Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Wednesday, February 2, 2011

Awas..breast cancer.

Pengesanan awal..tanggungjawab sendiri..!

Umum mengetahui,penyakit kanser adalah pembunuh utama manusia.Walaubagaimana pun, kanser payudara merupakan ancaman nombor satu,punca kematian akibat kanser payudara di kalangan wanita. Meskipun kadar kanser payudara adalah berbeza-beza diantara satu negara dengan negara lain,namun di Malaysia ia menjadi pembunuh utama dikalangan wanita.

Berikut adalah beberapa perkara yang patut diketahui oleh ramai orang terutamanya golongan wanita :

SIMPTOM-SIMPTON KANSER PAYUDARA:

1) Ketulan keras.
2) kulit pada payudara berkedut.
3) Kawasan tisu payudara lebih keras dari biasa,tidak semestinya ketulan yang nyata.
4) Cecair keluar dari puting.

FAKTOR-FAKTOR RISIKO KANSER PAYUDARA:

1) JANTINA (95% adalah dari kalangan wanita)
2) PENINGKATAN UMUR.(Kanser ini jarang berlaku dibawah umur 25 tahun)
3) Haid pertama awal (sebelum 12 tahun)
4) Putus haid lambat (selepas 55 tahun)
5) Sejarah keluarga kanser payu dara.( ibu, kakak, anak perempuan)
6) Gen tertentu.
7) Sejarah penyakit payudara yang tidak merbahaya (bukan kanser)
8) Tiada anak.
9) Makanan-makanan lemak tinggi biasanya dikaitkan dengan risiko meningkat untuk kanser payudara.
10) Saiz badan. (kegemukan atau obesiti) ,terutama bagi wanita selepas putus haid.
11) Pil perancang kehamilan dan terapi penggantian hormon,
12) Lain-lain.Kurang senaman,pengambilan alkohol.

TAHAP SERTA PERINGKAT PENYAKIT:

TAHAP 1.

Pada peringkat ini,ketumbuhan adalah dalam ukuran sebesar 2cm atau kurang daripdanya. Sasaran adalah terhad kepada bahagian payudara sahaja.

TAHAP 2.
 Ukuran ketumbuhan ini akan meningkat diantara 2 cm hingga 5cm. Selain bahagian payudara, ia turut menjadi nodus limfa (yang terdapat dibahagian ketiak)sebagai sasaran serangan nya.

TAHAP 3.
 Saiz ketulan berukuran 5 cm,pada peringkat ini, kanser sudah melibatkan nodus limfa ketiak, kulit ataupun otot yang terdapat dibawahnya.(otot bahgian dada).

TAHAP 4.

Serangan kanser ini akan menjalar kebahagian serta organ-organ yang terletak agak jauh dari bahagian payudara seperti nodus limfa pada leher, paru-paru,hepar ataupun tetulang penghidapnya. 

LANGKAH-LANGKAH PENGAWALAN ATAU PENCEGAHAN AWAL:

1) Membuat pemeriksaan sendiri.
2) Pemeriksaan mamogram setahun sekali (bagi yang berumur 40 tahun keatas)
3) Mengenali perubahan yang berlaku padanya.
4) Segera berjumpa doktor apabila terdapat kelainan atau perubahan pada payudara.(ini memberi peluang
    terbaik untuk melakukan rawatan)

0 comments:

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink