Jauh berjalan, luas pandangan.Itu kata pepatah.Suami ku gemar membawa kami berjalan2 tak kira lah didalam negeri maupun diluar negara.
Alhamdulilah dgn rezeki yang Allah taala beri.Mungkin bagi sesetengah orang ada yg menganggapnya membazir..terpulang, tapi bagi family Ariana ini merupakan salah satu cara bagi merapatkan lagi hubungan sesama kami, disamping tu, dapat melihat cara dan adab budaya ditempat orang, dan tak lupa memanjatkan kesyukuran bila melihat betapa aman damainya bumi Malaysia, dan betapa sukarnya menjalani kehidupan disesetengah tempat lain..Yang baik jadi ikutan, yg buruk jadi sempadan..
Hari ni, 12hb ogos akan bermula lagi musafir kami, dan kali ni lebih menarik sebab family adik akak pun akan turut sama..tentu lebih meriah kali ni..semuanya dah dirancang sejak beberapa bulan lamanya., Semoga Allah permudahkan segalanya..Robbi yassir walatuassir.
InsyaAllah balik nanti akak ceritakan pengalaman akak disana nanti ye, seperti lawatan akak sebelum ni kebeberapa tempat yg sempat akak abadikan di blog ni, lawatan ke Beijing, Thailand, Jakarta dan Bandung.
Harap kawan2 tolong doakan kami selamat pergi dan balik ye..terimakasih.:)
Kuantan-KL-Singapore-Sydney-GoldCoast-Singapore-KL-Kuantan...fuhh...berkematu lah juga punggung dok lama2 dlm flight,harap2 kaki tak sakit dgn kasut baru camel ku..huhu
InsyaAllah kami akan balik pada 21hb nanti.
Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.
Assalamulaikum.
Showing posts with label kebesaran Allah. Show all posts
Showing posts with label kebesaran Allah. Show all posts
Tuesday, August 13, 2013
Musafir kemana lagi..
Labels:
Al kisah..jalan-jalan,
ceritaku,
kebesaran Allah
Thursday, June 14, 2012
Disebalik susah ada senang
Assalamualaikum.
Sejak kereta hubby akak masuk bengkel kerana accident tempohari, tinggal sebuah je lah kereta.Pada mulanya akak ingat memang susah lah nanti sebab kami keluar bekerja pada waktu yang berlainan. Jarak ketempat kerja, walaupun tidak lah jauh sangat tapi, boleh tahan lah juga..dengan keadaan jammed dan sebagainya..Adoii..pening juga akak memikirkan.
Tapi, Alhamdulillah, dah hampir seminggu pun..orangkata patah satu kaki, tapi sekurang-kurangnya ada lagi satu..So, dengan kereta yang lagi satu tu, kadang hubby akak yang akan menghantar akak ke tempat kerja, kadang pulak anak akak, Yaya yang bekerja dengan abahnya sekarang, dan ada masanya akak ikut diorang dari awal pagi lagi..( tak awal mana juga, dalam pukul 9.30 - 10.00 pagi gitu). Kemudian akak terus tunggu je kat opis hubby sementara nak masuk kerja pukul 2.00 tgh.
Dalam banyak-banyak cara tu, akak rasa best pulak bila akak terus keluar sekali ngan mereka..sebab dengan cara tu, akak tak lah rindu2lagi kat Cik abang..hehe ( jgn muntah dengar ni ye..).petang pun balik kerja bersama, pendekata banyak masa kami spend bersama berbanding dulu..ye lah..breakfast bersama,lunch bersama, pas tu balik kerja kang minum petang pulak sekali lagi..Kan best tu..Duit minyak kereta pun jimat, duit makan minum pun semua cik Abg yang keluar..hahaha..Banyak juga kebaikannya..
Betullah..disebalik sesuatu kejadian Allah itu pasti ada hikmah disebaliknya. Aku bersyukur sangat padamu Ya Allah..Kalau macam ni, lama sikit pun kereta kat bengkel pun tak pe..hehe

| Seronok ada org yg hantar dan ambil dr kerja..hehe |
Labels:
kebesaran Allah
Wednesday, February 22, 2012
Bulan madu diawan biru
Terdengar-dengar alunan lagu ni..Bulan madu di awan biru, tiada yg mengganggu....amboi..adakah macam dalam gambar ni?
Tempat ini dipanggil Kalavaara Halli dan gunung di sini pula dipanggil Kalavaarahalli Betta
(juga dipanggil sebagai Skanda Giri). Ia terletak berhampiran Chikkaballapura - sebuah bandar kecil di daerah luar bandar Bangalore.
Sungguh menakjubkan ciptaan tuhan. Sungguh indah dan mendamaikan. Berada disini seperti sedang berada di awan-awangan. Menikmati pemandangan yang cukup berbeza dan hebat. Bertapa besarnya kekuasaan yang Maha Kuasa.
Labels:
kebesaran Allah
Friday, February 17, 2012
Al Quran terbesar didunia .
Assalamualaikum
Salam Jumaat, penghulu segala hari.Hari ni, jom kita lihat Al Quran terbesar didunia ini.
Sungguh menakjubkan..kalau lah dapat menyaksikannya sendiri dengan mata kepala sendiri alangkah indahnya,,al quran ni terdapat nun di Kabul..jauhnya..huhu

Akak akan berehat selama dua tiga hari ni..Insyaallah nanti kita jumpa lagi.,
Petang ni di tempat akak mengajar akan diadakan sambutan maulidur rasul..Akak mengelolakan rancangan kuiz..harap-harap semuanya berjalan lancar.
dan sebaik habis majlis tu..akak akan menaiki bas " Sani Express" tu..menuju ke Kuala Lumpur..yea..lama dah tak naik bas sorang-sorang..tapi dalam hati gedebak gedebuk juga..takut-takut juga huhu.
Pergi KL buat apa?
hehe..saja nak makan angin..sambil singgah rumah adik akak Hazamin. Min yang baru berpindah kerumah baru dan dah rindu nak jumpa anak sedare yang cute mute..
Sebenarnya..Suami akak dan 3 orang anak dara akak dah pergi dulu pagi tadi, sebab suami akak ada meeting pagi tadi, tapi oleh kerana akak terikat dengan tugas..so tak dapat lah cuti..terpaksalah korban sikit..itu yang akak menyusul kemudian dengan bas..
Jangan diorang tak tunggu akak kat Hentian Putra sana sudah..huhu meraunglah akak..huhu
Ok lah.. Doakan akak selamat pergi dan selamat kembali semula ok..
Wassalam.
Labels:
kebesaran Allah
Monday, January 23, 2012
Janin 15 Minggu Hidup .. Subhanallah...
Assalamualaikum.
Kurang sihat sebenarnya, demam selsema dan batuk,
Tapi, sempat juga BW kejap. Terpaku pada tajuk entri kat blog ni.
Jika Allah kata hidup, maka tiada siapa dapat menyangkalnya..
kimberly after 6 months.. credit : Google
Kurang sihat sebenarnya, demam selsema dan batuk,
Tapi, sempat juga BW kejap. Terpaku pada tajuk entri kat blog ni.
Jika Allah kata hidup, maka tiada siapa dapat menyangkalnya..
Janin 15 Minggu Hidup | Subhanallah...
Hanover, jerman – Gambar yang anda lihat di atas ini adalah gambar janin yang dilahirkan ketika umurnya baru sahaja 15 minggu. Hanya dengan sekecil dan semerah itu, dan mempunyai berat 10.5 ounce, janin yang diberi nama Kimberly Mueller. Apakah harapan ayah dan ibunya ketika itu?
Janin ini dibenarkan bersama ayah ibunya seketika selama beberapa saat sahaja sebelum dibawa pergi oleh pakar penyelamat yang bertungkus-lumus menyelamatkannya. Apa yang boleh dibisikkan oleh ayahnya hanyalah ‘Kimberly, you can do it baby”….
Harapan cuma 1:1000. Doktor pakar jantung yang merawatnya berkata, peluang untuk hidupnya sangat tipis. Namun begitu, bayi ini terus meredah liku-liku hidupnya dengan penuh tabah.
Selepas 6 bulan dijaga dengan rapi, janin ini sudah boleh dipanggil bayi. Bayi ini dibenarkan pulang ke rumahnya.
kimberly after 6 months.. credit : Google
Labels:
kebesaran Allah
Friday, December 23, 2011
Kaulah Maha segala-galanya.
Assalamualaikum.
Subhanallah.
Maha suci Allah.
Maha agung yang mencipta langit, bulan , matahari, gunung ganang, lautan luas, makhluk dan seisi alam ini.
Maha suci Allah.
Maha agung yang mencipta langit, bulan , matahari, gunung ganang, lautan luas, makhluk dan seisi alam ini.
Sesungguh nya engkaulah maha atas segala-galanya.
Terharu dan kagum hambamu ini..
Pabila melihat keindahan ciptaanmu..
Bersyukur hambamu diberi peluang mengecapi sejuta nikmat anugerah dari mu..
Sesungguhnya..Engkaulah maha segala-galanya, Ya Allah.
Sesungguhnya..Engkaulah maha segala-galanya, Ya Allah.
Labels:
kebesaran Allah
Friday, November 4, 2011
Monday, August 22, 2011
Keindahan planet bumi dari angkasa lepas
Assalamualaikum.
Astronot Tracy Caldwell Dyson menikmati keindahan bumi dari luar angkasa saat melihat dari jendela International Space Station (ISS). Pesawat ini mengorbit di atas ketinggian 350 kilometer di luar planet bumi. Astronot mampu melihat betapa kompleksnya bumi dalam balutan putih dan juga atmosera dan samudera dalam warna biru. Pesawat ISS ini mengorbit di atas bumi setiap 90 minit sekali sehingga setiap orang yang ada di bumi boleh melihat di langit dengan hati-hati.
Wilayah Alexandria, Mesir, Pantai Mediteranian, dan hamparan aliran Sungai Nil
astronot sedang berjalan di dekat stesyen ISS
"betapa indah bumi ciptaan Allah SWT ini.."
Kredit buat blog ini
Labels:
kebesaran Allah