Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Wednesday, December 21, 2011

My family trip- ( Beijing 2- makan-makan )

Assalamualaikum.

Setibanya kami di Bandar Beijing, setelah dua jam perjalanan dari lapangan terbang Tianjin, kami terus dibawa untuk lunch. Memang perut dah berkeroncong, maklumlah cuma makan nasi lemak didalam flight tadi.

Sebenarnya, ini lah saat yang agak suspen bagi kami semua, sebab ini merupakan makanan Chinese pertama yang kami akan rasa. Macam-macam cerita yang kami dah dengar tentang makanan kat sini, dan hubby yang dah pernah ke Shenzen, china beberapa bulan lepas pun ada beritahu yang makanan nya memang style China sangat..Sebelum pergi nipun dia dah ingatkan pada anak-anak, adik dan ayah supaya jangan memilih sangat dan cuba juga makan apa yang dihidangkan. Namun kami ada juga bawa bersama beberapa bungkus mee segera maggi..hehe. Manalah tau kalau tak boleh pergi lansung dengan makanan kat sini.

Tapi, alhamdulillah..boleh dikatakan semua makanan yang dihidang kepada kami, tidaklah seteruk yang kami jangkakan, malah ada diantara hidangannya lazat..contoh macam ikan goreng dan sayur brocoli nya, sedap sangat. Maka dengan berseleranya lah kami makan. perut pun tengah lapar..cuma kuantiti makanannya agak banyak..jadi agak sukar nak melicinkan semua hidangan tu..agaknya orang-orang kat sini, kuat makan kot..jenuh kami nak menghabiskan..hehe.

Antara yang dihidangkan ialah mutton in hot pot, halal dumpling, Halal Peking roast duck, fried fish, dan bermacam jenis sayur, termasuk terung, kobis, malah ubi keledek yang kecil dan manis pun ada. Selama ni, kami semua belum pernah makan roast duck dan dumpling tu. Nampak laju je semua makan, kecuali Ayah yang tak boleh pergi dengan roast duck tu hehe..


Pada Ariana, soal makan kat sini tak lah menjadi masalah sangat sebab lebih kurang macam masakan kita juga, cuma bau rempah pada sesetengah masakan tu agak kuat. Restoren Muslim pun banyak kat sini. Pelancung dari Malaysia pun banyakkk sangat..setiap kali kami pergi luch atau dinner tu mesti bertembung dengan ramai pelancung dari Malaysia..Kami berpandangan dan senyum je lah..:)


Oh ye, lupa nak cerita pasal minuman, sebenarnya orang Cina tak suka sangat air manis, sebab tak pernah kami dihidangkan dengan kopi manis atau teh, Semua teh Cina tawa rasanya, hingga Ayah terpaksa meminta sedikit gula untuk dimasuk kedalam minumannya, Malah kami terpaksa membeli gula kiub dari Tesco untuk buat tea kat hotel..agaknya tentu diorang ni payah nak dapat kencing manis kot..hehe..dan jimat!


Dah habis cerita serba sedikit pasal bab yang penting ni, pasal makanan, almaklumlah dinegara orang, dan yang paling penting kita pasti dan tidak ragu-ragu tentang halal haramnya, sebab kita semua tahu perkara makan ni bukannya boleh dibuat main, apatah lagi di pandang ringan kerana ianya akan menjadi darah daging kita.
Alhamdulillah, pemandu pelancung kami, Betty, walaupun bukan seorang Muslim tapi amat memahami hal berkaitan islam, malah dia pernah tinggal bersama abangnya di Sabah selama beberapa tahun. 


Ok lah, jom kita layan gambar pulak..

Amaran: Semua gambar berkaitan makanan ye..:). Kurang baik untuk yang sedang kelaparan.hehe.


 Gambar ni diambil di Restoran pertama kami singgah,Restorennya besar, ada bilik untuk solat, cuma agak kelakar dan menghairankan kami, air paip untuk ambil wudhuknya tersangat lah panas..tak de tempat untuk kontrol, terjerit kami mula-mula nak sentuh air tu..Ya Allah, dugaan sungguh. Makanannya boleh tahan, ada telur dadar,sayur kailan, ikan goreng, ikan masak stim, dan satu-satunya yang ada air Coke.


 Ni kat Restoren lain pula, tengok tu bingkai gambar tulisan jawi yang besar kat dinding, sedap sikit hati tengok..,hidangannya pun best juga, ada ikan talapia rasanya, keropok ikan goreng pedas, dan nugget ikan.


 Restoren ni pun boleh tahan, bersih dan makanannya macam-macam, ada tahu goreng, sup ( sedikit tawar ), daging goreng, soun goreng dan lain-lain.


Dan ini pula merupakan restoren terakhir dan lunch terakhir kami sebelum berlepas pulang ke Malaysia, kali ni kami dihidangkan ala " steam boat". Sayangnya sos yang dihidangkan kurang sedap, dan mungkin juga ingatan kami dah berada nun jauh di Malaysia, maka agak kurang berselera lah kali ni.




 Betty  ( tour guide kami yang baik, sporting dan ceria) sedang menunjukkan cara makan hidangan ni..

Ada udang, daging dan sayur.

Insyaallah, lain kali cerita pasal lain pulak..


6 comments:

♥MAMASYAZA♥ said...

wahhh bestnye akak, berpeluang berholiday ke sana. ingat lagi masa en. abah pegi. dekat 3 minggu le jugak kat sana. balik sini sampai klia kelamkabut cari mcd, teringin sgt nak mkn daging katanya...hehehehe

ariana said...

Mama Syaza: tak ikut abah sekali ke? Mcvm pak mermertua ngan hubby akak gak balik terkam roti canai hehe..

mas saari said...

memang menyelerakan lauk2nya!

SITI NOARIZAH ARIS said...

Seronok gi beijing yea... tgk akk makan hilang rasa was was sy bab makanan halal kat sana.:)

ariana said...

mas: bolehlah..tp x selazat masakan org melayu:)

ariana said...

CT: Insyaallah, selagi kita ke restoren Muslim, terjamin.

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink