarik yg kita nak pergi dan dia boleh bawakan..so senang lah..hari ni, kereta memang kami tinggal kat hotel je..Tapi, ingat ada orang pesan, kalau nak tinggalkan kereta tu, biar lah ditempat yg agak selamat mcm kat hotel parking ke..bimbang jg, mana lah tau kan..

seronok memilih mknan, sebab mknan semua selera melayu, (tokey kedai ni org Kelantan rupanya..hehe)



Menu pilihan akak, ikan singgang, sayur air petola dan aym kicap.


Legaa..bila tgk ni..

ada tulis melayu lagi tu..hehe
Lepas mengisi perut, jom kita shopping, sprt yg dijanji, driver tut tut dgn setia menanti kami shopping..berapa dia charge lps ni pun, tak tau lah..huhu

Kat pasar ni, macam2 ada..ada barang basah, dan ada juga pakaian, kasut dan buah-buahan. Ala2 pasar payang kat Trengganu, atau pasar Siti Khadijah di Kelantan.
Tempatnya sgt luas, kalau nak pegi semua mmg tak sempat..pilih2je lah..
Shopping pun ala kadar saja..Dpt sehelai sorang baju dan sepasang kasut, cukuplah..pas tu yg penting beli souvenier utk sedare mare dan kwn2..:)

Kat dlm Hat yai market

Buah nenasnya sgt kecil dan comel..

H.set dan gadget pun banyak, tp banyak yg bkn ori tu..


Geram betul tgk tu buah bermacam jenis..4 packet rm 10.jenuh mkn..

Sian cik abg sy lah yg kena kempiskan wallet dia..hehe
Tak sedar, dari pukul 9 pagi kami masuk market, sampai pukul 12..lama tuu..huhu

opss..Perut lapar dah, lepas ni nak ke Kem apa ntah..tengok gajah dan kemudian ke Ice dorm.
Akak sambung dekat net story lah ye..setakat ni dulu, kalau nk terus mengembara bersama akak, singgah lah lagi nanti..Bye.

2 comments:

Mun said...

wahhh...best3... g thai....

NzA said...

xsabar nk tunggu kisah seterusnya...

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink