Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Tuesday, August 30, 2011

Salam Aidilfitri

STICKY POST

Saturday, August 27, 2011

Musuh datang kerumah

Assalamualaikum

Dihari baik bulan baik ni, siapa yang nak cari musuh kan..apatah lagi tetamu tak diundang..Tapi,itu lah yang berlaku pada kami..Sekarang tengah fikir macamana nak menghalau  "musuh " ni.. Kalau nak tau siapa musuh tersebut..Jom tengok gambar ni..
Lihat tu..banyak kulit dan biji buah mata kucing.

Orang-orang hasil buatan Mr. hubby..hahaha

Orang tak berjaya menakut kan musuh..huhu

Sebenarnya " musuh " yang dimaksud kan adalah " Encik musang " yang datang kerumah menceroboh ke  "Teratak Ariana" pada sebelah malam dan memakan buah mata kucing serta meninggalkan sisa yang dimakannya berhampiran kolam kami.
 Hubby dah tak tau apa nak buat untuk menghalaunya..so dia cuba letakkan " orang2 " tu..tapi, nampaknya musang sekarang dah bijak..lansung tak takut..apalah lagi nak buat agaknya ye..Ada tak antara korang yang tahu petua atau cara nak halau encikmusang berjanggut ni ekk..Kalau tak, susahlah..habis lah kotor kolam tu..huhu..

Thursday, August 25, 2011

Spontaneous Thursday

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, mood hari ni ...:-))
.
.
.
Banyak perkara yang mengembirakan..
selain syawal yang bakal menjelma ( walaupun agak sedih juga bakal berpisah dengan Ramadhan al Mubarak..)
Anaknda kesayangan yang study di KL dah balik,
 Malam tadi dapat sms dari G.besar..good news lagi..
Yea..esok ( Jumaat dah mula bercuti-cuti peristiwa)
So, nampaknya hari ni, last day lah kerja..
suka..sebab banyak benda boleh buat esok..
bolehlah cuci-cuci sawang mawang hehe,
ikutkan macam-macam lagi kerja rumah..( final touch orang kata) 
sebelum hari raya.

p/s Tentu dah ada yang mula bercuti atau balik kampung ye..
Berhati-hati bagi yang memandu ye. 
Ingatlah pada yang tersayang yang sedang menunggu kepulangan anda.

Wednesday, August 24, 2011

Status FB ku hari ni

Assalamualaikum.
Pagi-pagi buka fb..Sejak berblog ni, dah terabai sikit FB.. Idea pun dah tercurah ke blog..huhu..status fb saya pagi ni..adalah sepotong kata-kata hikmah je..
Keinginan kepada harta tidak terbatas,padahal hidup sendiri terbatas.Kalau manusia tidak membataskan seleranya sampai matinya dia tidak merasa puas apa yang ada.(Hamka)
 Sama-samalah kita renungkan dihari baik, bulan baik ni ye..Pesan untuk diri juga ni..

Wordless Wednesday

Order sudah sampai..:)

Monday, August 22, 2011

Keindahan planet bumi dari angkasa lepas

 Assalamualaikum.


Astronot Tracy Caldwell Dyson menikmati keindahan bumi dari luar angkasa saat melihat dari jendela International Space Station (ISS). Pesawat ini mengorbit di atas ketinggian 350 kilometer di luar planet bumi.
Astronot mampu melihat betapa kompleksnya bumi dalam balutan putih dan juga atmosera dan samudera dalam warna biru. Pesawat ISS ini mengorbit di atas bumi setiap 90 minit sekali sehingga setiap orang yang ada di bumi boleh melihat di langit dengan hati-hati.

Wilayah Sisilia, Itali yang dilihat dari angkasa lepas

Wilayah Alexandria, Mesir, Pantai Mediteranian, dan hamparan aliran Sungai Nil


astronot sedang berjalan di dekat stesyen ISS
"betapa indah bumi ciptaan Allah SWT ini.."
 
Kredit buat blog ini

Blogwalking sebelum raya

Assalamualaikum.

.Sempena hari baik, bulan baik ini, Ariana dengan ikhlas hati dan gembiranya turut sama men'join'kan diri dalam segmen bersama Cik Lulu yang cute mute ( tak caye tengok je lah gambar kat banner tu..:)
Sambil buat kueh raya sambil kita BW kan..
( Moga Ariana berkesempatan lah nak berkunjung ke rumah korang..).
Dan korang jangan lah segan-segan singgah ke Teratak Ariana ye..
Pada yang nak turut sama Klik je sini

Aidilfitri hari bahagia, hari yang mulia
Mohon maaf bersama dipinta 
Selamat
selamat hari raya

Sembah salam Ayah dan Bonda 
Juga teman dan saudara
ampunkan lah dosa
Hilangkanlah duka dan nestapa
Selamat
Selamat Hari raya

Menu semalam, air tanganku

Assalamualaikum.

Setiap hari diblog kengkawan , boleh kita lihat bermacam hidangan yang lazat-lazat  samada yang dibeli, maupun dimasak sendiri.
Ariana je yang tak sempat nak tepek apa-apa gambar makanan lagi kecuali gambar masa Iftthar kat Ayamas baru ni..
Semalam sempat ambik gambar ni..
:
:
:
Nama masakan: Nasi lemak  ikan aya masak merah dan sambal udang.
:
:
:
Permintaan En: hubby ni, memang peminat setia nasi lemak, walaupun tahu kandungan kolesterolnya yang tinggi..sesekali ariana layan lah juga..:)

Air laici je..

Nasi lemak sambal udang dan ikan aya masak merah.
Kueh mueh atau desert..sori ye..beli je..serba sikit cukup lah buat kami ( berbuka berempat orang je pun..)

ZAKAT FITRAH Tanda Orang Beriman




Syarat-syarat wajib zakat ialah Islam, merdeka, sempurna milik, cukup nisab, cukup haul (genap setahun hijriah dan niat untuk berniaga (zakat perniagaan sahaja). Bagi mereka yang ada syarat-syarat tersebut, tidak wajar untuk berlengah lagi. Zakat sudah menjadi perkara wajib yang patut dilakukan.

Mengapa kita perlu bayar zakat? Mungkin ada di kalangan yang cetek pengetahuan tertanyatanya apa hikmahnya pembayaran zakat ini. Wang daripada usaha dan titik peluh mereka yang bersungguh-sungguh itu, kenapa perlu diberikan sebahagiannya kepada orang lain?
Firman Allah SWT yang bermaksud,

“Wahai orang-orang yang beriman, belanjakan sebahagian hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi…” (al-Baqarah:267).

Daripada ayat di atas, fahamlah kita bahawa kita perlu mengeluarkan zakat iaitu menyalurkan sebahagian daripada harta kita yang lebih itu kepada orang lain yang memerlukan. Kewajipan ini diperintahkan oleh Allah yang mana zakat terdiri daripada rukun Islam yang keempat.

Zakat terbahagi kepada dua iaitu zakat fitrah dan zakat harta. Zakat fitrah ialah zakat yang wajib dibayar pada Ramadan sahaja bermula 1 Ramadan sehingga 1 Syawal iaitu sebelum kita menunaikan solat sunat Aidilfitri.
Manakala zakat harta pula ialah zakat yang boleh dibayar pada bila-bila masa sahaja dengan kadar 2.5 peratus daripada jumlah harta yang dimiliki. Ini bermaksud dalam harta kita itu ada hak golongan lapan asnaf yang layak menerima zakat daripada kita.

Apabila sebut zakat, ramai yang menganggap zakat fitrah. Malah ia menjadi bahan bual bicara di sepanjang Ramadan hinggalah menjelang hari raya Aidilfitri. Ketika itu, orang ramai akan berpusu-pusu membayar zakat di pusat zakat, kaunter bergerak, masjid dan di mana sahaja tempat yang menyediakan khidmat pembayaran zakat.

Kesimpulannya zakat wajib dibayar oleh orang Islam yang berkemampuan bagi membersihkan dan menyucikan harta mereka.

kredit buat iluvislam
Related Posts with Thumbnails

Sunday, August 21, 2011

Siap satu lagi kerja rumah

Assalamualaikum dan selamat berhari minggu.
 
Agaknya apa yang korang buat pada hari ni ye? 
Pergi shopping ke?
 Atau mengemas rumah lagi untuk menyambut raya?
 Ariana hari ni, merajinkan diri mengemas dan mencuci peti sejuk kat dapur yang dah berbulan tak 
di " kemaskini " huhu..
Macam-macam benda yang ada..ayam, itik pun ada hehe..
Malu..kat dalam macam-macam ada..
Nak-nak dalam bulan puasa ni, makanan tak habis semua masuk situ..
Konon tak mau membazir lah tu..last2 kemana? 
itu lah kita kan..itupun rasanya Ariana dah habis-habis jaga dan berjimat tu..
Hah..setelah hampir sejam, akhirnya beres juga.
Siap satu kerja hari ni..tapi masih banyak yang menunggu esok-esok..
sampailah ke raya. 
memang kerja rumah mana pernah habis ye tak..:)
 
Yea..siap dah !
Lega..berkilat dah..hehe




Saturday, August 20, 2011

Dah lah tu..panas ni

Assalamualaikum.

Alhamdulillah dah masuk hari ke 20 kita berpuasa. Nampaknya dah boleh bilang ngan jari je lagi berapa hari kita nak nyambut raya ni..:)
Mesti kengkawan banyak dah beres untuk menyambut raya kan.

Hari ni, cuti ..so banyaklah benda yang boleh dibuat seperti mengemas rumah dalam dan luar rumah juga.. 
Ni yang Ariana nak cerita ni..Encik suami Ariana dok ada kat luar tu berjam-jam dah mencuci kolam nya. 
Ariana bukan apa, dah lah cuaca tengah panas sekarang ni..Risau pulak ..takut dia tak tahan ke, demam ke..
( nauzubillah).Lagi pun kan tengah puasa ni..kalau tak, boleh gak minum air..
Jenuh dah Ariana panggil..dah dah lah tu Bang.. Sambung je lah pagi esok ke..waktu cuaca tak panas sangat..
Mood rajin dia tengah mari lah tu..hehe..





Friday, August 19, 2011

Ifthar meraikan anak yatim bersama YMTM Pahang.

Assalamualaikum

Alhamdulillah, majlis ifthar atau berbuka puasa bersama YM Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah, berjalan dengan lancarnya pada petang semalam, Khamis bersamaan 18 ramadhan.
Majlis ini diadakan bagi meraikan dan memberi sumbangan raya kepada anak-anak yatim daerah Kuantan yang seramai 400 lebih yang terpilih semalam.
Semua peserta atau anak yatim yang layak menerima semalam, mula tiba mendaftar pada jam 5 petang. YMTM tiba di masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan pada jam 6.15 petang dan majlis menyerah sumbangan terus diadakan sehinggalah tiba waktu berbuka dan kami sama-sama menikmati juadah berbuka disini.
Kereta para VIP

TM..Tengku Mahkota


Acara seperti ini, memang diadakan pada setiap tahun bagi membantu meringan kan beban anak-anak yatim ini, disamping membantu menceriakan lagi sambutan hari raya mereka.
Di hari baik, bulan baik ini, mari lah sama-sama kita membantu setakat yang kita atau mampu, atau mengikut kemampuan yang ada pada kita kerana terlalu ramai insan yang amat memerlukan bantuan tak kira dari segi kewangan, pakaian, makanan dan lain-lain lagi.
Menunggu masuk wakru berbuka

Tempat makan VIP

Dewan makan diraja

Dewan makan diraja


Anak-anak yatim berkumpul menunggu ketibaan TM


Rasa ralat tak bawa dslr..nak pergi dekat2..malu lah plk..huhu

Pembahagian cenderahati bermula

Dalam bulatan tu adalah YMTM..kelabu sgt sebab jauh..huhu


Tetamu sedang menunggu ketibaan TM

Suasana ketika pemberian cenderahati

berbaris panjang

Meja untuk Staff An Nadwah

Apa yang Ariana perhatikan, dan membuat Ariana rasa pilu, bila begitu ramai sekali mereka yang susah, seperti ibu tunggal, warga tua dan mereka yang miskin, turut hadir pada majlis ini, walau pun yang menerima bantuan pada hari ini hanya lah anak-anak yatim, yang berdaftar, yang memang mempunyai senarai namanya, tetapi ada juga ibu-ibu tunggal yang datang dan selitkan anak mereka semasa perbarisan untuk menerima sumbangan dari YMTM. Kami yang nampak, hanya buat-buat tak tau sahaja, kerana rasa kesian dan simpati yang amat sangat pada mereka ini. Memang ini lah yang berlaku setiap tahun. Begitu susahnya mereka hingga sanggup berbuat begitu. Kita yang agak senang dan bernasib baik ini, patut bersyukur dan ingat mengingati terutama kepada anak-anak kita agar berbelanja dengan berhemah, tidak membazir dan hargai apa yang kita ada. Kenangkanlah pada yang tiada..

Thursday, August 18, 2011

Spontaneous Thursday

Assalamualaikum.
Spontaneous Thursday..hari ni tetiba ingat RAYA.
!
!
!
!
 Rumah belum kemas lagi!
Kipas kena cuci
Tingkap kena cuci
bilik air, dapur..
huh.. banyak nya kerja..

Google
Langsir belum tukar ( dah 3 tahun tak tukar tau!)
Kue raya yang tempah tu sedap ke tak, cukup ke tak? Nak kena tambah buat lagi ke tak?
Baju raya anak belum habis beli lagi
Ummi dan abah pun belum beli ( biasa kalau tahun-tahun sudah dah beres ni)
Hajat nak beli juga untuk Ma dan adik bungsu kat kampung.. 
Duit kecik belum tukar..
apa lagi ye..
Aku je ke yang macam ni, ke korang pun sama?

Aduhai..apa lah..bukan nak pikir nak menambah amalan di 10 malam terakhir ramadhan ni, ingat itu pulak..
Tak boleh dilayan sangat perasaan ni..
banyak perkara lain yang lebih berfaedah..
 Ok lah. Wassalam.

Oh ye..petang ni Insyaallah berbuka di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan bersama Ym Tengku Mahkota Pahang bersama-sama meraikan anak-anak yatim daerah Kuantan.
 Mereka-mereka ni lagi memerlukan..sudahlah tiada ibu dan bapa..
Wahai diri, sedar-sedar lah !

Tuesday, August 16, 2011

Wordless Wednesday



Kalau tak main tak meriah?

Assalamualaikum.

Dah masuk hari ke-16 kita berpuasa. Alhamdulillah.
Dalam keasyikan jemaah menunaikan solat tarawih, sana sini terdengar bunyi mercun.
Riuh rendah suara kanak-kanak diluar masjid. Ada yang kata mengganggu, tapi kalau tak de budak-budak ni, tentu lah sunyi dan tak meriah pulak kan..Memang begitu lah setiap tahun..Dulu, masa kita, sekarang masa anak-anak kita pula.

Semakin dilarang, semakin menjadi-jadi..anak-anak yang bermain bunga api, boleh tahan lah lagi, ini mercun dumdam sana sini. Rumah ariana ni, kebetulan dihadapan padang bola. memang tempat budak-budak main mercun, selalu juga terkejut terutama bila mereka baling mercun tu betul-betul kearah rumah kami, tapi apa boleh buat..nak marah pun,tak guna. Nama pun budak-budak. Bukan mereka tak dengar sana sini, berita ada yang putus jari dan sebagainya..Tapi, ariana rasa kalau diorang tak gatal mengubah ngubah suai mercun tu, tak timbul benda ni..dan kalau setakat main bunga api tu, rasanya tak lah merbahaya sangat. Ye tak..

Dan satu lagi, ibu bapa tu kenalah tolong pantau sama, atau ingat kan mereka selalu tentang bahaya main mercun ni..Jangan dah terlambat, baru nak menyesal kan..
Ariana cakap ni, sebenarnya anak-anak ariana pun main bunga api je lah banyak, kalau mercun yang simple-simple tu, mesti Abah diorang kena ada sama..( ni abah yang selak sebenarnya..huhu)
Apa pun, moga kita semua sentiasa diberkati dibulan yang mulia ini dan dijauhkan dari segala yang tak baik..Berhati-hati lah bagi yang nak main juga bunga api atau mercun tu..( pesan kan diri sendiri ni..)

Jom belek gambar main bunga api ( tahun lepas ni,,)

Hah..tengok tu..kan abah yang main..:)






Hah.! yang ni gambar Top Secret ni..!
Hushh! Abah nya yang belikan rupanya!

Nuzul Quran ( perkongsian maknanya)

 Assalamualaikum.

 Dalam tak sedar, hari ni dah 16 ramadhan. Makna nya esok dah 17 ramadhan ye.
 Mari kita sama-sama lihat apa itu NUZUL QURAN yang Ariana sempat baca dari sini
 Kredit buat penulis.



NUZUL AL-QURAN  

Sejarah al-Quran: Antara  peristiwa agung dalam sejarah umat Islam di bulan Ramadan ialah turunnya kitab suci al-Quran atau disebut Nuzul al-Quran. Ia dirakamkan dalam al-Quran, melalui firman Allah yang bermaksud: “Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185) 
Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira’ tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad saw.

Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar yang dikurniakan kepada Nabi saw. Kita hendaklah beriman dan mempercayai isi kandungan al-Quran. Beriman dengan al-Quran merupakan salah satu dalam Rukun Iman.
Erti Nuzul al-Quran: ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah dari tempat sebelah atas ke tempat di sebelah bawah.‘Al-Quran’ pula bermaksud bacaan atau himpunan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia. Ia juga dikatakan himpunan kerana dalam al-Quran itu terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat dan sebagainya.1


Nama-Nama Lain:


Selain disebut al-Quran, ia  juga disebut al-Kitab, al-Furqan, An-Nur, al-Zikr dan lain-lain.
 Proses Penurunan al-Quran: Al-Quran diturunkan beransur-ansur dalam masa 23 tahun.13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah. Kehebatan al-Quran:
1.         Allah berfirman yang bermaksud: “Katakanlah wahai Muhammad, sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan sebanding dengannya walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri.” (Surah al-Israa’, ayat 88)
2.         Orang yang membaca, menghafaz dan melihat sambil memikirkan keajaiban yang ada pada susunannya diberikan pahala.
3.         Al-Quran sumber hidayah bagi kebahagiaan hidup manusia di dunia dan di akhirat.
4.         Tidak sesiapa pun sama ada di kalangan manusia atau jin yang mampu mencipta  ayat yang menyerupai al-Quran. Firman Allah yang bermaksud: “ dan jika kamu merasa ragu-ragu dengan apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami, bawalah satu surah yang seumpamanya, ajaklah saksi-saksi (penolong-penolong) kamu, selain Allah, sekiranya kamu (di kalangan) orang yang benar.”(al-Baqarah, ayat 23).
5.         Al-Quran merupakan mukjizat tertinggi dan teristimewa yang hanya dikurniakan kepada Nabi saw.
6.         Manusia belum mampu menyelami dan menerokai rahsia al-Quran secara menyeluruh sehingga hari ini. Ini bererti sifat kehebatan, kesaktian, keagungan dan keunggulan al-Quran secara tersendiri dengan pengertiannya yang amat luas dan mendalam  kekal terpelihara hingga kiamat.
7.         Al-Quran sebagai petunjuk jalan kebenaran. Membawa manusia daripada kegelapan kepada cahaya yang terang. Allah berfirman yang bermaksud: “Inilah Kitab yang tiada keraguan padanya, menjadi petunjuk kepada orang yang bertakwa.” (al-Baqarah, ayat 2)2 
8.         Membaca al-Quran mendapat ganjaran pahala dan syafaat daripada Allah. Rasulullah saw bersabda dengan maksud: ‘Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya.”
  Tuntutan al-Quran: Sesungguhnya al-Quran mempunyai tiga hak yang wajib ke atas umat Islam untuk menunaikannya. 
  1. Hak untuk membaca dan bertilawah kepadanya.
  2. Hak untuk bertakbir atau memahami makna dan menjiwai kehidupan.
  3. Hak untuk beramal dengan seluruh isi kandungannya.
   Peringatan: 
  1. Al-Quran untuk dibaca buka dijadikan perhiasan.
  2. Al-Quran tidak menjadi syifa’ (ubat) bagi orang yang ingkar dan zalim.
  3. Al-Quran menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa.
  4. Hati yang keras boleh dilembutkan dengan hidayah al-Quran dengan keizinan Allah.
  5. Pesan Nabi saw: Aku tinggalkan dua perkara yang jika kamu berpegang kepada kedua-duannya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitab Allah (al-Quran) dan Sunnahku (al-Hadis).
     Semoga Ramadan kali ini membawa rahmat buat kita semua. Amin.     

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink