Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Wednesday, December 26, 2012

Nasi Ayam Hainan Noxxa

Mula-mula kita tengok gambar dulu, kat bawah akak sertakan resepinya ok..Sebenarnya Akak tengah kemaruk lagi memasak guna periuk ajaib Akak iaitu periuk Noxxa dari amway..Banyak jenis masakan lagi yang belum akak cuba..

Kalau masak sebarang nasi lah guna periuk biasa mungkin dalam sejam atau lebih tempohnya, tapi dengan periuk Noxxa, macam tak percaya, cuma mengambil masa 5 minit sahaja ye..so kalau yg baru balik kerja, atau dah lewat nak kemana-mana jgn bimbang, guna periuk ni hanya 5 minit saja dah masak..:)

Mula-mula rebus kan ayam bersama irisan halia dan daun pandan

set masa utk rebus ayam 10minit

siap dah ayam


Ayam yang dah rebus, perap dengan sedikit sos tiram( terpulang nak potong kecil atau sekor2 ayam.,

Masuk kan beras kedalam air rebusan ayam, sebelum tu tgglkan sikit untuk kuah sup.

Beras yg telah bersih tadi dimasukkan

Kowang akak guna pati ni..yg penting ada cop halal Jakim tuu!

Sup dah siap, jgn terkejut tgk daun bawang tu besar2, sbbnya ank akak tak suka, kejap lg nak kena buang daun tu..huhu

Sambil tu bolehlah sediakan ulam-ulamannya..

Tumiskan bahan sambalnya sekejap saja.sampai naik bau.

Dah masak...nasi ayam hainan.bolehlah gaul rata.

Jemput makan.. 
Nak resepi Tak? tgk sini

Bahan untuk rebus ayam:
1 ekor ayam ( akak punya dah siap potong sbb nak kan rasa lebih masuk kedlm ayam)
Air ~ mesti cukup untuk tenggelamkan ayam
Garam
Serbuk pati ayam ~ kalau suka
2 inci halia ~ diketuk

Cara penyediaan:
Sediakan periuk, letak air, garam, dan halia yang diketuk. Didihkan.Masukkan ayam . Masak anggaran 30- 40 minit. Angkat dan toskan.( periuk biasa)
Jika menggunakan periuk Noxxa-hanya 5 ke 10 minit ).

 Ayam tidak boleh direbus terlalu lama takut hilang manisnya pandai2 lah agak masanya ~ Resepi asal, ayam yg telah direbus perlu direndam di dalam air ais selama lebih kurang 10-15 minit. tetapi akak tak rendam pun.
 Boleh terus makan begitu saja atau boleh diperap dgn sedikit sos tiram dan goreng ( mcm akak punya, nmpk hitam sebab digoreng, sebabnya family akak lebih suka yg digoreng) ayam utk nasi ayam Hainan yg sebenarnya tidak perlu goreng, warnanya pun agak cerah dan tekstur nya lembut.

Untuk nasi:
3 cawan beras
5 cawan air rebusan ayam - jika beras lembut kurangkan airnya bergantung kpd jenis beras yg digunakan
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk
Garam
1 sudu besar majerin
1 sudu besar minyak masak
sedikit kulit kayu manis.
daun pandan
sedikit pati nasi ayam hainan ( jika suka)

Cara penyediaan:
1. Beras dibersihkan kemudian ditoskan.
2. Panaskan majerin dan minyak, masukkan bahan-bahan tumbuk kemudian goreng hingga wangi.
3. Masukkan beras, goreng beras sebentar baru masukkan air rebusan ayam dan garam.
4. Tanak hingga masak.

*Resepi yg sebenarnya menggunakan lemak/kulit ayam tapi saya tidak menggunakannya.

Untuk sup:
Air rebusan ayam
Daun sup ~ dihiris
boleh juga bubuh sedikit sayur kobis jika suka.

Cara penyediaan:
~ Air rebusan ayam tadi dididihkan. Letaklah garam secukup rasa. Hidangkan bersama hirisan daun sup.

Untuk sos cili:
10 biji cili merah
1 inci halia
2 ulas bawang putih
1 sudu besar gula
Garam
2 sudu besar jus limau nipis
1/2 botol sos thai

Cara penyediaan:
1. Kisar cili merah, halia. bawang putih dan jus limau.
2. Masakkan dalam periuk. Masukkan gula, garam dan sos thai.
3. Tumis seketika ( jika suka)

Untuk sos kicap:
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar kicap manis
5 sudu besar air rebusan ayam
1 sudu besar gula

Cara penyediaan:
Campurkan semua bahan dan masak di atas dapur sehingga mendidih.

Bahan sampingan ( ulaman)
Terpulang kpd citarasa anda.
1 batang timun ~ dihiris
2 biji buah tomato ~ dihiris
Salad ~ dihiris
Bawang goreng ~ ditabur di atas nasi dan di dalam sup
Minyak bijan ~ taburkan ke atas ayam yg telah dipotong.

Ok Itu saja rasanya..
SeLaMaT MenCUba sEMuA!
Kalau best bagitahu akak ye!

11 comments:

Amie said...

Macam sekejap aje masak nasi ayam hainan ... tapi nampak sedap! Tak rugi beli periuk ajaib noxxa tu...

RedRose said...

hadeh! lapar melampau tgk pic step by step sis nih. T__T

mamyharraz said...

terujanya kak sy tgk periuk ajaib akk nih..
makanan pun menarik..lagi2 nasi ayam tu.
terus berhajat nak jugak memiliki periuk ni..bape harga ni kak :")

ariana said...

@mamy harraz
Hrganya agak mahal, tp amatberbaloi membelinya..rm695.tp biasanya dorang buat style kutu..4 atau 5 kali byr so taklh terasa Sgt yati..;)

mun said...

wahhh siap ada resepi nie...

nyumm..nyum..sedapnyerr

kurus said...

sedapp nyee kak ..
pagi2 lagi mata saya dijamukan dengan nasi ayam hainan nie ..

yumx3 !

Bunda_nora said...

pernah g makan kat restoren..sedap..sbb ayam dia tak goreng..nanti nak cube lah..t kasih brkongsi resipinyer..

NzA said...

wah kalau dpt periuk tu mesti makin semangat nk masak nie..kena p cari jugak la 1..
TQSM 4 sharing....

mummyrinazone beauty said...

tq share resipi..sedap tgk=)

Anonymous said...

akk main kutu kat maner? kalau kami nak buat jgk akk ada tak jalan nyer???hehehehe teringin jgk...

ibuyati said...

Tumpang lalu. Mai beli dgn akak harga special. Pm akak di 019-2494819

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink