Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.
Showing posts with label pesan buat tersayang. Show all posts
Showing posts with label pesan buat tersayang. Show all posts

Friday, July 5, 2013

26 tahun sudah..

Dalam tak sedar, 26 tahun sudah usia rumahtangga kami..Syukur pada Allah diatas nikmat dan anugerah terindah ini..4hb Julai merupakan tarikh yang amat bermakna, kerana bukan hanya tarikh ulangtahun perkahwinan kami, bahkan tarikh itu sebenarnya dikongsi bersama anniversary arwah Ayahndaku tersayang bersama Bondaku. Walaupun kini Bak dah tiada, tapi dengan ini, menguatkan lagi ingatanku terhadapnya..dan aku sentiasa doakan Arwah damai disana dan Al fatihah buat awah.

Dikesempatan ini, aku hanya ingin tujukan ucapan terimakasih buat suamiku tersayang..semoga rumahtangga kita sentiasa dirahmati dan diberkati Allah..moga allah tambahi iman kita..seiring usia yg semakin meningkat ini..

Terimakasih kerana menjadi suami, kekasih, teman, sahabat dan Ayah yg terhebat buat anak2 kita..

Walaupun jarang abang ucapkan,tapi ada satu ungkapan yg tak mungkin dilupakan sampai bila2..yg sempat di abadikan..

Ini pun kenangan tahun 2011 yg lalu.. ( copy paste dari fb lama..)Skrg fb cik abg ni dah tak aktif lagi..


Kadang-kadang ku rasa, akulah isteri yang terlalu banyak menerima, sedangkan kau tak pernah meminta apa-apa..kadang-kadang ku rasa akulah isteri yang baru terjaga, sedangkan kau tak pernah terlena..Happy 23rd aniverssary to my love one..Zahari Ahmad. Moga hari mendatang kita akan dilimpahi rahmat kebahagiaan yang melimpah ruah dari Allah. Ameen.
Zahari Ahmad Kekadang terjaga itu elok buat mengingati apa yg telah kita kecapi. Dan melakarkan satu lagi kisah hidup bersama.
Tak terbayang bagaimana kisah hidup ini seandaimya tanpa mu di sisi.
Kisah hidup yg tak pernah kurang dengan kasih dan sayang seorang KeKasih juga Isteri juga Ibu Anak-Anak tersayang juga Teman perjalanan hidup.

Kau lah segalanya Sayang. Dulu Kini dan Selamanya.
Luv U to. ALways. Happy Anniversary 24th not 23rd buat Isteri Yg Tercinta.
 
Terharu dan terkedu juga bila membaca teks ucapannya ni..bkn senang nak dengar..Ianya menjadi satu kenangan manis yg tersemat dalam sanubari sampai bila2.. 

p/s. suami korang macamana? segan silu ke tak nk ucap2 romantika d amor ni? hihi.Jgn marah.

Sekian entri merapu akak..

Wednesday, February 27, 2013

Hepi befday my princess


19 tahun yang lalu,kelahiran mu kedunia menyinari hidup kami sehinggalah kehari ini..
Umi dan abah sentiasa mendoakan yang terbaik buat mu, dunia akhirat tiha..
Happy sweet 19th birthday Tiha!

Ni gambar tahun lepas, belum buka bracess.huhu buruknya..

Tiha ngan Umi..Ada gaya tak muka kami?
Gambar terbaru Tiha..:))

Sebaik-baik hadiah adalah doa..tapi, ada juga lah tanda mata dari umi untuk Tiha, cuma..entah macamana boleh terlambat sampai..Sebenarnya hadiah tu, Umi dah order lama ,tapi sampai kehari ni, dah lewat sehari, masih tak sampai2 juga..alahai..nak beritahu ke tak kat Tiha yang hadiah tu otw..hilanglah nak buat surprise,huhu..Apa masalahnya pos laju ni ye..hari ni pun masih menanti-nanti..

Tunggu Akaknya balik dari U, baru nak makan2 kat luar celebrate beday tiha..baiknya..so, gambar yang ada hanya lah kek ni saja, yang Umi tempah istimewa untuk Tiha ...carrot cake..yummy..!

Amik lah kek ni dulu, ye Tiha,..sabar lah tunggu hadiah sampai..hehe

Friday, February 15, 2013

Biarkan Allah yang menilaimu.

Sangat terkesan dihati apabila membaca bait kata-kata ni di Facebook "kata-kata Hikmah",membuat aku terpanggil untuk dikongsikan bersama rakan2 yang singgah di Teratak Ariana.
Jom hayati..mungkin ada diantaranya memang terkena batang hidung kita sendiri..

Gambar sekadar hiasan..dr google
Apabila engkau berbuat baik, orang lain
mungkin akan berprasangka bahwa ada
maksud-maksud buruk di balik perbuatan
baik yang kau lakukan. Tetapi, tetaplah
berbuat baik.

Terkadang orang berpikir secara tidak masuk
akal dan bersikap egois. Tetapi,
bagaimanapun juga, terimalah mereka apa
adanya.

Apabila engkau sukses, engkau mungkin
akan mempunyai musuh dan juga teman
yang iri hati atau cemburu. Tetapi teruskanlah
kesuksesanmu itu.

Apabila engkau jujur dan terbuka, orang lain
mungkin akan menipumu. Tetapi, tetaplah
bersikap jujur dan terbuka.

Apa yang telah engkau bangun bertahun-tahun lamanya, dapat dihancurkan orang
dalam satu malam saja. Tetapi, janganlah
berhenti dan tetaplah membangun.

Apabila engkau menemukan kedamaian dan
kebahagiaan di dalam hati, orang lain
mungkin akan iri hati kepadamu. Tetapi,
tetaplah berbahagia.
Kebaikan yang kau lakukan hari ini, mungkin
besok dilupakan orang. Tetapi, teruslah
berbuat baik.

Berikan yang terbaik dari apa yang kau miliki,
dan itu mungkin tidak akan pernah cukup.
Tetapi, tetap berikanlah yang terbaik.

Sadarilah bahwa semuanya itu ada di antara
engkau dan Allah. Tidak akan pernah ada
antara engkau dan orang lain.

Jangan pedulikan apa yang orang lain pikir atas
perbuatan baik yang kau lakukan.

Tetapi percayalah bahwa mata Allah tertuju pada
orang-orang jujur dan Dia sanggup melihat
ketulusan hatimu.

Sunday, October 21, 2012

Thanks dear..I love u.

Assalamualaikum.


To my dearest husband..
I just want to say thank you so much for this special birthday gift..


But I want you to know..this is not the best gift i've ever got from you..


YOU ARE THE BEST GIVE I'VE EVER RECEIVED IN MY LIFE..
Thank you Allah..

I love you..Abang!


P/s- Hari ni, Ariana rasa terharu sangat..walau pun befday ariana lagi 10 hari..iaitu pada 31hb Oktober ni,
tak sangka dapat awal lah pulak present..hihi

Thursday, March 29, 2012

Hepi besday my Eisya

Assalamualaikum.

Sebenarnya bersusun besday anak-anak akak...Januari yang sulung, Februari yang kedua dan Mac ni pula yang ketiga, Eisya..Tu yang nampak setiap bulan ada je post pasal hari jadi..Tapi, sebenarnya setiap satu dari mereka ni adalah berbeza..perangai berbeza, sikap pun berbeza..cuma kasih sayang Umi dan abah yang tiada bezanya terhadap puteri-puteri kami bertiga..sayang semuanya..

Pada hari ini, 29hb Mac merupakan sambutan ulangtahun kelahiran puteri ku yang ketiga, Nur Aisya Asyikin Bt Zahari atau panggilan manjanya Eisya..walaupun dah menjangkau umur 12 tahun.., tapi mungkin kerana dia yang bungsu, maka manjanya mengalahkan budak umur 7 tahun..huhu.

Dikesempatan ini,Umi ucapkan selamat hari lahir yang ke-12 buat Eisya..moga Eisya akan menjadi anak solehah dan berjaya dunia akhirat.Jadilah seorang anak yang taat kepada ibu bapa dan kakak-kakak juga tau!..dan paling penting taat pada suruhan Allah.


Ingatlah doa Umi dan abah sentiasa mengiringi perjalanan hidup mu, sayang..
Love you my dear..muah.
HAPPY 12TH BIRTHDAY MY SWEET GIRL!

HELLO KITTY SAID..HEPI BESDAY EISYA!

Seronoknya Eisya..dok merenung keknya..

Kek Hello Kitty..pilihan kedua org kakaknya..

Lama sebab tunggu abah balik opis..balik2 terus makan..:)

kak Tiha yang dah kerja turut hadiahkan baju untuk Esya..:)

Bukan satu, bukan dua tapi 3 helai..suka sgt dak Eisya..

Tengok tu..suka sangat dia..hihi

Sayang nak makan sebab cute sgt keknya..huhu
KEBAHAGIAAN IBU BAPA IALAH APABILA MELIHAT ANAK-ANAKNYA GEMBIRA DAN BAHAGIA...SANGGUP BERKORBAN APAJUA..ASAL KAN MEREKA BAHAGIA.

Wednesday, March 21, 2012

Hari ini dalam sejarah

Assalamualaikum.

Hari ini dalam sejarah buat ibu bapa yang anaknya menerima keputusan SPM hari ini.

Ye lah..setelah sekian lama berusaha ( ibu  bapa pun banyak berusaha... menghantar anak kekelas tambahan, tak cukup tu, tuition pula dihujung minggu..belum lagi berbakul-bakul leteran dan nasihat dan yang paling diperlukan anak-anak ialah perhatian dan DOA.

Apa yang kita tanam, itu lah yang kita tuai...

Alhamdulillah, anak akak Nur Fatiha Syahireen hari ni, berjaya mendapat keputusan yang agak baik dan kami  cukup berbangga dengannya. Melihat dia mampu berdiri sebaris dihadapan guru-guru dan ibu bapa yang lain disekolah ketika keputusan diumumkan pagi tadi, roboh jua empangan airmata Umi..Syukur dan redha.

Tahniah Tiha!..Jadikan kejayaan hari ini sebagai landasan untuk kejayaan hari esok..perjalanan masih panjang lagi..

Hahh..sekarang Tiha kena fikir bidang apa yang Tiha nak pilih lepas ni pula..Apa? Nak pilih course sama macam Abah ngan Akak juga? Architecture lagi? huhu...keluarga arkitek..:)


Sekali lagi..Tahniah my sweetheart..!

Thursday, March 8, 2012

Untuk mu wanita

Assalamualaikum.

 Sahabat-sahabat, teman-teman yang dikasihi sekalian..
Sempena hari wanita hari ini, apalah kiranya luangkan sedikit waktu..renung-renungkan tafsiran ayat Quran berkaitan diri kita ini..

gambar hiasan; google


.: Q.S.  Al A’raaf : 26
Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.



.: Q.S.  Al Ahzab : 59
Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang mukmin: “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha pengampun lagi Maha penyayang…. Maha benar ALLAH dengan segala firman-NYA.
adapun Rasulullah SAW, manusia termulia dan terbaik sepanjang masa pun mengakui dan sangat memuliakan wanita.



Dari Abdullah bin ‘Amr radhiallahu ‘anhuma bahwa Rasulullah Shalallahu ‘alaihiwassalam bersabda:
ayat1.jpg
Dunia ini adalah perhiasan/kesenangan dan sebaik-baik perhiasan/kesenangan dunia adalah wanita yang solehah.” (HR. Muslim,Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)


Dalam lafaz lain:
Sesungguhnya dunia ini adalah perhiasan dan tidak ada di antara perhiasan dunia yang lebih baik daripada wanita yang solehah.” (HR. Ibnu Majah)

Dalam lafaz lain:
Sesungguhnya dunia ini seluruhnya adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah.” (HR. Ahmad)



ayat2.jpg
Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu:wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak, dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga).” (QS. Ali Imran:14)

Ketika menyebutkan berbagai hal yang menjadikan kecintaan manusia dalam ayat ini Allah mendahulukan wanita sebelum yang lain, hal ini memberikan isyarat bahwa wanita menjadi sumber terbesar kenikmatan, kesenangan dan perhiasan hidup di dunia ini. Tidak terkecuali bagi Rasulullah Shalallahu ‘alaihiwassalam sebagai  manusia terbaik dan termulia, wanita adalah sesuatu yang paling beliau cintai di antara kenikmatan dunia yang lain, dan ini merupakan fitrah beliau sebagai manusia biasa.

Dari Anas radhiallahu ‘anhu ia berkata: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihiwassalam bersabda: ‘Aku diberikan rasa cinta dari dunia terhadap para wanita dan wewangian dan dijadikan penyejuk mataku ada di dalam shalat.”(HR. Ahmad, dan Nasa’i. Di shohihkan oleh Syaikh Al Albani)

Walhasil, Allah telah menciptakan wanita sebagai perhiasan dan bahkan perhiasan terbesar dunia ini namun sekaligus ia juga merupakan fitnah terbesar di dunia ini yang pernah diciptakan Allah bagi kaum laki-laki.

Wanita Solehah
Allah telah memberikan sebuah definisi wanita solehah yang menjadi perhiasan dan kesenangan terbaik di dunia, sebagaimana dalam firman-Nya:
ayat3.jpg
“…Maka wanita yang soleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka)…” (QS. an-Nisa’:34)
Rasulullah S.A.W juga memberikan gambaran wanita solehah terbaik sebagaimana dalam hadits:
Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu berkata: “Nabi Shalallahu ‘alaihiwassalam ditanya:’Siapakah wanita yang paling baik?’ Beliau menjawab:
ayat41.jpg
(Sebaik-baik wanita) adalah yang menyenangkan (suami)-nya jika ia melihatnya, mentaati (suami)-nya jika ia memerintahnya dan ia tidak menyelisihi (suami)-nya dalam hal yang dibenci suami pada dirinya dan harta suaminya.’” (HR. Ahmad, al Hakim, an Nasa’i dan ath Thobrani dan di Shohihkan oleh al Albani).

Beliau S.A.W  juga berwasiat untuk memilih wanita yang memiliki dien (agama) yang baik sebagai ukuran kesolehan seorang wanita, bukan kecantikan, kedudukan atau hartanya.
Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu dari Nabi Shalallahu ‘alaihiwassalam beliau bersabda:
ayat51.jpg
Wanita dinikahi karena empat hal: karena hartanya, karena kedudukannya, kecantikannya dan karena dien (agama)-nya; maka pilihlah yang memiliki dien maka engkau akan beruntung.” (HR. Bukhari dan Muslim).


Wallahua'lam.

Monday, February 27, 2012

Selamat hari jadi Tiha

Assalamualaikum.

Tak sedar rupanya dah 18 tahun  usia puteri keduaku, Nur Fatiha Syahireen Bt Zahari pada 25hb Februari baru ni.Cepatnya masa berlalu..

Rasa baru je Umi mengejar Tiha yang berlari laju di Taman permainan waktu baru-baru pandai berjalan..lasaknya Tiha mengalahkan budak lelaki..huhu.

Sewaktu Tiha mula memasuki tadika pula, seminggu Umi terpaksa menunggu diluar kelas..mana tidaknya, Tiha akan meraung kalau Umi balik dan tinggalkan Tiha..( nampak je kasar dan lasak, tapi manja bukan main..)

Saat yang paling membanggakan Umi dan Abah pula apabila Tiha diumumkan sebagai " tokoh pelajar " semasa didalam darjah 6, hinggakan Umi dan Abah pun di panggil naik kepentas sama pada hari bersejarah itu..

Alhamdulillah, Tiha berjaya pula mendapat 8A dalam PMR. Hilang penat Umi menghantar Tiha kekelas tambahan saban malam dan dihujung minggu juga..

SPM pun dah berlalu, kini hanya menunggu keputusan nya saja yang akan keluar tak berapa lama lagi..apapun keputusannya umi akan tetap berbangga..apa yang penting Tiha dah cuba yang terbaik dan termampu..

18 tahun, bukan lah masa yang lama bagi Umi dan Abah kerana bagi kami kalau boleh ingin terus mengecapi kebahagiaan seribu tahun lagi menjaga, mendidik dan membentuk mu menjadi anak solehah yang akan membahagiakan ibubapa bukan hanya didunia, bahkan bakal mendoakan kami sewaktu kami sudah tiada nanti.. 


Akhirnya, Umi dan Abah sentiasa mendoakan yang terbaik buatmu, cahayamata ,penyejuk dimata, penawar dihati kami...


Moga Tiha sentiasa berada didalam keberkatan Ilahi, mengamalkan suruhannya dan menjauhkan larangannya..Ingat lah selalu pesanan kami kerana hanya itu "pelita" yang kami tinggalkan buat menerangi kehidupan mu nanti..


Happy 18th birthday to my little sweet girl..Tiha..
We love you so much..
 















Thursday, January 19, 2012

Pesanan Dato' Dr Fadzilah Kamsah kepada suami isteri

Assalamualaikum.

Hari tu, hubby demam, hari ni, giliran Ariana pula..nasib baik tak kuat mana, hanya selsema dan batuk..
kalau kuat demamnya, memang tertangguh lah kerja hubby, tak dapat lah dia ke KL hari ni..Akak mesti tahan dia dari pergi..hehe. Tak lah..tak sampai hati nak ganggu kerja dia, pandai-pandailah akak bawa diri, lagipun anak-anak kan ada..

Pernah tak korang terfikir, bila hubby kita berada disisi, kadang-kadang kita " take for granted" atau..tak layan dia sebaik mungkin..ada tak? mesti ada kan..
Sebab tu lah timbulnya pepatah..Sayangkan isteri, tinggal-tinggalkan.."huhu..
Supaya bila berjauhan tu, kita dapat muhasabah diri semula dan fikir-fikirkan..

So..Ariana nak ajak korang renung-renungkan kata-kata pesanan dari Dato' Dr. Fazilah Kamsah ni..

~
~
~
Utk bina rumahtangga bahagia: jaga ibadah dgn sempurna, kenali karenah pasangan, kikis sifat buruk, hindari kebenciannya, didik mendidik dgn hikmah, sedia d tegur n mohon maaf, sentiasa redha, tolong kerja rumah, bentuk rutin romantik, bermaafan sebelum tidur, hias diri utk pasangan, cari ilmu rumahtangga, cari guru/mentor, perbaiki diri tiap hari, imbangi antara kerjaya n rumahtangga, buat baik dgn jiran, sentiasa doa mendoakan.
Gambar hiasan
 

Sunday, January 15, 2012

Hari istimewa

Assalamualaikum.

Semalam 14hb Januari merupakan hari istimewa..hari ulangtahun kelahiran puteri ku Nasyira.


Ku katakan istimewa, kerana 21 tahun yang lalu, pada tarikh tersebutlah..seperti bulan jatuh keribaan kami berdua suami isteri..menerima kehadiran puteri seindah cahaya suria yang menyinari keseluruh isi mahligai cinta kami. Mana kan tidak, sebelum itu..kami telah kehilangan dua orang cahayamata sebelum sempat pun kami melihat senyumannya apatah lagi melihat mereka membesar didepan mata..

Aku kehilangan cahayamata yang pertama didalam kandungan kerana keguguran, dan yang kedua pula kerana urilekang ( placenta abrubture). Sebab tu lah kehadiran cahayamata kali ini amat kami nanti kan sebagai pengubat kelukaan yang lalu..

Nur Nasyira Nabila..Cahaya ketenangan yang luas..

Feel just like Yesterday I hold you in my arms..and your little black eyes look straight into my face..

Have a happy and blessed birthday my princess..


Terimakasih kerana telah menjadi anak yang begitu baik selama ini..

Umi dan Abah sentiasa mendoakan kebahagiaan dan limpah rahmat dari Allah buat Yaya.. 

Jangan lupa semua pesanan dan tanggungjawab Yaya.. terutama kepada yang Allah yang maha esa..


sbnrnya..org kedai kek tu silap tulis..bkn 20 tp 21..huhu

Yaya terkejut tu dengan kek dan lilin bagai..hehe
Dah lama Umi tak suapkan Yaya..:)



Nenek pun turut sama meraikan..

Monday, January 9, 2012

Dah besar rupanya..

Assalamualaikum.

Rasa macam baru semalam, Umi hantar Tiha ke kelas tadika dan selama seminggu Tiha menangis setiap kali Umi nak balik..punya siksa Umi memujuk Tiha supaya kesekolah..Sampai terpaksa Umi ambil cuti semata-mata nak tunggu Tihah kat sekolah..

Tapi, itu dah berlalu berbelas tahun yang lalu, hari ni, Umi tak tau nak ungkapkan bagaimana perasaan Umi..sebab dalam sekelip mata, anak perempuan comel dan manja Umi dah pun bekerja.. sebumbung pulak tu dengan Umi..huhu..walaupun sementara saja, (sementara menunggu result SPM). Umi mengajar kelas tahun 5 dan Tiha pula mengajar kelas tadika..ok lah tu..hehe


Alhamdulillah, Walaupun pada mulanya Tiha tak mau, akhirnya bersetuju juga..bukan Umi memaksa, cuma Umi rasa itu lebih berfaedah dari Tiha duduk saja kat rumah kan..

cuba lah dulu..Give yourself a try...Who know you will love it..:).
 
Good Luck in your very first day at work..tomorrow :))
 
I'm so proud of you..my baby girl..



Tiha semasa tingkatan 5.

From left TIHA, Akak Yaya, Umi n Eisya.

Tuesday, December 13, 2011

Entri terakhir sebelum bermusafir

Assalamualaikum.

Esok.., bermula musafir hamba dibumi Allah, di Negara orang selama seminggu.Semoga Allah permudahkan segalanya disana nanti..  



Ariana's story akan berhenti rehat buat seketika..Insyaallah, panjang umur kita jumpa lagi.

Tolong doakan kami selamat pergi, dan selamat kembali ke Malaysia ye sahabat blogger semua..

Wassalam. Mohon maaf andai tersalah silap.


Check this out.. Mari-mari cuti..     Beijing ski muslim tour.
Dan kat  sini juga

Sunday, November 13, 2011

Good Luck My sweatheart

Assalamualaikum.

Esok akan bermula peperiksaan SPM 2011. 
Setelah berusaha sekian lama, esok bermulalah hari penentu 
kepada semua usaha, penat lelah anak-anak semua selama ini,
Bak kata orang, berusaha dahulu baru lah bertawakal
kepada Allah.





Good Luck kepada semua calon SPM 2011, terutama..buat Puteri ku tercinta, NurFatiha Syahireen Zahari.

Kenangan.." AKUJANJI" antara ibu dan anak.


Doa Umi sentiasa mengiringi...moga Tiha dapat buat yang terbaik, 
Moga Allah permudahkan segalanya.


Mulakan dengan Bismillah dan selawat keatas junjungan Nabi.

Insyaallah Tiha boleh!

Tuesday, November 1, 2011

Timekasih buat Umi terharu

Assalamualaikum.
 
 
Tak de apa apa sangat nak tulis malam ni, hanya nak ucapkan timekasih banyak pada ..
 
 
 
Yaya, Tiha dan Eisya
 
 

 
Dan tak lupa juga paling special tentu lah Abah !
 
 
 
Thanks...
For making my day such a beautiful day , Today.


 Umi sayang semua!
 
Dari Abah..thanx dear..Love it!

Dari semua

Nyum nyum..sedapnya!

Dari Eisya..projek sainsnya..menyala bila dipicit butang..cute sangat..:)

Dari Yaya n Tiha

Cover untuk samsung Umi..Thanx! suka!
 
Umi nak semua anak-anak Umi tahu, bukannya hadiah yang mahal dan besar yang Umi harapkan sebenarnya ,
 
Sebaliknya ingatan dan kasih sayang anak-anak Umi yang lebih berharga dari segunung intan permata..

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink