Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.
Showing posts with label Info kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Info kesihatan. Show all posts

Thursday, December 6, 2012

Pure marine collagen

Sebenarnya dah lama akak dengar pasal Pure marine collagen ( kolagen asli rumpai laut) ni, tiba-tiba semalam kawan ditempat kerja akak,Ijah bercerita pasal collagen ni dan dia pun dah cuba.
Memang bagus katanya...ramai pulak yang teringin mencubanya..termasuk lah akak..
Kami pun pakat order ramai-ramai..lepas ni, satu pejabat berseri-seri :) 
hehe,tapi sebenarnya bukan hanya untuk kecantikan je, yang paling penting untuk kesihatan ye...!!
 Memang banyak khasiat dia..jom baca...
 
 
 
 
Khasiat Pure Marine Collagen
COLLAGEN :- 10x ganda tinggi dari sirip yu (satu mangkuk kecil rm300) - khasiat sama dengan sarang burung layang-layang (rm400 hingga ribuan) - 24% kolagen ni bersamaan 2 keping sarang burung layang-layang, ia tahan 3-4 weekstok leh simpan smpai 3 bulan pun boleh sebab dah dikeringkan.
 
TANPA BAHAN PENGAWET.
 100% DARI BAHAN SEMULAJADI KHASIAT PURE MARINE (Halal)
KHASIAT COLLAGEN.
• Membantu menurunkan kolesterol dalam tubuh.
• Membantu merawat gastrik.
• Bertindak sebagai Antikulat dan Antibakteria.
• Membantu menurunkan tekanan darah tinggi.
• Memberi tenaga dan menguatkan sistem tubuh.
• Membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah.
• Membantu merawat penyakit gout.
• Memberi tenaga dan menguatkan sistem tubuh.
• Menguatkan tulang dan sendi.
• Meningkatkan sel rawan dan otot.
• Merawat penyakit gaut.
• Mencegah kanser
• Merawat Anemia.
• Menurunkan kolestrol dalam tubuh.
• Menyerap lebihan garam dalam tubuh(lumpuh).
• Melicin dan menegangkan kulit serta payu dara (anti penuaan).
• Memulihara sel-sel kulit mati (jerawat).
• Menpercepatkan penyembuhan luka.
• Menstabilkan kandungan gula dalam darah(kencing manis).
• Membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas.
• Menberi Kekenyangan(diet).
• Melancarkan sistem metabolisme.
• Memulihara usus kecil (sembelit)
BERAT PER PACK : 100GRAM UTK 2-3 MINGGU PENGAMBILAN
CARA MENYEDIAKAN
* KENA RENDAM SEMALAMAN
* BASUH 2-3 KALI BILAS
* REBUS DGN AIR YG BYK ( 2-3 LITER )
* SMPAI MENDIDIH N KELIHATAN SPT JELLY ( AGAR2)
* MASUKKAN DALAM BEKAS KECIK2 ( CADANGAN SAHAJA )
* BILA DAH SEJUK SIMPAN DALAM PETI
MASA YG SESUAI UTK MAKAN
* BANGUN PAGI SEBELUM GOSOK GIGI
* MALAM SEBELUM TIDOR
CARA MAKAN 
* AMBIK 2-3 SUDU BOLEH DI CAMPUR DALAM JUS BUAH (ALA2 NATA D COCO GTU)
* NAK MAKAN MCM TU JE PON BOLEH TAPI RASA LAUT SIKIT
- COLLAGEN NI TAHAN LAMA SBB IA NYA ANTI BACTERIA
-SIAPA YG BOLEH MAKAN COLLAGEN NI ?
* IBU MENGANDUNG - KULIT BABY JADI CANTIK
* IBU RASA BERTENAGA N TAK MUDAH LETIH
* IBU MENYUSU - BLH MKAN XDA MSLH...COLLAGEN NI TINGGI MINERAL,HAMPIR MENYAMAI SUSU IBU
 
kredit utk Blog ni

Sunday, November 4, 2012

Ujian sakit dan khasiat barli, pegaga dan mengkudu.

Assalamualaikum.

Baru-baru ni, ujian sakit datang lagi..tapi, Alhamdulillah tidak lah terlalu serius dan cepat pula dikesan dan segera dirawat..Harapnya janganlah berulang lagi...
Akak diserang sakit belakang secara tba-tiba waktu bangun dari tidur.., ingatkan tersalah tidur ke apa..Pada sebelah petang tu juga akak ke klinik dan menurut doktor ada kemungkinan juga jangkitan kuman, dan dia tanya samada kerap buang air kecil ke tidak..dan cek urine sekali.
Bila result keluar, betullah kencing kotor atau jangkitan kuman katanya..
Akak terus tanya2 orang dan google..tu yang dapat tahu pasal Khasiat Barli ni, tapi kawan akak beritau, barli China atau barli merah lebih baik dari barli putih yang kita biasa minum tu..so, akak pun terus ke kedai ubat China dan bertanya..terus dia syorkan Barli merah ni dan dimasak bersama halwa kundur. kundur tu sgt baik untuk menyejukkan badan..Kaum China memang suka ni..

Halwa atau kundur manis

Barli merah atau barli China

Siap utk diminum..barli rebus bersama kundur manis..sedap..!



Alhamdulillah, baru seminggu je akak amalkan , dah kurang kerap ke tandas dan urine pun jadi cerah tak kuning sangat macam sebelum ni..
Kepada sesiapa diluar sana yang mengalami masalah sama macam Akak, cuba lah..mana tau kan..
 Caranya senang je, rebus je barli tu dengan beberapa gelas air, kemudian masukkan halwa tu, takpayah buh gula dah..kalau nak cepat lembut barli tu, boleh juga direndam beberapa jam, baru rebus ye..
Mudah-mudahan dengan izin Allah, akan pulih..
Selamat mencuba!

Kat bawah ni pulaAkak sertakan info tentang barli,pegaga dan mengkudu yang sememangnya ramai yang sedia maklum akan khasiatnya yang amat baik untuk kesihatan.
Jom baca.Mudah-mudahan mendapat manafaat.


 


Barli:
Barli banyak digunakan semenjak zaman dahulu kala, 10'000 tahun dulu sebagai makanan ruji & mempunyai banyak khasiat perubatan. Digunakan semenjak zaman Greek & China untuk memberi tenaga dan mengenyangkan kepada atlit kerana mengandungi bahan fiber yang tinggi terutamanya selenium, juga salah satu antioxida yang natural.

  • Dapat membantu mengawal dan mengurangkan kadar kolesteral darah LDL (kolesteral yang tidak baik).
  • Membantu menstabilkan glukosa dalam darah.
  • Membantu menjaga dan membersihkan intestinal tract atau usus didalam perut.
  • Sumber fiber, vitamin, mineral, phospuras, niacin & vitamin B, baik untuk membantu mengurangkan risiko cardiovascular factor penyakit serius.
  • Membantu mengawal penyakit gallstone seperti batu dalam hempedu.
  • Garam mineral dalam barli dapat membantu mengurangkan penyakit seperti arthiritis, sakit tulang dan otot, baik pulih sel-sel dalam badan dan meningkat imuniti atau antibodi badan.
  • Membantu menjaga dan membersih organ dalaman.
  • Menyejukkan dan mengurangkan suhu badan dengan lebih cepat jika demam.
Pegaga:
Centella juga dipanggil Gotu Kola, Indian Pennywort, Pegaga dan Brahmi. Centella dapat menyegarkan otak dan system saraf dan dapat membantu mengekalkan keremajaan dan awet muda. Ia juga dapat membantu kesegaran badan, melawan rheumatism, mempertingkatkan daya konsentrasi dan perjalanan darah.


Mengkudu:
Adalah ejen anti oksida yang tinggi dan mempunyai ciri-ciri radikal bebas yang dapat membantu meningkatkan daya tahan tubuh, mengawal tekanan darah, anti radang, anti stress, anti alergi, anti bakteria dan memberi tenaga tubuh badan.
Sekin, Wallahua'lam.

Tuesday, June 21, 2011

air kosong penawar berbagai penyakit


  Sebenarnya dah lama tahu pasal kebaikan air kosong ni..Tapi entah kenapa Ariana sejak kecil memang tak berapa gemar air kosong yang kadang Ariana panggil "air tawar".
Sengaja Ariana paksa diri juga untuk minum sekurang-kurangnya beberapa gelas air tawar dalam sehari. Nasib baik lah anak-anak Ariana terutama yang ke dua tu, fatiha gemar sangat air tawar ni..Disini Ariana nak kongsi kan khasiat atau kepentingan meminum air kosong yang Ariana baca dari sini,

.Kajian para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai banyak manfaat.

Japanese Medical Society misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.

Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan di negara matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.
Bagaimanapun amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu mengikut beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.
  • Minum empat gelas air (160 ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi.
  • Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit.
  • Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
  • Selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh dua jam.
  • Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum empat gelas air sekali gus diperingkat permulaan, mereka boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.
Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu:
  1. Tekanan darah tinggi - 30 hari
  2. Gastrik - 10 hari
  3. Diabetes - 30 hari
  4. Sembelit - 10 hari
  5. Kanser - 180 hari
  6. Tibi - 90 hari.
Pesakit artritis hanya perlu mengikuti rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali diperingkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil. -

Wednesday, February 2, 2011

FUNGSI VITAMIN DALAM TUBUH.

VITAMIN...PENGARUHI TUMBESARAN KANAK-KANAK.

FUNGSI VITAMIN DALAM TUBUH.

VITAMIN A.
Penting untuk kesihatan mata.
memelihara rambut,gigi dan tulang.

VITAMIN B1.(Thiamine)
Penting dalam pencerakinan dan penggunaan karbohidrat,lemak dan protin.
Memelihara sistem saraf dan otot selain mengekalkan fungsi jantung yang normal.

VITAMIN B2 (Riboflavin)
Diperlukan dalam pembentukan sel darah merah,penghasilan antibodi,pernafasan sel dan tumbesaran.
Memberi kelegaan pada mata yang letih serta penting untuk mencegah dan merawat katarak.

VITAMIN B3 (Niacin)
Diperlukan untuk peredaran darah dan kulit yang sihat.
Penting dalam menghasilkan tenaga daripada gula, darah serta membantu pembuatan lemak.
Membantu fungsi sistem saraf serta pengeluaran asid hidroklorik bagi penghadaman.

VITAMIN B5 (Pantothenic aicid)
Diperlukan oleh semua sel dalam badan sebagai penambah stamina dan pencegah anemia.
Membolehkan salur usus dalam perut berfungsi dengan normal.

VITAMIN B6 (pyridoxin)
Diperlukan untuk mengimbangi tahap sodium dan potassium dalam badan.
Mengeluarkan sel darah merah dan antibodi.
Penting dalam sistem saraf dan otak agar berfungsi normal.

VITAMIN B12 (Cyanocobalamin)
Penting dalam pembentukan sel darah merah oleh sumsum tulang.
Memelihara saraf dan sl darah merah selain terlibat dalam penggunaan asid folik serta karbohidrat dalam makanan.

VITAMIN D. 
Membantu dalam membina dan menjaga kesihatan gigi serta tulang.
Meningkatkan kadar penyerapan kalsium dalam badan

VITAMIN E.
Membantu tubuh membina sel darah merah.otot dan tisu.
Menyimpan asid berlemak.

VITAMIN  K.
Penting dalam pembekuan darah secara normal.  
  
    

Awas..breast cancer.

Pengesanan awal..tanggungjawab sendiri..!

Umum mengetahui,penyakit kanser adalah pembunuh utama manusia.Walaubagaimana pun, kanser payudara merupakan ancaman nombor satu,punca kematian akibat kanser payudara di kalangan wanita. Meskipun kadar kanser payudara adalah berbeza-beza diantara satu negara dengan negara lain,namun di Malaysia ia menjadi pembunuh utama dikalangan wanita.

Berikut adalah beberapa perkara yang patut diketahui oleh ramai orang terutamanya golongan wanita :

SIMPTOM-SIMPTON KANSER PAYUDARA:

1) Ketulan keras.
2) kulit pada payudara berkedut.
3) Kawasan tisu payudara lebih keras dari biasa,tidak semestinya ketulan yang nyata.
4) Cecair keluar dari puting.

FAKTOR-FAKTOR RISIKO KANSER PAYUDARA:

1) JANTINA (95% adalah dari kalangan wanita)
2) PENINGKATAN UMUR.(Kanser ini jarang berlaku dibawah umur 25 tahun)
3) Haid pertama awal (sebelum 12 tahun)
4) Putus haid lambat (selepas 55 tahun)
5) Sejarah keluarga kanser payu dara.( ibu, kakak, anak perempuan)
6) Gen tertentu.
7) Sejarah penyakit payudara yang tidak merbahaya (bukan kanser)
8) Tiada anak.
9) Makanan-makanan lemak tinggi biasanya dikaitkan dengan risiko meningkat untuk kanser payudara.
10) Saiz badan. (kegemukan atau obesiti) ,terutama bagi wanita selepas putus haid.
11) Pil perancang kehamilan dan terapi penggantian hormon,
12) Lain-lain.Kurang senaman,pengambilan alkohol.

TAHAP SERTA PERINGKAT PENYAKIT:

TAHAP 1.

Pada peringkat ini,ketumbuhan adalah dalam ukuran sebesar 2cm atau kurang daripdanya. Sasaran adalah terhad kepada bahagian payudara sahaja.

TAHAP 2.
 Ukuran ketumbuhan ini akan meningkat diantara 2 cm hingga 5cm. Selain bahagian payudara, ia turut menjadi nodus limfa (yang terdapat dibahagian ketiak)sebagai sasaran serangan nya.

TAHAP 3.
 Saiz ketulan berukuran 5 cm,pada peringkat ini, kanser sudah melibatkan nodus limfa ketiak, kulit ataupun otot yang terdapat dibawahnya.(otot bahgian dada).

TAHAP 4.

Serangan kanser ini akan menjalar kebahagian serta organ-organ yang terletak agak jauh dari bahagian payudara seperti nodus limfa pada leher, paru-paru,hepar ataupun tetulang penghidapnya. 

LANGKAH-LANGKAH PENGAWALAN ATAU PENCEGAHAN AWAL:

1) Membuat pemeriksaan sendiri.
2) Pemeriksaan mamogram setahun sekali (bagi yang berumur 40 tahun keatas)
3) Mengenali perubahan yang berlaku padanya.
4) Segera berjumpa doktor apabila terdapat kelainan atau perubahan pada payudara.(ini memberi peluang
    terbaik untuk melakukan rawatan)

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink