Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Tuesday, February 28, 2012

Rumahku syurgaku.

Assalamualaikum.

Diantara kenangan manis Akak ialah apabila berpindah kerumah baru yang bukan rumah sewa tapi, rumah sendiri, hasil titik peluh sendiri..Tentu korang pun rasa macam tu kan..atau bagi yang masih muda atau baru berumahtangga tu, mungkin sedang dalam proses membeli rumah atau ada juga yang hanya membilang hari saja lagi untuk berpindah kerumah baru..

Baru-baru ni Akak tumpang gembira apabila sepupu akak Effa berpindah kerumah barunya..Sedikit majlis doa selamat dan tahlil telah diadakan sempena Effa berpindah kerumah baru..Kebetulan ibu Effa ( mak saudara akak ) pun akan menunaikan ibadah umrah keesokan harinya.
Tahniah buat Effa dan suaminya Rizal..dan juga kepada semua rakan, adik-adik akak diluar sana yang akan atau baru berpindah kerumah baru..

Jadikanlah rumah kita " Rumahku syurgaku" atau Baiti Jannati..
Tak kira besar atau kecil, itu lah kebanggaan kita, syurga dunia kita bersama suami dan anak-anak.

Rumah lah istana buat kita berehat setelah kepenatan pulang dari kerja..dan tempat kita mendidik anak2 kita, harta yang paling berharga kita.

Di rumahlah bermulanya kasih sayang seorang ibu bapa kepada anaknya, suami kepada isteri dan isteri kepada suaminya..

Di antara tanda-tanda rumahtangga yang berkat adalah rumahtangga yang dihiasi solat berjemaah dan alunan ayat suci al quran saban hari..serta seisi ahlinya berasa tenteram apabila berada didalamnya..dan hati sentiasa ingin segera pulang ke rumah setiap kali keluar bekerja atau kemana sahaja..

Semoga kita berjaya membina rumah tangga yang diberkati dan dirahmati Allah hendaknya..Ameen.

Bacaan yassin dan tahlil serta marhaban.

Cik akak yang rajin tolong buh makanan.

Sedap-sedap semuanya.

Sayur labu paling best

Marhaban ya marhaban

Tetamu baru sampai

Sila-sila jangan segan..macam2 ada..

Cik akak bergambar ngan mak saudara..( ambil berkat dia nak pergi umrah..

Sempat ambil gambar anak tuan rumah je..Ammar dan Zahraa

8 comments:

mamyharraz said...

rmh sendiri kecil atau besar mmg syurga utk kita :)

Alhamdulillah sy dah punyai rmh sendiri walau kecil sgtlah sy syg rmh tu..jln2 kemana2 asyik rindu nak balik rmh..

muka mak saudara akk sama dgn akk :) semoga mak saudara akk selamat pergi dan kembali ke sini :)

ariana said...

Mamyharraz: akak panggil yati ok ke..

mmg betul..tak kira besar atau kecil rumah kita tetap menjadi kebanggaan kita..almaklum tempat kita berkumpul anak beranak dgn insan tersayang kan..

mmg ramai kata muka akak nak sama dgn mak sedare akak tu..:)

munna said...

takde lagi rumah sendiri... masih dalam pencarian...harapnya sebelum umur munna mencecah 35 thn dah ada rumah sendiri

SITI NOARIZAH ARIS said...

Seronok berpindah ke rumah baru pastu ada lak makn2 mcm tu... sy dulu menyewa rumah ni pastu 8 tahun lepas sy beli terus rumah ni dr pemilik asalnya jadi takde le pengalaman berpindah randah kerumah lain..hehe..

Sy ada masuk ke blog akk tapi tak dapat nak komen sprti yg sy citer dlm entry sy tu...masa sy login blog sgt singkat...sy sentiasa mengikuti cerita2 terbaru dlm blog akak ni.

No Lan said...

betul kak..klo umah kite sendiri xkira besa ke kecik ke rasa puas sangat...huhuhu rase nak balik trg la..nak duk umah sendiri lak...rinduu nyeeeee

ariana said...

munna: Insyaallah..akan tercapai tu..akak pun ada rumah sendiri pun dah masuk 35 tahun masa tu..anak2 pun dah besar..:)dah puas dok menyewa rumah org..huhu

ariana said...

CT Noarizah: T.ksh sbb sudi singgah lg..
ohh..sewa dan terus beli ye..senang lah x pyh nak berpindah randah lg..:)

ariana said...

No:kira dah ada rumah lah tu..setia menanti di kampung halaman..hehe

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink