Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Sunday, August 7, 2011

Berbuka dan main bunga api

Assalamualaikum.
Salam tujuh Ramadhan dan salam hari minggu buat semua.

Hari ni dah masuk hari ketujuh kita berpuasa. Alhamdulillah, perut pun dah mula dapat menyesuaikan dirinya dengan keadaan..begitu juga dengan mata dan badan kita. Harapnya hari yang selebihnya ni akan bertambah-tambah mudah dan ringan bagi kita semua untuk menyempurnakan ibadah puasa dan amalan-amalan ibadah lainnya, insyaallah.

Semalam, selesai seminggu kita berpuasa. Semalam juga ramai yang mengambil peluang untuk pulang kekampung masing-masing untuk berbuka puasa dengan keluarga tersayang. Anak ariana, Yaya yang belajar di KL pun tak terkecuali. Tapi..kesian sungguh kat dia, sebab niat nak pulang pada hari Jumaat tu tak kesampaian, siapa suruh dia tak ambil tiket awal-awal. dia ingatkan macam hari-hari biasa, orang tak ramai, so boleh terus beli tiket kat kaunter, sekali habis. maklumlah ramai yang nak balik kampung pada hari tu. Akhirnya terpaksa balik semula ke hostel dan ambil tiket untuk balik pada keesokan harinya iaitu pada hari Sabtu.. Rugi satu hari..hehe.

Pada petang semalam juga, Ariana sekeluarga mengambil peluang untuk berbuka puasa beramai-ramai dengan Ayah mertua Ariana di rumahnya  di Bukit Goh, Kuantan, walaupun tak begitu jauh sangat ngan rumah kami tapi agak jarang behimpun kerana kesibukan masing-masing. Memang  seronok dan tambah berselera bila berbuka puasa ramai-ramai macam ni, walaupun juadah berbuka begitu simple dan masing-masing pakat bawak sikit sorang makanan yang dah siap dimasak di rumah masing-masing. Itupun tak semua adik-beradik yang dapat datang. insyaallah pada minggu akan datang, kami akan pulang berbuka ke rumah Ma ( sebelah ariana pula di Temerloh, Pahang.). tak sabar rasanya.Memang lah besar nikmat dan hikmah nya disebalik berpuasa ini bagi yang benar-benar menghayatinya.

Selesai berbuka, tak sah lah budak-budak kecik kat rumah tu kalau  tak main bunga api.. ( dibawah pantauan kak dan abang yang besar sikit lah). kalau tak, tak meriah pulak.
Tengoklah gambar-gambar yang kelabu asap ni..:)

Selamat berbuka puasa..

Lepas berbuka, taksah kalau x main bunga api budak2 ni..

Makan dok kat bawah je, senang..

Macam-macam juadah. Banyak dlm tupperware, pasal bawak dari rumah masing2:)

geng sepupu sepapat


Seronoknya Diana ngan Julia main bunga api.

9 comments:

Nora Shahaira said...

memang saat-saat bahagia..berbuka bersama keluarga ramai2 begitu kan..huhuhh..

ingat masa belajar dulu..memang kena ready amik tiket awal-awal..kalau nak balik masa berpose..

apapun salam ramadhan ya..

maszull said...

salam ariana: best kan dpt berbuka ramai2 mcm ni..
seronok dpt berkumpul semunya....:)

ariana said...

Nora Shahaira: t. kasih singgah. salam kenal dan salam ramdhan..:)

Kalamhati said...

Rindu nak berbuka puasa ngan family kt kampung..huhu tak sabar nak tunggu 2 minggu lg..

mas saari said...

seronoknya kumpul ramai2 buka puasa...
Mas tak sempat lagi kumpul ngan adik beradik!

solomolo said...

bestnya dapat main bunga api...
dulu masa kecik2, nak main bunga api kena main curik2...

~izan~ said...

mkn ramai2 lg berselera..

err kak,mana ada jual bunga api tu? hehe

Ati Masrif said...

meriah dapat berbuka ramai2
tapi kami tak berkesempatan lagi

Ct noarizah said...

meriahkan mkn ramai2 setakat mggu ni utk thn ni sy & adk beradik lum wat lagi mcm ni mgkin mggu dpn kot...teringat kemeriahan kami berbuka ramai2 thn lepas.

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink