Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Wednesday, October 30, 2013

Wordless Wednesday

Saturday, October 19, 2013

Kegilaanku..ketam telor masin.

Dulu, cuma mendengar cerita orang tentang kelazatannya, hinggalah satu hari incik suami bawa kami sekeluarga untuk menikmatinya di sebuah restoren seafood, kalau di Kuantan ni, kat mana lagi kalau bukan kat area Tanjung Lumpur.Banyak restoren dan gerai2 seafood kat situ, waktu malam paling meriah dengan pengunjung dan pelancong..Tapi tak semua kedai yang ada nenu ketam telor masin nj tau, so, lebih baik bertanya dulu, kalau betul2 nak makan menu ni..
Berbalik pada cerita akak tadi, setelah beberapa kali menikmatinya di restoren, akhirnya akak ambik keputusan nak masak sendiri kat rumah, sudah semestinya lebih jimat, lebih lazat dan dapat makan lebih puas...:)
Nak tahu cara memasaknya? Jom tgk gambar..resepinya tu akak google je tau...
Jangan tenyok aje, try lah buat untuk dihidangkan pada yang tersayang..Selamat mencuba..!!

Sebelum tu akak tepek juga gambar waktu makan2 kat kedai, beberapa hari sebelum ni...enjoy ye..hihi


Friday, October 18, 2013

Kenangan Aidil Adha 2013

Aidil Adha datang lagi, syukur pada Allah kerana Umi masih berpeluang menyambutnya bersama family tersayang, walaupun sebenarnya Umi dan Abah dalam keadaan kurang sihat, selsema dan batuk.
Sebelah pagi beraya diKuantan (rumah ayahnda mertua), sebelah petangnya bertolak ke Temerloh rumah bonda tersayang.Awal pagi tu sempat lagi posing..jom layan gambar..:)

Wednesday, October 9, 2013

Upah kena tinggal

Incik suami akak baru balik dari out station lagi..kalau nak kira dengan jari memang dah tak terkira berapa kali dah akak kena tinggal...selalu sangat dia ke obersea, demi mencari rezeki buat kami juga..tapi ada juga sesekali dia g main golf ..dan ada juga dia bawa kami bersama, antaranya ke Jakarta, Bandung, Beijing, Thailand dan baru2 ni ke Sydney dan Gold Coast.
Setiap kali dia pergi, akak memang rasa sunyi dan bimbang..almaklum lah ditempat orang, tapi nak buat macamana kan..hanya doa je lah yg mengiringi..
Selalunya bila balik, ada lah sedikit ole2 buat kami.., upah orang kena tinggal..hihi, walaupun akak tak mintak, tapi rasa seronok juga menerimanya..siapa yg tak seronokkan..
Yang terbaru semalam dia balik dari Jakarta, pergi pun tak lama, 4 hari je..
Nak tau dia beli apa..jom tengok gambar..
Tq incik suamiku..:)

Wednesday, October 2, 2013

Ketam telor masin

Dah lama dengar pasal ketam telor masin ni, cuma tak pernah cuba lagi..semalam ambil peluang, cik abang akak nak ke Jakarta esok, urusan kerja..huhu..sedih sebab dia tak bawa akak, pergi ngan kawan2 dia..so sebelum pergi, dia tanya akak nak makan apa..terus teringat ketam telor masin..apalagi, ke Tanjung Lumpur lah kami, tempat pemes ngan kedai2 seafood kan Kontan ni..
Itu pun bukan semua kedai ada masakan ni tau..kena tanya dulu, akak pun singgah lah bertanya, tersilap tanya lah pulak..ketam ikan masin..ehh silap..ketam telor masin..sori.
Ada lah tiga buah kedai akak singgah bertanya..akhirnya..wallah...jumpa juga..jom tengok gambar..tapi kalau nak try masak sendiri kat rumah..sila minta tlg encik google ye..
Nampak macam senang tau, rasanya dia pecahkan telur masin dan gaul goreng bersama ketam tu, pastu buh bawang besar, bawang putih dan sedikit cili api..itu je lah..yang rasa sedap, telor dia tu..lemak manis masin gitu..sedap sangat tau..:)

Tuesday, October 1, 2013

Tugasanku

Tugasan ku memang x pernah habis, selagi hidup pasti banyak tugas yg sedang dan akan kita laksanakan dengan izin Allah kan..
Tugas sebagai seorang ibu, isteri, guru, anak dan yg paling utama sebagai khalifah dimukabumi ini.
Jom lihat sepintas lalu gambar kenangan yg sempat diabadikan.. berkaitan tugasanku sebagai seorang pendidik..
Pada petang hari minggu baru ni kami bergotong royong menyusun meja dan kerusi untuk anak didik kami di Kafa An Nadwah yang sedang menduduki peperiksaan UPKK pada tahun 2013 ini, seramai 110 orang calon pada tahun ini.
Peperiksaan bermula pada 30hb September-3hb Oktober 2013 dan berlansung serentak di seluruh Malaysia.
Dalam pada tu, sempat juga meraikan harijadi kawan ditempat keje, memang sedap cheese cake tu..hehe

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink