Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Thursday, December 20, 2012

Harta kekayaan Sultan Brunei



Seringkali kita mendengar di kuliah-kuliah ataupun ceramah-ceramah agama tentang ayat di atas yang membawa maksud “Jika kamu hendak menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak mampu menghitungnya”. Terlalu besar nikmat yang Allah beri pada hamba-hambaNya. Tetapi apakah dengan nikmat itu dapat membawa insan kepada sebuah kehidupan yang tenang dan bahagia? BELUM TENTU!

Sultan Brunei, Sultan Hasanal Bolkiah yang merupakan sultan kedua terkaya di dunia dengan kekayaan berjumlah RM 65 billion dan setiap hari kekayaan itu akan meningkat. Selain itu, beliau juga amat gemar mengumpul kereta-kereta mewah dan sehingga kini koleksi kereta beliau melebihi 7000 buah kereta. Tuanku Sultan juga memilki jet peribadi mewah, beberapa istana megah dan banyak lagi. Sangat luar biasa!

Baru-baru ini kita dikhabarkan berita gembira dari Negara Brunei yang Sultan Hasanal Bolkiah akan melaksanakan hukum hudud di negaranya. Allah tidak hanya memberi nikmat kekayaan kepadanya, bahkan Allah mengurniakan nikmat IMAN dan ISLAM. Mudah-mudahan Tuanku Sultan berada di bawah rahmat dan redha Allah s.w.t. Allahuakbar!!!

Subhanallah, andai kata segala kekayaan ini untuk Islam, saya rasa ummat Islam di Palestin, Afrika, Bosnia dan di mana-mana sahaja pasti lebih bermanfaat.

Layan gambar..
Tanpa memanjangkan kalam, jom kita ziarah Istana Sultan Brunei ini yang diberi nama Istana Nurul Iman yang hampir keseluruhannya bersalut EMAS!





Istana tersebut memiliki 650 ‘suite room’ yang setiap satunya dilengkapi perabot yang bersalut emas dan bertatahkan berlian yang harganya hampir RM 600,000. Layan je lah gambar2 di bawah ni…





Baginda memiliki 7,000 buah kereta berprestasi tinggi dengan anggaran harga keseluruhan mencecah AS$5 bilion (RM15.9 bilion).





Menurut akhbar Daily Mirror, setakat 30 Jun 2010, beliau memiliki 604 buah Rolls Royce, 574 Mercedes-Benze, 452 Ferrari, 382 Bentley, 209 BMW, 179 Jaguar, 134 Koenigsegg, 21 Lamborghini, 11 Aston Martin dan sebuah SSC.

Koleksi penuh kereta itu disimpan dan diselenggarakan di lima buah hangar pesawat yang lokasinya dirahsiakan.

Baginda juga memiliki barangan peribadi dan perabot bersalut emas dan berlian.











Baginda juga memiliki pesawat peribadi yang dilengkapi perabot dari EMAS!


















Singki pun bersalut emas!

Kekayaan Sultan Hasanal Bolkiah sangat luar biasa! Mungkin kerana berkat negara yang mengamalkan undang-undang Allah s.w.t. Semoga Allah merahmati Negara Brunei. 
Tidah salah menjadi kaya asalkan tidak meninggalkan suruhan Allah dan tahu kewajipan seorang hamba ..

Teruja sungguh tgk..kredit utk Blog ini.

7 comments:

Ztee_Azwanis said...

masya allah kayanya dia !!! kereta pun 7k bijik !!

najihahfara said...

masyaAllah kayanya

Anonymous said...

dia kaya tapi dia seorang pemurah. Alhamdulillah.. sebab tu Negeri dan pemerintahannya dilimpahi rezeki yang melimpah ruah...

mun said...

fuiiyooo...

kak... ni kalau saya cuba minta sebijik kereta... dia bg tak? muahahaha

Unknown said...

masyaAllah..kayanya dia

Anonymous said...

Sangat kaya dan pemurah, namun boros juga..bersadur emas adalah sangt keterlaluan,
sedangkan nabi melrang minum dari cwan emas, inikan pula semua nak diemaskan.. melaksanakan perundangan islam, dan memahaminya adalah dua perkara berbeza. moga baginda diberi petunjuk Nya.

copy paste larangan =Para ulama fiqh telah sepakat menetapkan bahawa haram hukumnya bagi lelaki dan perempuan memakai atau menggunakan bejana yang diperbuat daripada emas dan perak seperti pinggan, mangkuk, sudu, garpu dan cawan. Termasuk maksud bejana itu juga pencelak mata, tempat pencelak mata, pencungkil gigi dan seumpamanya. Penggunaan yang dilarang itu tidak kira sama ada bagi tujuan sebagai alat untuk makan dan minum, tempat menyimpan ataupun semata-mata hanya untuk perhiasan tanpa digunakan.

Dasar ketetapan hukum haram memakai atau menggunakan barang-barang ini disandarkan kepada berbagai-bagai sumber hadis, antaranya sepertimana yang diriwayatkan daripada Ummu Salamah Radhiallahu ‘anha, beliau berkata bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: “Sesiapa yang minum (menggunakan) pada bejana daripada emas atau perak, maka dia hanya akan menggelegakkan di dalam perutnya api daripada neraka Jahannam.”

(Hadis riwayat Muslim)

ariana said...

Terimakasih diatas keterangan panjang lebar Dr anon...semoga semua yg membaca termasuk saya mendapat sesuatu yg manafaat Dr keterangan tersebut, alhamdulillah anda prihatin Dan yg baik Mmg patut dikongsi Dan yg berkaitan bab agama wajib disebarkan, t.ksh.

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink