Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Monday, February 7, 2011

Amalan beberapa ayat dan surah khusus.

WAHAI TUHANKU,AMPUNILAH AKU,KASIHILAH AKU,TUTUPLAH AIBKU,TINGGIKANLAH DARJATKU,TUNJUKILAH AKU,SEJAHTERAKANLAH AKU DAN MAAFKANLAH AKU...

Setiap muslim yang berhasrat untk meningkatkan tahap kecintaan dan ketakwaan terhadap Allah S.W.T perlu memperbanyak syariat harian yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W demi mencapai martabat 
AL MUQARRABIN iaitu mereka yang berjaya menghampirkan diri kepadanya.
Antara amalan mulia ialah membaca Al Quran, istighfar, berzikir, berselawat dan berdoa.Disini Ariana ingin berkongsi sedikit sebanyak apa yang Ariana baca agar sama-sama kita memperolehi manfaatnya...berikut adalah sebahagian daripada amalan yang diamal oleh alim ulama, ahli ibadah dan para solehin sejak zaman berzaman.

Membaca Al Quran

1) Merupakan ibadah yang paling utama dari segi bacaan.
2) Pahala  membaca satu huruf dari Al Quran : menurut Ibn Majjah,digandakan hingga 400 kali dan Ibn Al Jauzi pula berpendapat digandakan sebanyak 700 kali.
3) Balasan satu huruf yang dibaca adalah bidadari syurga , juga dikatakan balasan sebatang pokok disyurga.
4) mengikut Ibn Abbas r.a pembaca Al Quran ialah seorang hartawan dan pahala membaca tidak akan putus.
5) Selamat dari api neraka, mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama para malaikat.
6) Pada hari kiamat Al Quran menjadi pembela.
7) Pembaca akan memperolehi keamanan di dunia dan akhirat.
8) Membaca sebelum tidur akan mendapat kawalan malaikat.
9) Pembaca akan dimasukkan dikalangan golongan siddiqin, syuhada dan solihin.
10) Membaca quran secara berkumpulan akan diampun dosa mereka.
11) Mendapat cahaya dibumi dan menjadi sebutan oleh malaikat dilangit.
12) Jika dibaca didalam rumah akan memberi cahaya kepada rumah itu.
13) Seutama manusia ialah yang mempelajari, mengajar dan menghayati alquran.
14) Mempelajari sepotong ayat Al quran adalah lebih baik dari solat sunat 1000 rakaat.
15) Mendapat perlindungan di padang masyar nanti.

16) Pembaca akan dilindungi dari godaan syaitan.

SURAH-SURAH PILIHAN.

1) SURAH AL IKHLAS.
Menyamai satu pertiga Al quran. Dibaca 10 kali akan dibina sebuah istana disyurga.
2) SURAH AL FALAQ.
Dibaca 3 kali untuk perlindungan daripada bencana dan perkara yang tidak diingini.
3) SURAH AN NAS.
Sama seperti Al Falaq.
4) AYATUL KURSI. ( surah Al baqarah -255 )
Pahalanya menyamai satu perempat al quran, dibaca setiap kali lepas solat akan dimasukkan ke syurga.Setiap huruf mengandungi 1000 keberkatan dan 1000 rahmat.
5) MEMBACA SURAH AL FATIHAH.
Dibaca 20 kali setiap lepas solat fardhu merupakan amalan para solihin,InshaAllah akan tercapai segala maksud, perlindungan dari segala keburukan dan sebagainya,( boleh dibaca 100 kali sekali gus jika sukar diamalkan setiapkali lepas solat )
6) MEMBACA BASMALLAH.
Dibaca 21 kali sebelum tidur amat digalakkan sebagai usaha untuk mengelakkan mati terkejut, kecurian, kebakaran dan lain-lain. InsyaAllah.
7) SURAH AL MUKMIN- ayat 1-3.
Dibaca untuk keselamatan.
8) SURAH AL HASYR- ayat 21-24.
Apabila dibaca selepas subuh dan asar akan mendapat rahmat dan dijaga oleh 70 000 malaikat dan jika meninggal dunia pada malam atau siang hari akan memperolehi syurga.
9) SURAH AT TAUBAH- ayat 128 dan 129.
10) SURAH YASIN.
Untuk kebaikan dan perlindungan dunia dan akhirat.
11) SURAH AL MULK.
Untuk perlindungan semasa didalam kubur.
12) SURAH AL WAQIAH.
Mohon dijauhi dari kepapaan.
13) SURAH AD DUKHAN.
Untuk kesejahteraan.
Demikianlah serba sedikit yang dpat dikongsikan bersama dari buku yang Ariana sempat baca...Sebenarnya ada banyak lagi..Insyaallah akan Ariana sambung apabila berkesempatan nanti.
Ariana rasa buku ini amat patut dimiliki oleh semua orang kerana berbagai perkara berkaitan hukum hakam agama islam yang terdapat didalam nya yang boleh dijadikan panduan dan rujukan kita, dan apa yang lebih menarik lagi ianya disampaikan didalam bentuk yang amat mudah difahami dan mampu menarik minat ramai kerana turut disertakan gambar-gambar berwarna. Cubalah baca! sekian dulu, Wassalam.


0 comments:

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink