Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Wednesday, February 29, 2012

Wordless Wednesday ( layang-layang terputus talinya)



Jangan jadi seperti..

layang-layang terputus talinya..

Perlu bijak mengawal



Abaikan gambar Cikkak yang main layang2 berbaju kurung tu..huhu

Setinggi-tinggi terbang, jatuh ketanah jua akhirnya..

Tuesday, February 28, 2012

Rumahku syurgaku.

Assalamualaikum.

Diantara kenangan manis Akak ialah apabila berpindah kerumah baru yang bukan rumah sewa tapi, rumah sendiri, hasil titik peluh sendiri..Tentu korang pun rasa macam tu kan..atau bagi yang masih muda atau baru berumahtangga tu, mungkin sedang dalam proses membeli rumah atau ada juga yang hanya membilang hari saja lagi untuk berpindah kerumah baru..

Baru-baru ni Akak tumpang gembira apabila sepupu akak Effa berpindah kerumah barunya..Sedikit majlis doa selamat dan tahlil telah diadakan sempena Effa berpindah kerumah baru..Kebetulan ibu Effa ( mak saudara akak ) pun akan menunaikan ibadah umrah keesokan harinya.
Tahniah buat Effa dan suaminya Rizal..dan juga kepada semua rakan, adik-adik akak diluar sana yang akan atau baru berpindah kerumah baru..

Jadikanlah rumah kita " Rumahku syurgaku" atau Baiti Jannati..
Tak kira besar atau kecil, itu lah kebanggaan kita, syurga dunia kita bersama suami dan anak-anak.

Rumah lah istana buat kita berehat setelah kepenatan pulang dari kerja..dan tempat kita mendidik anak2 kita, harta yang paling berharga kita.

Di rumahlah bermulanya kasih sayang seorang ibu bapa kepada anaknya, suami kepada isteri dan isteri kepada suaminya..

Di antara tanda-tanda rumahtangga yang berkat adalah rumahtangga yang dihiasi solat berjemaah dan alunan ayat suci al quran saban hari..serta seisi ahlinya berasa tenteram apabila berada didalamnya..dan hati sentiasa ingin segera pulang ke rumah setiap kali keluar bekerja atau kemana sahaja..

Semoga kita berjaya membina rumah tangga yang diberkati dan dirahmati Allah hendaknya..Ameen.

Bacaan yassin dan tahlil serta marhaban.

Cik akak yang rajin tolong buh makanan.

Sedap-sedap semuanya.

Sayur labu paling best

Marhaban ya marhaban

Tetamu baru sampai

Sila-sila jangan segan..macam2 ada..

Cik akak bergambar ngan mak saudara..( ambil berkat dia nak pergi umrah..

Sempat ambil gambar anak tuan rumah je..Ammar dan Zahraa

Monday, February 27, 2012

Selamat hari jadi Tiha

Assalamualaikum.

Tak sedar rupanya dah 18 tahun  usia puteri keduaku, Nur Fatiha Syahireen Bt Zahari pada 25hb Februari baru ni.Cepatnya masa berlalu..

Rasa baru je Umi mengejar Tiha yang berlari laju di Taman permainan waktu baru-baru pandai berjalan..lasaknya Tiha mengalahkan budak lelaki..huhu.

Sewaktu Tiha mula memasuki tadika pula, seminggu Umi terpaksa menunggu diluar kelas..mana tidaknya, Tiha akan meraung kalau Umi balik dan tinggalkan Tiha..( nampak je kasar dan lasak, tapi manja bukan main..)

Saat yang paling membanggakan Umi dan Abah pula apabila Tiha diumumkan sebagai " tokoh pelajar " semasa didalam darjah 6, hinggakan Umi dan Abah pun di panggil naik kepentas sama pada hari bersejarah itu..

Alhamdulillah, Tiha berjaya pula mendapat 8A dalam PMR. Hilang penat Umi menghantar Tiha kekelas tambahan saban malam dan dihujung minggu juga..

SPM pun dah berlalu, kini hanya menunggu keputusan nya saja yang akan keluar tak berapa lama lagi..apapun keputusannya umi akan tetap berbangga..apa yang penting Tiha dah cuba yang terbaik dan termampu..

18 tahun, bukan lah masa yang lama bagi Umi dan Abah kerana bagi kami kalau boleh ingin terus mengecapi kebahagiaan seribu tahun lagi menjaga, mendidik dan membentuk mu menjadi anak solehah yang akan membahagiakan ibubapa bukan hanya didunia, bahkan bakal mendoakan kami sewaktu kami sudah tiada nanti.. 


Akhirnya, Umi dan Abah sentiasa mendoakan yang terbaik buatmu, cahayamata ,penyejuk dimata, penawar dihati kami...


Moga Tiha sentiasa berada didalam keberkatan Ilahi, mengamalkan suruhannya dan menjauhkan larangannya..Ingat lah selalu pesanan kami kerana hanya itu "pelita" yang kami tinggalkan buat menerangi kehidupan mu nanti..


Happy 18th birthday to my little sweet girl..Tiha..
We love you so much..
 















Saturday, February 25, 2012

Cara tapau makanan paling kreatif

Assalamualaikum.

Anda pun tentu selalu "tapau" atau bungkus makanan untuk bekal  dibawa ke pejabat atau bagi Ibu yang selalu menyediakan bekalan untuk anak-anaknya kesekolah...ada tak yang rajin dan terfikir nak sediakan bekalan yang kreatif bagi menarik minat anak-anak untuk makan ke..boleh lah cuba beberapa contoh ni ye..
Mooh..mooh..


bunny


Happy birthday


Mr crabby


flora


Japanese style


sweet lady


Froggie


Hello kitty


Mr crab lagi..

Hehe..saja suka-suka je..:)


Kredit utk blog ini

Friday, February 24, 2012

4 perkara penting ditanya di akhirat

Assalamualaikum.

Salam Jumaat penghulu segala hari.

Di hari kiamat, setiap hamba Allah tidak akan mengorak langkah walaupun setapak ke mana-mana, selagi ia belum ditanya tentang 4 perkara penting ini :

1) Tentang umurnya, ke mana ia dipergunakan ?

2) Tentang masa mudanya, bagaimana ia menghadapinya ?

3) Tentang harta, dari mana ia diperolehi dan ke mana serta bagaimana
ia membelanjakannya ?

4) Tentang Ilmunya, apakah ia telah beramal dengannya ?

Hadis Riwayat Tirmizi dan Darami


Gambar google

Wednesday, February 22, 2012

Bulan madu diawan biru


Assalamualaikum.

Terdengar-dengar alunan lagu ni..Bulan madu di awan biru, tiada yg mengganggu....amboi..adakah macam dalam gambar ni?

Tempat ini dipanggil Kalavaara Halli dan gunung di sini pula dipanggil Kalavaarahalli Betta
(juga dipanggil sebagai Skanda Giri). Ia terletak berhampiran Chikkaballapura - sebuah bandar kecil di daerah luar bandar Bangalore.

Sungguh menakjubkan ciptaan tuhan. Sungguh indah dan mendamaikan. Berada disini seperti sedang berada di awan-awangan. Menikmati pemandangan yang cukup berbeza dan hebat. Bertapa besarnya kekuasaan yang Maha Kuasa.






Wordless Wednesday (Awas!)


Tuesday, February 21, 2012

Kenangan sepintas lalu. (2)

Assalamualaikum.

Akak nak sambung balik cerita semalam.

Lepas akak " selamat" dijemput laling n anak-anak akak , kami terus pergi makan lah apa lagi..perut pun dah lapar..ni lah antara yang akak suka bila bercuti ni..maknanya akak pun turut cuti memasak, mengemas rumah dan sebagainya...hehe( padahal dok rumah pun selalu beli juga makanan hehe). Kami jenis yang tak kisah makan kat mana pun, janji tempat tu nampak bersih, tak terlalu crowded dengan pelanggan..tempat tidur ( hotel) pun macam tu, tak semestinya yang mahal-mahal..asalkan selesa, lagi pun tak baik membazir walaupun mampu..

Pada mulanya ingat nak bermalam dirumah adik, tapi memandangkan Min adik akak tu selalu je tak de kat rumah waktu malam ( pergi show), jadi malaslah nak menyusahkan Yanti SIL akak tu..diapun baru je pindah rumah..lainkali lah ye Yan..:)

pucuk ubi kayu cicah budu tempoyak..mak mertua lalu pun tak sedar..

ikan keli bakar





Eisya nak makan ke nak main game ni?

My favourite..curry mee

Jangan berebut!


Letaklah satu gambar laling akak tgh makan..hehe

Sesampai di hotel..zzz dengan lena, almaklum badan pun penat sangat, alhamdulillah, semuanya dipermudahkan Allah hari ini.

Ini pula pemandangan dari bilik hotel kami..Eisya menjerit nak mandi kolam ( padahal kat rumah tak mandi sangat pun walau kolam depan mata..)Sibuk ajak kakak-kakaknya temankan..tup tup tak jadi pulak..malu lah pulak konon..huhu Eisya, Eisya..


Keesokan harinya kami gerak ke rumah adik akak Hazamin di Sungai Buluh. Dia baru berpindah kesini awal Januari baru ni..Lepaslah rindu kat anak sedare tiga orang tu..Abang Afnan, Kakak Aufa dan Affan yang tembam. Semua berebut nak dukung Affan, biasanya affan ok je dengan siap-siapa pun, tapi hari tu mood dia kurang baik sikit mungkin sebab tak cukup tidur agaknya.

Aufa n Afnan sedang membuka bungkusan pemberian dari Kak Eisya..hehe

Akak sempat posing.Sebenarnya sangat berkenan kan "Wall" kat belakang tu..siap bawak balik contoh tile dia tu..huhu

Afnan ngan Kak Yaya

Ni lah rumah baru adik akak..nice..

Affan ngan Mak Long








    

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink