Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Tuesday, December 18, 2012

Honeymoon di Niagara Falls,Canada.

Belek-belek album lama, terjumpa beberapa keping gambar ni..Gambar ni di ambil pada tahun 1987. Akak memang pasti sebab ini merupakan our sweet honeymoon yg tak mungkin dilupakan sampai bila-bila..
Waktu kami travel dari Minnesota tempat hubby study ke Canada..boleh tahan juga jauhnya.. Perjalanan selama dua hari, sempat bermalam di Toronto dan menaiki bangunan SEARS (bangunan yg ke dua tertinggi didunia masa tu).
Tapi semangat nak melihat keindahan Niagara Falls membuat kami bertekad utk pergi juga,dgn menaiki van je..Alhamdulillah, sampai juga..bersama beberapa org kawan..


Akak berdoa kepada yang esa semoga kebahagiaan kami ini kekal hingga ke syurga.Aamin.

Jom nengok gambar yang akak scan ni..sori lah kelabu sangat,sebab dulu memang guna kamera murah jew...huhu
Dan rasa rugi sgt tak bergambar banyak2..huhu
Ada beberapa keping lagi, tak tau letak kat mana pulak..al maklumlah dah lama sgt..

Sebab tu kat bawah nanti akak pinjam en google gambar NIAGARA FALLS yang begitu syahdu, sungguh menakjubkan bagi sesiapa jua yang berkunjung kesana..

Fakta tentang air terjun ini:

Air terjun Niagara (Bahasa Inggeris: Niagara Falls, Bahasa Perancis: les Chutes du Niagara) ialah satu kelompok air terjun yang besar di Sungai Niagara yang terbentang di sempadan antarabangsa yang memisahkan wilayah Ontario, Kanada dan negeri New York, Amerika Syarikat. Air terjun ini terletak 27 km di barat daya Buffalo, New York, 120 km di selatan Toronto, Ontario di antara bandar berkembar Niagara Falls, Ontario dan Niagara Falls, New York.
Air terjun Niagara sebenarnya terdiri tiga buah air terjun. Dua buah bahagian utama yang dipisahkan oleh Goat Island ialah Air terjun Horseshoe, yang terletak di bahagian sebelah Kanada, dan Air terjun Amerika, yang terletak di bahagian sebelah Amerika Syarikat. Satu lagi air terjun yang lebih kecil pula ialah Air terjun Bridal Veil yang terletak di bahagian sebelah Amerika Syarikat dan dipisahkan daripada air-air terjun utama oleh Luna Island. Sistem air terjun ini terbentuk apabila glasier mula mencair pada penghujung era glasier Wisconsin (zaman air batu terakhir) dan air-air itu, yang berasal dari Tasik-tasik Besar yang juga baru terbentuk, membina laluan menerusi Tubiran Niagara dalam perjalanan menuju ke Lautan Atlantik. Walaupun tidak terlalu tinggi, sistem ini adalah amat lebar. Lebih 168,000 m³ padu air jatuh dari garis rabungnya pada setiap minit.[1]
Air terjun ini terkenal kerana keindahannya dan juga sebagai sumber bernilai tinggi untuk penjanaan hidroelektrik. Menguruskan keseimbangan di antara kegunaan rekreasi, komersil dan perusahaan telah menjadi satu cabaran bagi penjaga air terjun ini sejak tahun 1800-an.
 
Memang hebat ciptaan Allah, malah digelar manusia salah satu benda ajaib didalam dunia..
Subhanallah.

Hubby dgn rambut panjangnya waktu ni..huhu

Nampak tak kat blkng tu air terjun..

Ni kat bwh air terjun, kena pakai baju hujan tu utk mengelak percikan air..

Our sweet memory ever..

Kat sini pun ada Muzium believe it or not..seronok sgt.. 

Niagara falls at night
Akak pergi dulu time menjelang winter, so tak dpt naik boat ni sbb air dh mula nk membeku..
Rainbow
Bila lah dapat mengutip kenangan manis disana sekali lagi agaknya ye..

11 comments:

Siti Hajar said...

Salam wbt.
Cantik sangat niagara falls...
untung akak dapat pegi sane :)

Anonymous said...

bestnye kak... huhu. bile la bole ke sane...

♥MAMASYAZA♥ said...

wow bestnye kak. comei le akak masa muda2 dulu

mamyharraz said...

Subhanallah!kagumnya sy dgn ciptaanNya ini.
bestnya akk dah sampai..mmg sweet memori for everlah :)

muka akk&husben tak jauh beza dulu dan skrg.awet muda :)

Kakzakie Purvit said...

Masa tu masing-masing masih comel lagi maklumlah belum ada baby lagi kan... sangat cantik pemandangannya

Izan Ishak said...

subhanallah....sangat cantik niagara falls tu kak. comel je tgk akak masa muda2 dulu. fesyen lelaki dulu2 mesti rambut panjang gitu kan. sama jugak cam gaya abg ipar yg belajat kat us dulu... hehe...

kurus said...

SALAM KAK
wahh nie smeua kenangan kan
akak punn masa nie muda layie ngan abang .. ekeke so cute !

seonok dpt sampai ke niagara falls nie .. memang x terbayanglah saya nie nak kesana huhuh

εïзmmyHazaεïз said...

subhanallah.. cantiknye kejadian alam...

Dkna Abza said...

gambar lama harus dijaga..kenangan tu akak..

1987 dkna baru lahir :P

munna said...

lamanya dah kak... 87... munna baru 7 thn masa tu... tak berubah lah akan dari dulu sampai skrg ... maintain je

mun said...

wowww...

subhanaalllah....cantik :)

hehe comel laa masa akak muda2 dulu :p

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink