Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Friday, February 25, 2011

Pelbagai tips

          1) CARA MENGILATKAN PERHIASAN KRISTAL:   Caranya amat mudah dan menjimatkan. Cuma ambil kulit kentang yang lembab dan gosokkannya pada bahagian luar kristal. Kemudian biarkan selama sehari. Kesokan harinya barulah dicuci dan dibilas dengan air sejuk. anda akan dapati hasilnya amat menakjubkan.

          2) MENGILAT BARANG PERHIASAN TEMBAGA:
Ramai yang menghadapi masalah dalam menjaga barang perhiasan tembaga. Ini kerana jika ia tidak dijaga dengan baik akan menyebabkan barangan tembaga menjadi kusam dan berkarat. Oleh itu, untuk menjaga barangan tersebut agar kembali berseri, cuba lah tip berikut dengan merendamnya didalam air beras selama beberapa jam sebelum mencucinya dengan kain lembut.

3)MENGHILANG BAU BUSUK PETI AIS:
Petua ini boleh dicuba untuk menghilangkan bau busuk apabila kita membuka peti ais. Ambil 3 atau 4 ketul kecil kayu arang, letakkannya didalam peti ais, terutama ditempat yang menjadi punca baudi setiap tingkat peti ais.Biarkan sehingga bau itu hilang. Anda juga boleh meletakkan kulit nanas yang telah dikupas untuk menghilangkan bau didalam peti ais anda. SELAMAT MENCUBA!.

0 comments:

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink