Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.
Showing posts with label qualiti time. Show all posts
Showing posts with label qualiti time. Show all posts

Thursday, August 14, 2014

Aidilfitri di Saigon (part 2)

Suasana malam dihadapan bangunan Saigon city hall





Akak nak sambung cerita beraya di Saigon.
Sesampainya kami di Bandar Ho Chi Minh,terus cari teksi untuk ke hotel,oh ye lupa nak bagitau,kami pergi tanpa package pelancungan,maknanya tiada pemandu pelancung,apatah lagi orang yang menunggu kami di epot. Cara ini lebih jimat sebenarnya,dengan syarat mesti lah banyak membaca atau timba ilmu dulu tak kira lah dgn membaca blog blogger yg dah pergi ke tempat yg kita nak lawati tu,supaya dengan cara itu kita dapat tahu banyak perkara dan dah bersedia untuk pergi ke sesuatu tempat tu..Maklum lah lain padang, lain belalang, setiap tempat banyak beza dan cara kehidupannya.
Kedua, mesti lah berani..hehe
walaupun dah banyak baca blog org lain,dan cik abang pun dah kali kedua ke Ho Chi Minh,namun..tak lepas dari ter..tipu jugak..huhu
Dalam nak elakkan tambang teksi yg mahal,terkena juga..
Di epot,ramainya yang menunggu..ada yang bawa 'sepanduk' atau kertas yg bertulis nama org yg mereka nak jemput tu,sebaik kami keluar dari 'arrival hall' tu,ramai lah yg memandang kearah kami..( macam artis pulak rasanya,cuma takde karpet merah je)..hihi
Lepas tu Incik suami akak dah ckp,kena pilih baik2,sbb ada teksi yg mengenakan tambang mahal(dia ambil kesempatan sebab orang luar),sekali pergi lah kekaunter  kat depan epot tu,tunjuk alamat hotel,cepat2 dia nak hantar kami,terus capai beg kami bawa masuk kedalam teksi dorang,van besar juga sebenarnya sebab kami berlima..Dah naik,apa nak buat,tak jauh mana dari epot hotel kami tu,sekali sampai kena bayar 600 dong,Incik suami mana sempat nak kira, bayar je lah,maklum baru sampai dan penat pulak tu..dah sampai hotel baru sedar mahal sgt tu,dekat rm90,padahal hala balik ke Malaysia tu,teksi yg hotel panggil cuma charge dalam rm30 je..baru ingat,kalau nak naik teksi,pilih yg tulis" Vinasun". Memang banyak kat sana.
Satu lagi,kena berhati-hati sebab penyeluk saku memang ramai,mereka dok tunggu peluang je,memang dah takde rezeki,kami pun salah seorang mangsa..Anak akak si Eisya,letak henpon dia kat dlm beg tangan,sesekali dia bawak keluar henpon tu untuk ambik gambar,agaknya dah lama si pencuri tu perhatikan gerak geri kami,sebab memang perasan,ada sorang pompuan dan sorang lelaki ni,mana kami pergi ada je dia,lepas tu masa tengah bersesak kat sebuah gerai menjual kain baju ni ( bkn pasar Benthan),pompuan tu,macam tolak2 anak akak yg kedua tu,pastu anak akak yg kedua,Tiha ni beri lah laluan kat dia,lepas tu dia terus pergi dengan cepat sangat,kemudian Tiha rasa tak sedap hati, dia suruh Eisya check kalau2 ada barang hilang,yg si Eisya pulak tak zip beg dia,apalagi,senanglah si pencuri tu seluk kedalam beg dan cpt2 lari..huhu.
Menyesal pun dah tak guna,menangis juga Eisya,kesian pulak akak kat dia..
Tujuan akak berkongsi kisah ni,supaya kita semua sentiasa waspada,sebab sebagai org luar kita ni memang mudah menjadi sasaran si pencopet ni..
Mereka kat sana susah,sebab tu lah sanggup buat apa saja..untuk sesuap nasi..
Budaya memberi tips pulak dh diamalkan disini,semua nak kena bagi tips..aduii,dari pekerja hotel sampailah ke pelayan restoren..
Rasa janggal juga sebab di Malaysia kurang di amalkan perkara ini.
Tentang bab makan pula, tak perlu risau sebab agak mudah je nak dapat makanan halal,kat sekitar hotel yg akak menginap ni je ada beberapa buah restoren makanan halal,bahkan gerai burger halal pun ada..
Akak nak pesan kalau kita nak beli barang kat sini,tawar lah separuh harga sebab memang mereka letak harga sgt tinggi,kemudian kalau kita buat jual mahal dan tak jadi beli,mereka akan bagi harga yg kita tawar tu,dah banyak kali jadi kat akak,cuma bila mereka dah kurangkan harga yg kita nak tu,jgnlah tak jadi beli pulak sbb mereka akan marah dan cakap "you liar" awk penipu..huhu
Ramai juga dikalangan mereka ni boleh berbahasa melayu sikit2,so jgn terkejut bila sana sini kita kan dgr.."tgk dulu Abg,Kakak.." pandai lah dorang nak lakukan brg dorang..
Ok lah,dah panjang lebar akak bercerita..
Jom layan gambar pulak,esok akak sambung kisah akak ke Sungai Mekong yg sgt menarik..
Tunggu ye..

nampak tak banyak motosikal kat belakang..

Ni kat depan statue kat Saigon city hall. 
Saigon city hall lagi..

Ni gambar satu family..

Jangan jeles tau,sbnrnya percutian ni pun hadiah wedding aniversarry ke 26 kami..

Kat belakang tu hotel continental,tp kami tak tinggal situ..




Perut dah lapar,pekena nasi beriani kat restoren pak arab.(restoren ni kat food court dlm Parkson tau)

pilih jgn tak pilih menu..

Ni kat restoren lain,makanan ala thailand gitu..

mee mamak pun ada kat sini..



singgah kat sini,tanya pasal trip ke Sg.Mekong esok,.2 jam perjalanan.

Kat pasaraya ni lah henpon Eisya kena curi tu.Saigon Square nama tempat ni..huhu

Suasana dlm Saigon square




makan lagi..


Ni buku menu kat restoran serai,owner dia org melayu.. bangga rasa..


kat sini banyak air kelapa fresh..

tak boleh lupa sedapnya anggur kat sini,manis n fresh..

di hadapan restoren serai..halalan toyyiban
 ok..jumpa lagi..Sekian dulu.

Wednesday, August 6, 2014

Aidilfitri 2014


Baru berpeluang hapdet blog pasal aidilfitri tahun ni.
Kali ni akak beraya di kampung akak,di Temerloh,Pahang..my turn ye..:)
Last year dah beraya di sblh encik suami..biasa lah gilir2 gitu..dah 27 tahun, alhamdulillah,takde masalah,lagipun jarak kampung kami tak jauh mana,hanya sejam perjalanan ngan kereta,so kalau pagi raya kat kampung suami pun,ptgnya boleh balik beraya dikampung akak pulak..
Seronoknya kerana dapat berkumpul ramai2,semua adik beradik ada tahun ni,kecuali adik akak yg nombor tiga balik beraya dirumah mertuanya di Kota Bharu.
Pada hari raya kedua pula kami beraya dikampung asal bapa mertua akak di Kuala Trengganu.Rombongan konvoi empat buah kereta adik beradik suami akak bersama dgn fil.memang meriah sangat..
Kami bermalam di sebuah homestay kat sana.
Hari raya ketiga baru lah balik ke rumah akak di Kuantan,tapi keesokannya terus ke Kuala Lumpur pulak,sebab hari raya kelima kami sekeluarga akan ke Ho Chi Minh city,Vietnam pulak..
Tiket dah beli lama..hanya waktu ni je semua anak2 akak dapat bersama,sebab cuti itu yg pilih tarikh ni..takpe lah,raya kan sebulan,nanti balik sambung raya kat Malaysia.
Ok lah jom tengok gambar hari raya pertama,kedua dan ketiga.
Insyaallah nanti akak sambung kisah musafir di aidilfitri pulak..

Monday, March 31, 2014

Libur cuti sekolah

Sekali lagi berpeluang berlibur di Jakarta dan Bandung untuk kali kedua. Kali pertama tak silap Akak pada tahun 2011.
Kali ni pergi beramai- ramai,selain Akak,suami dan anak2,Kali ni turut sama staff opis incik suami seramai 4 orang.
Hari pertama kami bermalam di Jakarta Dan keesokan harinya bertolak ke Kota Bandung yang jarak perjalanannya memakan masa 3 jam perjalanannya dgn Kereta.
Selain bersoping moping kami sempat ke
Tangkuban Perahu, dan Trans Studio.
Percutian 4 hari 3 malam ini takkan dilupakan sampai bila2.

Friday, August 30, 2013

Musafir di Sydney (2)

Alhamdulillah, akak nak sambung balik kisah percutian akak n family di Sydney baru-baru ni..
Kami selamat sampai di Sydney Airport jam 7 am waktu Australia, kat Malaysia baru pukul 5 am..belum subuh lagi, tolak 2 jam waktu Australia.

Perasaan, happy.. mungkin sebab dah lenguh2 badan sebab 7 jam dalam flight,lagipun memang excited sangat nak memijak bumi Australia ni.. dalam hati tertanya-tanya..sejuk sangat ke, cukup ke baju yang aku pakai ni..dan ada satu perkara lagi yang agak merisaukan kami, sebab kami dah bawa segala macam makanan kat dalam beg kami,  mee segera maggi berbagai jenis,sardin, bubur nasi segera, kopi 3 in 1, milo 3 in 1 malah kami bawa serunding daging dan ayam.. walaupun dah dengar orang cerita macam-macam, susah nak lepas masuklah...tapi kami tawakal je lah..sebab waktu bercuti ke Beijing dulu, alhamdulillah lepas, so kali ni,kiranya main buat2 berani je lah, habis2 pun dia suruh buang kan..Tapi, Alhamdulillah, pegawai kastam tu cuma tanya apa yang kami bawa, hubby cakap bawa instant noodle..dia terus angguk dan bagi arahan suruh jalan..macam tak percaya pun ada, dah memang rezeki anak2..syukur lah.
Kira macam nasib juga lah kan..

Sampai airport Sydney tu terus cari cab untuk bawa kami ke apartment kami.
Tak susah, banyak cab menanti kat luar airport tu, teksi dorang ni pun guna meter sama macam kat Malaysia.Tunjuk alamat, dia terus je bawa kami ke apartment kami yang tak jauh sangat pun dari airport.
Kena dalam 40 dollar untuk 5 orang, sebab dia terpaksa guna kereta mpv, ( disana satu teksi hanya benarkan 4 orang naik, kami kan berlima..huhu)

Apartmentnya memang selesa sangat..serba serbi cukup, dengan dapur dan peralatan memasak, ( terimakasih pada my sil yang beri separuh dari sabun toharahnya untuk aktiviti menyamak..)
Mesin basuh dan dryer pun ada..Akak terus tepek dua2 gambar tempat penginapan kami, satu kat Sydney dan satu lagi kat Gold coast. dua-dua pun selesa, tapi akak lebih suka yang kat Gold Coast sebab tuan rumahnya memang berjiwa kreatif dengan deco yang simple but nice..siap katil besi dan meja tv antik..gambar2 kat wall pun antik. Memang rasa sayang lah nak balik..huhu
Orang-orang dia kat sini pun sangat baik hati, peramah, murah dengan senyuman dan tak lokek mengucap "thank you"..


meter kat dlm cab


bukan main encik abah berehat..kat sofa apartment

Tv n d most important thing..heater.


old building at Summer Hill Town




Cooking dinner- asam pedas salmon


Salmon sedia utk digoreng, buh garam kunyit je,en.abah terbeli brown rice,sabo je lah..huhu

nampak tu, kuah sambal Brahims yg berjaya dibawa masuk dr Malaysia..hihi

Bilik tidur ank2 di Gold Coast dah ni ( 2 mlm di Sydney, 5 mlm di Gold Coast),kreatif sgt hiasan dalamannya.

Dapur nya simple dan kemas

Encik Abah, posing lg kat kerusi empuk

Ada balconi




Master bedroom..nice n romantic :) Egyptian style.

Meja antik

Antara menu kat sini, sardin masak kari, ( ada bawa coconut powder)

Sebenarnya sangat banyak pilihan hotel, apartment dan dorm pun ada kat Sydney maupun Gold Coast, harga berbagai, terpulang pada masing2, tapi kena rajin survey dan godek2 kat tenet cari tempat, dan harga yang bersesuaian atau pun memenuhi kehendak dan yang penting POKET kita..Almaklum, dah lah nilai matawangnya tinggi, ( lebih kurang rm3 duit kita bersamaan 1 dollar Aus je.) Nak kena fikir pasal makan minum lagi, bayaran nak masuk ke tempat2 yang kita nak lawati lagi, kereta sewa pun senang nak cari kat sini, sesampai di airport pun dah ada syarikat kereta sewa, cuma kalau nak kan harga yang lebih murah, better cari kereta sewa on line, lebih murah, dapat save dah kat situ, begitu juga tiket untuk masuk ke amusement park atau Zoo dan sebagainya, biasanya ada pakej yang disediakan, macam akak terus ambil 3 in 1,tiket ke Movie world, world n wild dan sea world, atau whale watching yang mana kita berpeluang ke tengah lautan menaiki bot yang besar untuk melihat ikan paus yang sungguh menakjubkan..( akak akan ceritakan dan bubuh gambar nanti).

Setakat ini dulu untuk kali ini, Insya Allah,akan datang akak akan sambung kisah di Sydney Opera house,bridge, Madame Tussoud,Sea world, Movie World dan whale watching.
Bye dulu.





T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink