Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Tuesday, February 8, 2011

Keajaiban Laut Mati.

Seunik namanya, Laut Mati mempunyai latar belakang yang cukup istimewa. Ia mendapat gelaran sedemikian oleh penulis-penulis Greek. Penulis Arab memanggilnya " Laut busuk" Manakala orang Yahudi menggelarnya sebagai "Laut garam".
Panjang Laut mati adalah sekitar 77.25 kilometer, dan lebarnya pula menganjur dari 4.83 hingga 17.703 kilometer.Selain itu ia memiliki permukaan air yang rendah. Permukaan Laut mati ini ialah kira-kira 396.2 meter dibawah paras laut. Bahagian Selatannya pula sangat cetek.Lebih menarik tiada sungai yang mengalir keluar darinya. 
Laut Mati merupakan kawasan yang memiliki paling banyak garam didunia. Airnya mengandungi lebih kurang enam kali ganda lebih banyak garam berbanding lautan lain.Disamping itu ia mepunyai banyak kandungan mineral pekat.Ini jelas kelihatan apabila bahagian kepala dan bahu terapung di permukaan air setiap masa jika seseorang itu berenang didalamnya. Dipercayai bahawa kira-kira dua juta tan kalium karbonat telah larut didalam lautan ini. Kalium karbonat merupakan mineral yang di guna bagi menghasilkan baja tiruan.

0 comments:

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink