Jumaat 25/1/2013
Awal pagi lagi kami dah bangun, sume excited..tak sabar nak kota singa..tapi belum decide samada nak bawa kereta atau naik mrt atau train je..Akhirnya kami naik teksi ke JB Central.lima orang 10 ringgit je, nasib baik Eisya masih kecik badannya walaupun dah form 1, sebab sepatutnya satu teksi untuk 4 org jew..huhu.
Awal pagi lagi kami dah bangun, sume excited..tak sabar nak kota singa..tapi belum decide samada nak bawa kereta atau naik mrt atau train je..Akhirnya kami naik teksi ke JB Central.lima orang 10 ringgit je, nasib baik Eisya masih kecik badannya walaupun dah form 1, sebab sepatutnya satu teksi untuk 4 org jew..huhu.
Sampai kat situ, hubby akak yang semakin ringan mulut untuk bertanya sekarang( muda2 dulu, cukup malas nak bertanya..) pergi kat kaunter pertanyaan tu dan dapatkan info, macamana nak ke Singapore dan dimana tempat2 menarik utk dilawati, dan macam2 lah yg ditanya nya..Kata hubby, malu bertanya sesat jalan..hihi..semua orang tahu tu..
Lepas tu, orang tu bagitau, lebih baik ke travel agent untuk beli tiket dan ada bas disediakan sekali untuk ke USS ( Universal studio of Singapore),kan senang, sebab tak payah pening2 nak cari jalan kesana dan bimbang kalau bayaran parking yang mahal. Almaklum nanti nak habis kan seharian kat situ..(USS).Setelah booking tiket untuk ke Universal studio di sebuah syarikat pelancungan ni..( tapi syarikat ni kaunter dia kat Stesen bas Larkin pulak,) kami naik teksi lagi ke Stesen bas Larkin.,pastu, memandang kan hari dah tghri, rugi pulak kalau masuk ke USS, so beli tiket untuk keesokan hari, hari ni, kami bercadang nak jalan2 je di bandar Singapore.
Kami menaiki bas dari JB Central untuk ke Singapore,bas memang banyak, kalau terlepas satu, akan datang yang satu lagi...cuma orang agak ramai, dan akak perhatikan semuanya bergerak dgn cergas dan laju..tak kira tua maupun muda..huhu..akak yg tak biasa ni, tersangat lah lelahnya nak mengejar anak2 dan abahnya yg tak kurang lajunya bergerak...huhu.
Kelebihan dia naik bas dan mrt ni, tak payah susah nak fikir cari tempat, tapi kekurangannya, tersangat letih, kerana kena banyak berjalan, dari satu stesen ke satu terminal, mula check point Johor, pastu, naik bas balik, pas tu checkpoint Singapore pulak..sume tu kena turun bas dan jalannn lag..huhu...sakit kaki akak, itu baru day one..Satu lagi, kita tidak boleh malu untuk bertanya..bila kita bertanya, dengan senangnya kita akan tahu kemana arah yg sepatutnya kita tuju..setakat ni, semua yag kami tanya, baik2 belaka..dan dengan senang hati memberi penerangan..Alhamdulillah.
Akhirnya setelah turun naik bas dan mrt, sampailah kami kedestinasi pertama dikota singa dan rasa macam tak sah kalau tak ketempat ni..iaitu pinggir laut...MERLION ( mermaid + lion). Patung merlion ni merupakan simbol bagi kota singa..kat situ juga pemandangannya sgt indah dengan MARINA BAY..( bangunan yang terdapat seolah-olah sebuah kapal diatasnya..( tgk gambar kat bawah).Bangunan kat sini pun canggih2, dan hubby akak lah yg paling seronok , sebab keja dia sebagai arkitek lah katakan.( tukang buat rumah dan bangunan)..
Lama juga kami kat sini, menikmati udara segar dari selat Tebrau..pas tu perut dah rasa lapar..org kata agak payah nak cari makanan halal kat sini.., ye lah kami tgk restoren tak de tanda halal, akhirnya nampak kfc yang ada tanda halal, Alhamdulillah..kat situ lah kami menghilangkan rasa lapar kami..siap ambik gambar tanda halal..hihi
Lepas makan, kami hanya bersiar-siar dalam bandar..singgah kat mall semua nya barang standard dan mahal2..Gucci, LV, coach..huhu...tengok ajelah, cuci mata kata org..Bayangkan rm2000 yag ditukar hanya dpat lebih kurang 800 dollar singapore..huhu.akak nak beli keychain pun fikir dua kali bila harga nya hampir nak 20 hinggit Malaysia you...huhu.Cukuplah dapat jalan2 ke singapore ni, tak shopping pun tak pe..
Hari pun dah nak malam, jam 7.00, kami pun naik bas dan balik ke hotel kami di JB, Malaysiaku..hihi.
Ok, tiba masa layan gambar..In sha Allah nanti akan disambung cerita kat USS dan Lego land pulak.(singgah lagi tu.).anak2 punya pasal..ikut kan lah juga, walaupun kaki ni dah rasa nak tercabut..
Makan2 kat kfc..Nasi n ayam goreng ni..sedapnya sbb perut tgh lapar. |
Bergaya skan kat depan statue MERLION.. tak sah g Spore kalau x g sini.. |
Cantik kan view kat Marina bay ni..Eisya dengan gayanya.. |
Anak dara dua org ni, bkn main lg.. |
Marina Bay lagi.. |
Bangunan yg canggih dan jinak2 merpati, di tangkap lari.. |
Ada kisah disebalik patung tu..kisah pembukaan Singapore.. |
Akak dan Abg pun, posing juga..hihi |
Ni kat JB central, waktu nak naik baske Singapore. |
Marina Bay lagi, paling banyak bergambar, sbb sgt cantik tempat ni.. |
Ok lah, sekian dulu untuk kali ni..nanti kita jumpa di USS pulak ye..Bye, Wassalam.
13 comments:
indahnya spore.
bangunan cangggih2..
merlion tu paling sy teruja nak sampai dan bergambar :)
@mamyharraz
In syaAllah, ada rezeji, sampailah tu nnti..pujuk2 lah papa tu..hihi
syoknye bercuti kak.. sy tak penah lagi smpai kat sngpore ni
masa saya pegi USS aritu, memang tak sempat nak pegi kat marina bay tu, frust sgt
@bert
In sya allah ada masa , ada rezeki blh pergi..tak jauh sgt pun..:)
@mama syaza
Kalau sehari mmg tak sempat., akak ni sbb pergi 2 hari..kat Uss mmg ambil masa sehari kat situ saja kan..takpe lain kali blh pg lg..:)
Marina Bay tapi bukan ada apa sangat kan cikgu. Tapi kalau USS anak-anak memang suka. Main tempat yg simbah-simbah air tak?
Kakak yg duduk JB ni pun tak adanya nak shopping di S'pore. Kalau nak yg branded baik ke JPO.
@kak zakie
Owh lupa akak dok jb ye..
Aah..kat marina bay tu cuma view nya cantik jew, jalau kat Uss tu mmg bdk2 ni mcm tak mau blk., seronok sgt, mcm2 ada...akhirnya bershopping kat pasar karat JB jg hihi..
teringin gak nak jejak kaki kesana tp tak tau la bila.. hehe
masing2 ceria jer bercuti ke Kota Singa yer...syoknya...
wah best3X..tiba2 tringin nk p S'pore.....
assalamualaikum ariana...seronoknya satu family bercuti ke Singapore yer...:)
seronok tgk akak sekeluarga cuti2 s'pore tu. izan pernah pegi masa umur 12 thn kak, ikut abg ipar yg ada saudara kat sana. mmg lenguh kaki jalan2 kat sana. dorg kata dekat... padahal kita yg folo ni semput dibuatnya...
Post a Comment