Assalamualaikum.
Salam Jumaat, penghulu segala hari buat semua..
Alangkah baiknya jika dapat kita lakukan ini demi keharmonian rumahtangga yang kita sayangi. Jom lakukan..
KOTA BHARU - Kerajaan Pas Kelantan bercadang menggantikan hari mengingati kekasih `Valentine's Day' yang disambut pada setiap 14 Februari kepada sambutan Hari Suami Isteri sebagai acara tahunan.
Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata adalah lebih elok jika Hari Valentine, yang dipuja dan diilhamkan pengikut agama Kristian, diganti dengan sambutan Hari Suami Isteri untuk melahirkan keluarga bahagia mengikut acuan Islam.
"Untuk masa akan datang, kita bersetuju untuk menukar Valentine's Day kepada sambutan Hari Suami Isteri setiap tahun," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Suami Isteri dan Pelancaran Buku Panduan Keluarga Mawaddah Negeri Kelantan di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri Wan Ubaidah Wan Omar.
Beliau berkata tujuan kerajaan menjadikan sambutan Hari Suami Isteri sebagai acara tahunan bagi menggalakkan umat Islam menghayati kehidupan keluarga bahagia mengikut acuan Islam sebenar.
Ini selaras dengan matlamat kerajaan melancarkan kempen menggalakkan remaja melangsungkan perkahwinan melalui program Gerbang Az-ziwaj yang diperkenalkan dua tahun lepas melibatkan 100 pasangan mengadakan perkahwinan secara berkelompok, katanya.
Melalui program itu, katanya kerajaan negeri menyediakan bantuan RM1,000 bagi setiap pasangan yang kurang mampu untuk membiayai mas kahwin dan majlis perkahwinan yang dilangsungkan.
Nik Abdul Aziz melahirkan kebimbangan gejala sosial yang berlaku di seluruh negara akibat pergaulan bebas dan perkahwinan tidak sah menyebabkan kadar kelahiran anak luar nikah atau anak zina mencecah lebih 234,00 di seluruh negara dalam tempoh 2006 hingga 2010.
Menurutnya lebih membimbangkan lagi apabila kira-kira 81,000 daripada jumlah itu melibatkan orang Melayu atau umat Islam dari seluruh negara.
Untuk tujuan itu, kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri mewujudkan Pusat Perlindungan Wanita untuk menempatkan wanita yang menjadi mangsa yang terlibat dengan gejala sosial akibat pergaulan bebas dan penganiayaan suami yang tidak bertanggung jawab.
Sementara itu, Wan Ubaidah berkata pusat itu di Pengkalan Chepa mula menerima penghuni terdiri daripada ibu tunggal dan wanita yang merupakan mangsa gejala sosial.- Bernama
kongsi info kat blog ni

17 comments:
baguslah kalau ada hari sebegini di kelantan. patut diperluaskan ke seluruh negeri lepas ni...

bagus lah...saya pun sokong..kita kan org islam buat apa ikut barat
bagus lah mcm tu
eloklah tu...orang kita ni terlalu sibuk dengan perayaan orang Kafir tu...kita kena ubah minda orang-orang muda dari mula lagi....biar kena dengan cara ..tak banyaklah aktiviti yang melibatkan suami isteri diadakan oleh pihak kerajaan..kalau tak dimulakan sekarang bila lagi?sudah2 lah berita gejala sosial tiap kali tibanya 14 Februari..muak mendengarnya..
ha mmg bgus la dari sambut hari kekasih yang mengarut tu kan
Izan ishak: betul tu..satu Malaysia patut ikut ni..
Hafizal: akak setuju..jom kita mulakan dgn family kita..
Ummiarissa: Insyaallah, mudah-mudahan makin ramai yg dh faham..cuma kewajipan kita mengingatkan pd golongan muda..terutama ank2 dan sedar mara terdekat kita..takut sgt memikirkan gejala sosial masa kini..huhu
Bert: mengikut org kafir..mmg mengarut..Kena ubah minda muda mudi skrg!
tak pernah fikir pun pasal hari kekasih ni..
eloklah tu kan ..harapnya takdala yg terikut sgt budaya barat yg terlalu agungkan valentine's day
bagus juga buat sambutan ni ganti valentine day
wahhhhhhh seronoknya. ada hari suami ister pulak. tp kat kelantan ja kan..humm~~
sy dh terlupa lgsung psl valentine day nih..sbb mmg x pernah sambut..
hr suami isteri hehe..bagus tp sy ni anniversary pon x sambut hehe
Salam Kak Ana, Kaz sokong more than 100% kempen ni. Tapi lebih baik kalau kita buat bukan pada 14hb februari saja tapi pada tarikh lain atau lebih kerap. InsyaAllah dgn adanya sambutan sebegini akan lebih menyemarakkan lagi hubungan suami isteri.
nk tukar tarikh yg sama la kiranya ye.
Post a Comment