Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Friday, July 5, 2013

26 tahun sudah..

Dalam tak sedar, 26 tahun sudah usia rumahtangga kami..Syukur pada Allah diatas nikmat dan anugerah terindah ini..4hb Julai merupakan tarikh yang amat bermakna, kerana bukan hanya tarikh ulangtahun perkahwinan kami, bahkan tarikh itu sebenarnya dikongsi bersama anniversary arwah Ayahndaku tersayang bersama Bondaku. Walaupun kini Bak dah tiada, tapi dengan ini, menguatkan lagi ingatanku terhadapnya..dan aku sentiasa doakan Arwah damai disana dan Al fatihah buat awah.

Dikesempatan ini, aku hanya ingin tujukan ucapan terimakasih buat suamiku tersayang..semoga rumahtangga kita sentiasa dirahmati dan diberkati Allah..moga allah tambahi iman kita..seiring usia yg semakin meningkat ini..

Terimakasih kerana menjadi suami, kekasih, teman, sahabat dan Ayah yg terhebat buat anak2 kita..

Walaupun jarang abang ucapkan,tapi ada satu ungkapan yg tak mungkin dilupakan sampai bila2..yg sempat di abadikan..

Ini pun kenangan tahun 2011 yg lalu.. ( copy paste dari fb lama..)Skrg fb cik abg ni dah tak aktif lagi..


Kadang-kadang ku rasa, akulah isteri yang terlalu banyak menerima, sedangkan kau tak pernah meminta apa-apa..kadang-kadang ku rasa akulah isteri yang baru terjaga, sedangkan kau tak pernah terlena..Happy 23rd aniverssary to my love one..Zahari Ahmad. Moga hari mendatang kita akan dilimpahi rahmat kebahagiaan yang melimpah ruah dari Allah. Ameen.
Zahari Ahmad Kekadang terjaga itu elok buat mengingati apa yg telah kita kecapi. Dan melakarkan satu lagi kisah hidup bersama.
Tak terbayang bagaimana kisah hidup ini seandaimya tanpa mu di sisi.
Kisah hidup yg tak pernah kurang dengan kasih dan sayang seorang KeKasih juga Isteri juga Ibu Anak-Anak tersayang juga Teman perjalanan hidup.

Kau lah segalanya Sayang. Dulu Kini dan Selamanya.
Luv U to. ALways. Happy Anniversary 24th not 23rd buat Isteri Yg Tercinta.
 
Terharu dan terkedu juga bila membaca teks ucapannya ni..bkn senang nak dengar..Ianya menjadi satu kenangan manis yg tersemat dalam sanubari sampai bila2.. 

p/s. suami korang macamana? segan silu ke tak nk ucap2 romantika d amor ni? hihi.Jgn marah.

Sekian entri merapu akak..

2 comments:

Kaz said...

Salam Kak Ana,
dari mula mengenali kak Ana, mmg Kaz admire sgt tgk hubungan kak Ana dan suami yg sgt sweet dan romantic. Alhamdulillah. Tahniah dan happy anniversary kak Ana, smg berkekalan hingga ke jannah hendaknya.

Suami Kaz seorg yg pendiam dan jarang menyatakan perasaan kasih dan sayangnya secara terbuka ttp Kaz tahu dia sayangkan Kaz melalui sikapnya yg sgt mengambil berat especially bila Kaz sakit dan sebagainya.

ariana said...

@kazrina
T.ksh kaz..samalah dgn suami kak pun, mmg pyh nk ucap kan syg..tp cukup lah dr cara layanan dan sikapnya kita tau dia ambil berat dan syg kan kita kan..Alhamdulillah.:))

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink