Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Tuesday, December 27, 2011

My family trip- Beijing ( Last episode )

Assalamualaikum.

Dah dua entri sebelum ni , Ariana bercerita pasal Beijing. Kali ni nampaknya yang terakhir lah.

Kali ni lebih kepada " Cerita bergambar "
Harap korang sudi menatap gambar sambil membaca keterangan berkaitannya ye.

Oh ye, sebelum tu, Ariana ada satu pesan atau maklumat yang nak dikongsi bersama berkaitan Beijing yang telah Ariana lawati baru ni..

1) Sentiasa bawa bersama bekas untuk isi air sewaktu ke tandas, sebab tandas Orang China ni tak de air kat dalam tandasnya ekk..
( faham2 lah hehe )

2) Kalau kita nak beli apa-apa barang, biar lah kita menawar harganya separuh dari harga asal, sebab diorang memang suka letak harga tinggi yang amat, tapi, bila diorang dah bagi harga yang kita nak tu, jangan tak jadi beli tau.., sebab diorang akan amat marah . Mesti beli ..huhu..Ariana dah tempuh insiden , hubby Ariana kena marah, sebab tak jadi beli padahal minta kurang sangat harga..

3) Apabila nak bayar barang, lebih baik bayar wang yang mencukupi, kerana jika kita membayar duit yang besar nilainya, ada diantara mereka (lebih kepada mereka yang menjaja di kawasan terbuka saja ) yang akan memulangkan " fake money " Duit palsu. Pun dah terjadi kepada Hubby dan FIL Ariana semasa membeli barang di Summer Palace. ( Padahal tour guide kami, Betty dah pun mengingat kan sebelum tu..huhu. )

4) Pemandu disini, sangat suka menggunakan hon kereta, tapi sebagai tanda amaran atau memberitahu, bukan macam di Malaysia, biasanya orang akan marah apabila di hon..)

Ok lah..
Ariana rasa itu sajalah info yang dapat Ariana kongsi kan.
Mohon maaf andai ada tersalah silap ye.

Jom layan gambar..


Pertunjukan pentas yang amat mengagumkan

Di pentas pun mereka boleh buat banjir seolah-olah betul2 banjir. Hebat!

Posing sebagai kenangan kat Summer Palace

Kenangan ngan SIL Nor dan Kamariah

Bilik darjah untuk Putera Raja china

Asyik semasa menonton persembahan " Golden Mask"

Ini lah YUEN.

Suasana di Airport

Dalam flight otw back to Malaysia

Besar-besar durian yg di jual di TESCO

Strawberi pun ada..fresh2 semuanya. Best!

Cik Abang ketika di kedai ubat tradisional Sedang merendam kaki utk nyah toksin

Tabib yang berasal dari Indonesia sedang menerangkan berkaitan penyakit dan ubat-ubatan.

Cuba teka berapa banyak mutiara didalam tiram ni?

Tersangat lah banyak nya mutiara dalam tiram yang masih " baby" ni..

Ayah ( FIL) sedang asyik mendengar penerangan tentan mutiara dan tiram.

Sedang memilih gelang dan rantai mutiara.

Apalah yang dibincang anak beranak ni..?

Good Bye Beijing!

Persinggahan terakhir di pasar Tienjin sebelum keairport utk pulang ke Malaysia.

Lapangan terbang antarabangsa Tienjin, China

Pose yang terakhir di China.

Periksa semua barang dan passport sebelum pulang

Tiket ku..Rinduu Malaysia..


Sekian dulu..Wassalam.

9 comments:

Makbed said...

waaa... kat sana pun ada tesco ek?

ariana said...

Makbed:ada...kat sebelah hotel kami je Tesco tu..:)

Yanti Suhaini Binti Ibrahim said...

Very Nice Story.. bila tahun lah sampai.. huhu.. Yan ingat kak Nana gi HK sekali .. tak jadi pergi ek?

mas saari said...

tandas takde air??? ekkk, susah tu!

Mun said...

lain negara..lain cara mereka kan.. kalo dah g tempat org..kena laa ikut cara mereka.. seronoknyerr tgk percutian akak :)

ariana said...

Yan: tak prgi HK pun..lain kali lah plk..hehe

ariana said...

Mas: Air cuma ada kat sink luar tandas..tisu banyak lah..hehe.
dah mmg cara diorang mcm tu..nk buat mcmn.huhu

ariana said...

Cik Moon: ye..kalau nak dok lama rasanya tak tahan..pergi skjp mcm tu boleh lah..:)

εïзmmyHazaεïз said...

bestnye.. nak ikut hubby bulan 2 ni tapi time tu mcm dah sarat.. huhuhu

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink