Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.
Showing posts with label join segmen. Show all posts
Showing posts with label join segmen. Show all posts

Thursday, December 29, 2011

"LULU CALDINA REVIEW BLOG SAYA"

Assalamualaikum.
 "LULU CALDINA REVIEW BLOG SAYA" 

Sebenarnya agak jarang Akak menyertai apa-apa segmen memandangkan masa yang amat mencemburui, namun bukan bermakna Akak tak menyokong kawan-kawan. 

Kebetulan sekarang Akak tengah cuti, jadi ada masa lebih sikit, selain Lulu ni sebenarnya seorang blogger yang baik hatinya, bukan Akak bertujuan nak ' bodek ' ke apa..tapi dari hati akak cakap, dari mula Akak terjun kedunia blog lagi, Lulu antara hanya beberapa orang lain lagi yang selalu singgah ke blog Akak dan memberi semangat kepada Akak untuk terus menulis walaupun pernah ada waktunya Akak rasa macam dah malas nak meneruskan..tapi dengan kata-kata peransang dari rakan blogger seperti Lulu yang membuat Akak terus kekal bersemangat untuk terus berblog.

Akak akan sangat berbesar hati kalau Lulu sudi mereview blog Akak yang tak seberapa ini jika dibandingkan dengan ribuan blog lain diluar sana yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan.
Pada Akak dengan cara " review" yang betul Insyaallah akan memajukan diri Akak dalam dunia blog ni, sebab hanya orang lain yang dapat memberitahu kita apa dan dimana silap atau kekurangan yang perlu kita perbaiki. Lagi pun Akak sebagai mewakili 
" golongan umur pertengahan" sebab kebanyakan yang Akak perhatikan sekarang begitu banyak sekali blog dari remaja -remaja diluar sana yang memang lah ramai follower mereka, kadang sampai mencecah ribuan dah..

Bagi akak dengan berblog, minda kita akan lebih terbuka kerana   dapat berkongsi berbagai kisah, ilmu dan pengalaman hidup yang berguna.. dan yang paling Akak suka lagi, kita mendapat ramai kawan, yang walau pun tak pernah bersua muka, namun terasa begitu dekat sekali dihati..korang rasa macam tu tak?

Akhirnya, sori lah kalau akak terover pulak ye..samada terpilih atau tak untuk direview oleh LULU CALDINA, ( kalau terpilih, lagi lah best! ) namun Akak rasa seronok dapat turut sama memeriahkan segmen Lulu ni dan dapat jumpa geng-geng blogger yang lain.Terimakasih 

Selamat maju jaya buat semua.

Friday, December 9, 2011

Jom tambah follower

Assalamualaikum.

Lama sungguh dah Akak tak join menjoin segmen ni..
Tetiba hari ni rasa tertarik nak join segmen anjuran Lulu yang dari awal Akak terjun ke dunia blog ni, dari follower akak hanya beberapa orang sampai lah kehari ni...dia sering singgah dan menyapa kat blog Akak sebagai supporter sungguh Lulu ni. 
Thanx Lulu..:)


Moga dapat ramai lagi kenalan baru tak kira usia dan darimana..

Banyak yang dapat dikongsikan sebenarnya..asal kita ikhlas dan berniat baik.

Kalau tak orang tak kata.." Sharing is caring Kan..:))


Salam perkenalan buat semua yang sudi..

Jom ramai-ramai kita meriahkan segmen ni.


Monday, August 22, 2011

Blogwalking sebelum raya

Assalamualaikum.

.Sempena hari baik, bulan baik ini, Ariana dengan ikhlas hati dan gembiranya turut sama men'join'kan diri dalam segmen bersama Cik Lulu yang cute mute ( tak caye tengok je lah gambar kat banner tu..:)
Sambil buat kueh raya sambil kita BW kan..
( Moga Ariana berkesempatan lah nak berkunjung ke rumah korang..).
Dan korang jangan lah segan-segan singgah ke Teratak Ariana ye..
Pada yang nak turut sama Klik je sini

Aidilfitri hari bahagia, hari yang mulia
Mohon maaf bersama dipinta 
Selamat
selamat hari raya

Sembah salam Ayah dan Bonda 
Juga teman dan saudara
ampunkan lah dosa
Hilangkanlah duka dan nestapa
Selamat
Selamat Hari raya

Monday, August 8, 2011

CELEBRATE ANNIVERSARY

Assalamualaikum semua.

Pagi ni, Ariana di tag sendiri oleh rakan baru, iaitu Mama atau Maszull untuk join segmen beliau. Segmen ni adalah sempena 25 tahun anniversary perkahwinan beliau. Happy anniversary Mas! sebenarnya Ariana pun baru je menyambut anniversary kami juga , cuma kurang satu je bilangan tahunnya dari Mas, dan jatuh pada
2 hb ogos baru ni ..( dalam bulan ramdhan juga).

Kebetulan pagi ni ada masa free sikit, lagipun dah lama sangat ariana tak join apa-apa segmen.., bukan tak sudi, tapi kadang masanya tak sesuai, tangguh-tangguh dan terus lupa.

Pada kengkawan yang lain, jomlah kita join ramai-ramai..mudah dan Insyaallah Mama maszull kita akan tolong promote blog kita nanti..kan best juga tu..:) selain dapat top up rm 30. ( tapi kalau yang pakai bil macam ariana ni camana yek..). Boleh bagi kat anak kot..manalah tau kalau ada rezeki. :)
Ok..bagi yang nak join sila klik je sini.

Lepas letak tajuk, copy paste gambar logo ni..

 
to

Owner Mama Mas

Owner Mama Mas 
Moga kehidupan Mass akan bertambah-tambah berbahagia dan dilimpahi rahmat Allah serta kekal hingga ke syurga, ameen.
 
 
Langkah seterusnya letak gambar tentang anniversary tu.. Ariana nak letak gambar jambangan bunga yang Ariana hantar kepada suami secara " surprise" ke pejabatnya ni..




Gambar kenangan kami..Ari + ana = Ariana
Setakat ini dulu.
 wassalam.

Friday, July 1, 2011

Aktiviti Blog " 20 Blogger Pilihan"


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhRQ_s8IAb7OMX5kO2fgucvYG4oP0jMKgANPglBNZcy09xECeqAdzdI0q5FSijnJDhDToaeinkLUQBSJBla8WbzUVEg__SJeBQ8oWfBeV6yj5YRunhWH-cBTAYzMtSjJ-LDAw0HjSRK3F8/s1600/cz.jpg     

Kebetulan, tengah lapang masa ni, so boleh lah " menjoin kan diri "  masuk segmen anjuran Cikgu Zubir ni..lagipun..senang dan simple je..

Anda nak tau caranya Klik je sini.

Sudah tentu lah saya ingin jadi salah seorang dari 20 blogger pilihan..

Nak ajak semua lah kawan-kawan yang lain untuk memeriahkan sama, tapi kena cepat..masa nak habis dah..



Saturday, April 9, 2011

MAMACHIA 1ST GIVE AWAY


MAMACHIA 1st GIVE AWAY

 Assalamualaikum.

Balik dari kenduri umah member tadi ariana buka blog .., rupanya Ariana telah di tag oleh  Al wardah untuk join satu lagi segmen ni..Terimakasih lah Wardah..ok..Ariana join ni.Pada rakan yang lain jom kita meriahkan..nak tahu lebih lanjut sila klik sini
Tarikh tamatnya lambat lagi..5hb.Mei.
Hadiahnya pun menarik juga tau..
Antara syaratnya dah tentu lah follow Mama Chia dan tag 2 orang rakan.
Ariana tag member sporting ni..No
                                               Rina

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink