Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.
Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

Monday, February 4, 2013

Us.Azhar Idrus di Stadium Darul Makmur.

Ceramah oleh Ustaz Azhar Idrus ni telah berlansung dgn meriahnya pada hari sabtu 2hb 2 baru ni, tapi oleh kerana akak yang sgt sibuk lagi pun, akak ke KL menghantar anaknda sebenarnya, itu yang tak sempat nak up date blog, sampailah kehari ini, tapi, walaupun dah agak terlambat, akak nak up date juga, sebab bukan selalu dpat tengok UAI ni datang ke tempat akak pula tu, di Kuantan, Pahang, walaupun akak sendiri tak berpeluang tengok UAI secara live, sebab tak de di Kuantan pada hari tersebut, tetapi melalui gambar2 yg akak lihat di fb kwn2 , akak tgk memang meriah sungguh, bahkan kalau ada bola pun tak seramai ini manusia yg membanjiri Stadium Darul Makmur..rasa terharu juga melihat sememang nya ramai yang dahagakan ilmu agama sebenarnya, selain dari  majlis-majlis lain..Syukur, alhamdulillah.

Jom kita tgk gambar ye..

UAI Telah membuat kejutan di Stadium Darul Makmur ..Kehadiran anggaran 100 ribu orang yang hadir ke Stadium Darul Makmur Kuantan ini malam tadi.
Yang lagi hebatnya... Walau pun hujan mereka tetap tidak berganjak, balik dsb. Subhanallah... Allahuakbar..
Hebat sungguh orang Kuantan. Takbir. —
Kelihatan Puluhan Ribu membanjiriri stadium Darul Makmur..malam Ni
Kelihatan anak muda yang dahagakan Ilmu ..bukan konsert mega
THIS IS DARUL MAKMUR!!!
Sedikit Bingkisan Di Stadium Darul Makmur,... Lautan manusia membanjiri Stadium Darul Makmur sempena Wacana Perdana yang menampilkan pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Haslin Baharin (Bollywood) malam tadi. Orang ramai dilihat memasuki stadium sejak jam 6.00 petang lagi sebelum mereka bersolat Maghrib buat julung kalinya di dalam stadium tersebut. Inilah sejarah dan kali pertama berlaku sejak 50 tahun lalu, umat Islam berjaya sujud kepada Allah di sdlam stadium berkenaan sebenarnya.
Moderator sedang bersiap sedia..sebelum UAI muncul bersama Ustaz Haslin


 Kredit buat blog ini.

Monday, August 6, 2012

Nuzul Quran

Gambar: ihsan google
Assalamualaikum.

Salam Ramadhan , Salam Nuzul Quran buat semua rakan blogger yang diingati.
Semoga semuanya dalam rahmat dan keberkatan Allah,
 Sempena hari yang mulia, Nuzul Quran 17 Ramadhan 1433 Hijrah, dimana banyak peristiwa yang berlaku hari ini,

Isnin, merupakan hari kelahiran Nabi yang dikasihi, Muhammad SAW, dan pada 17 Ramadhan, bukan hanya hari turunnya wahyu Al Quran yang pertama bahkan  juga meraikan kemenangan tentera islam yang bilangannya sangat sedikit berbanding tentera musuh islam namun mereka berjaya mengalahkan tentera musuh, hanya dengan berbekalkan keazaman yang kuat serta memohon dari Allah SWT.
 Subhanallah..

Didalam ensaiklopedia islam berikut adalah pengertian Nuzul Quran untuk sama-sama kita fahami, Insyaallah.

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M.

 Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

SELAWAT DAN SALAM BUAT RASULULLAH SAW YANG DIKASIHI DAN DISANJUNGI.

Thursday, April 19, 2012

Gambaran tentang SYURGA

Wahai tuhan, ku tak layak..ke syurgamu..
Namun tak pula aku sanggup ku ke nerakamu.
Ampun kan dosa kuterima lah taubatku..
Sesungguhnya engkaulah pengampun dosa-dosa besar..


gambar google


Gambaran tentang syurga di dalam Al-Qur'an antara lain sebagai berikut :
1.Syurga seluas langit dan bumi (Al-Hadid:21),
2.Di dalamnya terdapat pohon-pohon dan buah-buahan (Ar-Rahman:54,68, dan Al Waqi'ah :28,29,32-33),
3.Terdapat istana-istana dan mengalir sungai-sungai dibawahnya (Al-Furqan:10)
4.Tahta-tahta kebesaran dan ranjang-ranjang emas/permata (Ash Safaat:44 dan Al Waqi'ah : 15),
5.Serta ditemani bidadari-bidadari (Ar-Rahman : 72 dan Ad Dukhan : 54)

Nama Syurga, tingkatan, dan calon-calon penghuninya seperti berikut :

1. Syurga Firdaus
Dijadikan dari emas yang merah. Dalam Al-Mukminun :1-11, dijelaskan bahwa syurga ini untuk orang-orang yang khusyuk solatnya, menjauhkan diri dari perbuatan sia-sia, aktif menunaikan zakat, menjaga kemaluannya, memelihara amanah, menepati janji, dan memelihara solatnya.

2. Syurga 'Adn
Diciptakan dari intan putih. Penghuninya yaitu orang yang bertakwa kepada Allah (An Nahl :30-31), benar-benar beriman dan beramal soleh (Thaha:75-76), banyak berbuat baik (Fathir:32-33), sabar, menginfakkan hartanya, dan membalas kejahatan dengan kebaikan (Ar Ra'ad :22-23).

3. Syurga Naim
Dijadikan dari perak putih. Diperuntukkan bagi orang yang benar-benar bertakwa kepada Allah dan beramal saleh (Al Qalam : 34, Luqman : 8, Yunus : 9, dan Al-Haj : 56).

4. Syurga Ma'wa
Diciptakan dari zamrud hijau. Adalah tempat orang-orang yang bertakwa kepada Allah (An Najm:15), beramal soleh (As Sajdah : 19) serta takut kepada kebesaran Allah dan menahan hawa nafsunya (An Naziat : 40-41).

5. Syurga Darussalam
Diciptakan dari Yakut merah. Penghuninya yaitu orang-orang yang kuat iman dan Islamnya, memperhatikan ayat-ayat Allah, serta beramal soleh (Al An'am : 27).

6. Syurga Darul Muqamah
Diciptakan dari permata putih. Dihuni oleh orang-orang yang kuat iman Islamnya, banyak berbuat kebajikan, dan jarang berbuat kesalahan.

7. Syurga Al-Maqamul Amin
Diciptakan dari permata putih. Kediaman orang-orang yang bertakwa (Ad dukhan : 51).

8. Syurga Khuldi
Diciptakan dari marjan merah dan kuning. Dihuni oleh orang-orang yang taat menjalankan perintah Allah dan menjauhi segala larangannya (Al Furqaan :15).

Jarak antara tingkatan syurga yang satu dengan yang lainnya diterangkan dalam hadits yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri : "Syurga itu terdiri dari seratus tingkat. Antara tingkat yang satu dengan yang lainnya berjarak seperti antara langit dan bumi. Dan tingkatan tertinggi adalah surga Firdaus.".

Menurut hadits yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a., syurga memiliki 8 pintu dari emas yang ditaburi mutiara. Pintu-pintu tersebut adalah :

1.Pintu untuk para Nabi, Rasul, syuhada, dan dermawan.
2.Pintu bagi orang-orang yang mendirikan solat dengan menyempurnakan syarat rukunnya dan wudhunya.
3.Pintu buat orang-orang yang mengeluarkan zakat dengan kebersihan jiwa.
4.Pintu untuk orang-orang yang memerintah kebaikan dan melarang kemungkaran.
5.Pintu orang-orang yang mencegah hawa nafsu dan kesyahwatan.
6.Pintu buat orang-orang yang menunaikan ibadah Haji dan umrah.
7.Pintu bagi para ahli Jihad (berjuang menegakkan agama Allah)
8.Pintu bagi orang-orang yang bertakwa, berbakti kepada orang tua, dan menyambung tali persaudaraan.


Wallahhua'lam

Saturday, February 4, 2012

Buat kekasih Allah yang dirindui

Assalamualaikum.

Selawat dan salam buat rasul junjungan Nabi Muhammad SAW yang kami rindukan.
Sempena hari keputeraan baginda pada hari Isnin ini, 12 Rabiulawwal 1433 hijriah, marilah bersama-sama kita berselawat keatas baginda sepertimana sabda baginda:
Sabda Rasulullah yang bermaksud: 
"Sesungguhnya dari kalangan umatKu yang berselawat ke atasKu 1 selawat yang ikhlas daripada hatinya, Allah akan membalasnya dengan 10 selawat, mengangkatkan kedudukannya 10 darjat, mencatatkan baginya 10 kebajikan & menggugurkan daripadanya 10 kejahatan."

(HR Ibnu Hibban) 
 
Mari bersama kita hayati " Kekasih Allah" dari kumpulan Hijjaz, dan "Dia Muhammad" nyanyian Inteam ini.
Awwalul kalam dengan salam, buat junjungan khairal anam.
Dalam selawat yang disulam, alun zikir memuji sohibul alam.
lembaran sirah pun berperi
Riwayat insan, yang terpuji
Bersalasilah para nabi
Keturunan Quraisyh yang molek pekerti.
Ahmad
Itu nama yang tersurat dalam Injil juga Taurat
Apatah lagi kitab Al Quran.
DIA MUHAMMAD
penutup sekalian Nabi
penyampai risalah suci Islam agama yang diredhai
Dia pembela di Mahsyar nanti
Dari gelita jadi cahaya,
dari derita jadi bahagia
kerana dia pembawa rahmat
kerana dia juga pemberi syafaat
Hua Muhammad Hua Khatimunnubuwwah
Hua Balighul risalah
Hua Siyyiduna Wa imamuna.
Sunnah nya jaminan syurga
Dia Muhammad dia tauladan utama
Berlandaskan wahyu yamng maha esa.
Waima cerca atau pun hina
hatta dihunus pedang kuffar durjana
Namun Baginda beralah tiada
kerna percaya..
Allah tetap bersamanya.

Friday, December 30, 2011

Jumaat terakhir

Assalamualaikum.

Salam Jumaat yang mulia buat semua.

Hari ni merupakan Jumaat yang terakhir bagi  tahun 2011.

Selamat tinggal 2011..

Selamat datang 2012.. 

Sekadar renungan hari ini..
Al-Hadiid:1-6
[1]Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. [2]Dia lah sahaja yang menguasai dan memiliki langit dan bumi; Ia menghidupkan dan mematikan; dan Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu...
Sesungguhnya beruntunglah bagi mereka yang mahu berfikir dan tahu bersyukur kepadanya.. 

Friday, December 2, 2011

Perihal kiamat dalam nama-nama surah

Assalamualaikum.

Al Quran merupakan mukjizat terbesar yang Allah berikan kepada Nabi Muhammad s.a.w . Ia melengkapi semua panduan untuk hidup manusia dan segala isi alam ini.

Bidang ini termasuklah ilmu fiqah, aqidah, sirah para nabi dan rasul, geografi dan begitu juga perkara-perkara ghaib tentang hari kiamat, syurga dan neraka.

Jika diteliti nama-nama surah yang terdapat didalam Al Quran, terdapat sebahagiannya yang membawa maksud hari kiamat. Nama-nama tersebut antaranya ialah:

Al-Waqiah (56) ~ hari kiamat.
Al-Taghabun (64) ~ hari didedahkan segala kesalahan.
Al- Haqqah (69)~ hari kiamat.
Al-Qiyamah (75) ~ hari kiamat.
Al-Ghashiah (88) ~ hari pembalasan.
Al- Qari'ah (101) ~ hari kiamat.

Selain dari itu terdapat juga nama-nama surah didalam Al Quran yang menggambarkan keadaan dan perihal hari kiamat, seperti:

Al- Naba'(78) ~ berita penting.
Al- Naz'iat (79) ~ para pencabut.
Al- Takwir (81) ~ penggulungan matahari.
Al- Infithar (82) ~ terbelahnya langit.
Al- Insyiqaq (84) ~ terbelahnya langit.
Al- Zalzalah (99) ~ hari goncangan

Sesungguhnya apabila diselak sehelai demi sehelai lembaran Al Quran, banyak sekali peringatan yang
Allah s.w.t berikan kepada kita tentang kewujudan dan perihal hari kiamat ini.

Wallahhua'alam.

Mari kita sama-sama mengambil iktibar tentang hari yang pastinya berlaku ~ Hari kiamat.

Gambar hiasan. Google.
sumber: majalah solusi.

Saturday, November 5, 2011

Menghayati makna korban


Assalamualaikum.




Umat Islam di negara ini dan di seluruh dunia menyambut Hari Raya Korban (Hari Raya Haji / Hari Raya Aidiladha). Salah satu ibadah amaliah yang dilaksanakan pada sekitar Hari Raya Haji ialah ibadah korban. Melaksanakan korban (yang dalam istilah fiqhnya disebut udhiyah) adalah menyembelih haiwan ternak pada Hari Raya Aidiladha dan hari tasyrik dengan niat mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

Inilah peristiwa besar yang melambangkan sejarah agama tauhid, pengorbanan yang ikhlas kerana Allah dan usaha terus menerus untuk mendekatkan diri kepada-Nya. Ia merupakan amalan tradisi para nabi sejak Adam hingga Nabi Muhammad s.a.w.

Kita amat gembira melihat banyaknya kaum Muslim yang menyambut panggilan mulia ini, mengorbankan sebahagian harta atau haiwan ternak demi mengharapkan keredaan Allah s.w.t. Kita tanamkan niat murni dan ikhlas ini kerana Allah s.w.t dan usah sekali-kali ia dilakukan untuk lebih dihormati oleh masyarakat. Lebih daripada itu, berkorban itu biarlah benar-benar selaras dengan tuntutan Rasulullah s.a.w.

Dalam satu riwayat daripada Aisyah, disebutkan bahawa Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Tidaklah keturunan Adam melakukan suatu perbuatan pada hari nahr yang lebih dicintai Allah selain mengalirkan darah (menyembelih haiwan korban). Haiwan sembelihan itu akan datang pada hari Kiamat membawa tanduknya, kukunya, dan bulunya. Sesungguhnya darah haiwan sembelihan itu sampai kepada Allah lebih dahulu daripada sampai ke tanah. Maka sucikanlah diri kamu dengannya.” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tarmizi).

Al-Allamah Al-Manawi berkata, maksud hadis tersebut adalah bahawa ibadah yang paling utama pada hari itu adalah mengalirkan darah (menyembelih haiwan korban), dan bahawa pada hari Kiamat kelak korban itu akan datang sebagaimana adanya ia di dunia, tidak berkurang sedikit pun. Dan orang yang melakukan korban itu akan diberi pahala dari setiap anggota tubuh haiwan korbannya itu.
Baginda Rasulullah s.a.w sendiri dalam sebuah hadis telah mengungkapkan, orang-orang yang tidak melaksanakan ibadah korban sedangkan dia berada dalam keadaan mampu, maka jangan dekat kepada kami yang melaksanakan ibadah ini. Hakikatnya kita sebagai manusia sering bergelumang dalam dosa dan memiliki jarak dengan Allah.

Manusia berkewajipan mendekatkan diri kepada-Nya. Maka, salah satu caranya adalah dengan berkorban. Oleh yang demikian itu, maka sewajarnya kita menginsafi kembali akan sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: ”Barang siapa yang mempunyai keluasan rezeki, lalu tidak berkorban, maka janganlah mendekati tempat solat kami.” (Riwayat Ibnu Majah)

Dalam satu peristiwa yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibnu Majah daripada Zaid bin Arqam, pernah seorang sahabat bertanya kepada baginda:

‘‘Wahai Rasulullah, apakah erti korban ini?” tanya sahabat. 
‘‘Itulah sunnah daripada datukmu Ibrahim,” jawab Rasulullah. 
“Apakah keuntungan korban itu untuk kita?” tanya sahabat itu lagi. 
‘‘Setiap helai bulu haiwan korban itu merupakan satu kebaikan (hasanah),” jawab Rasulullah. 

Seandainya ada sesuatu yang lebih utama daripada penyembelihan haiwan korban yang menjadi penebusan manusia di atas segala nikmat, tentunya Allah tidak akan menyebutkan penyembelihan haiwan korban itu menerusi firman-Nya yang bermaksud: ”Dan kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar, sebagai tebusan ke atas Ismail a.s.” (As-Shaffat: 107)

Berdasarkan keterangan hadis dan firman Allah yang diungkapkan dalam al-Quran, bahawa amalan korban berasal daripada Nabi Ibrahim a.s yang kemudiannya diwarisi oleh baginda sebagai satu ibadah dalam syariat Islam yang sangat dianjurkan untuk dilaksanakan.
Ibadah korban ini berasal dari zaman Nabi Ibrahim. Tatkala Nabi Ibrahim bersama puteranya, Ismail, selesai membina Kaabah di Mekah di atas arahan Allah sebagai pusat kegiatan bagi menegakkan dasar-dasar tauhid, Allah s.w.t menguji kekukuhan iman kedua-dua nabi ini. Pengorbanan itu adalah pengorbanan yang paling tinggi dalam hidup, iaitu pengorbanan jiwa dan raga.

Menurut Imam Syafie, hukum korban adalah sunat muakkad yang amat dituntut kepada mereka yang mampu termasuk para hujjaj (jemaah haji) yang berada di Mina dan terutama umat Islam yang berada di kampung halamannya sendiri, kerana ia adalah amalan yang amat dikasihi Allah pada hari nahr (Hari Raya). Namun begitu, terdapat sebahagian ulama yang menyatakan ia adalah wajib kepada mereka yang mampu berdasarkan firman Allah yang bermaksud: 

”Maka dirikanlah solat kepada Allah (Tuhanmu) dan berkorbanlah.” (Al-Kauthar: 2)

Di dalam al-Quran disebut tentang pengorbanan dua orang anak Nabi Adam. Anak pertama memberi korban dengan tulus ikhlas atas dasar niat demi mematuhi perintah Allah s.w.t. dan mendekatkan diri kepada-Nya. Manakala anak yang kedua juga berkorban tetapi tidak berdasarkan ketulusan hati dan usaha sungguh-sungguh untuk mendekatkan diri kepada Allah. Oleh hal yang demikian itu, korban anak yang pertama diterima di sisi Allah s.w.t, manakala anak kedua tidak diterima oleh Allah. 
Allah berfirman yang bermaksud: “Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) daripada yang lain (Qabil). Berkata (Qabil): “Sesungguhnya aku akan membunuhmu.” (Habil) menjawab: “Hanyalah Allah menerima (korban) daripada orang-orang yang bertakwa.” (Al-Maidah: 27)

Amalan ibadah korban ini kemudiannya diteruskan oleh Nabi Ibrahim a.s sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Maka tatkala anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengan-Nya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku. Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkan apa pendapatmu? Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintah kepadamu; insya-Allah, ayah akan mendapati daku daripada orang-orang yang sabar.” (Al-Shaffat: 102)

Mengapa Allah memerintahkan Nabi Ibrahim a.s menyembelih Ismail kemudian membatalkannya dan menebusnya dengan seekor kibasy? Ini bukan hanya ujian untuk kedua-duanya, bukan juga hanya untuk membuktikan ketabahan keluarga Ibrahim tetapi juga untuk menjelaskan kepada siapa sahaja bahawa tiada sesuatu yang mahal atau amat bernilai untuk dikorbankan apabila telah tiba panggilan atau seruan Ilahi. Inilah bukti iman sejati. Akan tetapi harus diingat bahawa pembatalan tersebut bukan kerana manusia terlalu mahal untuk berkorban atau dikorbankan kerana Allah, tetapi ia dibatalkan demi kasih sayang Allah s.a.w kepada manusia.

Amalan berkorban dalah sebahagian usaha mendekatkan diri (taqarrub) kepada Allah s.w.t dan mendekatkan hubungan antara manusia dengan Allah ini dikenali sebagai amaliah yang bersifat vertikal. Manakala amaliah yang bersifat horizontal pula, ibadah penyembelihan korban meningkatkan hubungan antara manusia dengan manusia melalui pembahagian daging-daging korban terutama kepada golongan fakir dan miskin. Ini sebagai petunjuk bahawa takwa yang bersifat personal dan vertikal (hubungan hamba dengan Tuhannya) sering tidak terpisah dengan hubungan hamba itu dan persekitarannya. Justeru, amal sosial seperti korban harus didasarkan kepada Allah. Melalui ibadah korban inilah terselit maknawi yang mendalam bahawa manusia memerlukan pengorbanan dalam menuju kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Ibadah korban adalah memanifestasikan rasa syukur dan puncak takwa. Ia sebagai tanda kembalinya manusia kepada Allah s.w.t setelah menghadapi ujian sehingga ada yang terpedaya dengan pujukan syaitan-syaitan – menjauhkan diri daripada Allah serta mengingkari larangan-Nya. Korban disyariatkan bagi mengingatkan manusia bahawa jalan menuju kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Akan tetapi, yang dikorban bukan manusia, bukan pula nilai-nilai kemanusiaan tetapi haiwan sebagai petanda bahawa pengorbanan harus ditunaikan dan bahawa yang dikorbankan adalah sifat-sifat kebinatangan dalam diri manusia saperti sifat rakus, tamak, ego, mengabaikan norma, nilai dan sebagainya. Secara hurufiahnya, kesempurnaan ibadah korban ini bermaksud membunuh segala sifat kebinatangan yang terdapat dalam diri manusia.

Berpandukan daripada kisah Habil dan Qabil tentang korban yang diterima oleh Allah, jelas menunjukkan bahawa keikhlasan itu adalah satu sifat yang paling utama dalam ibadah. Amalan berkorban harus menggunakan haiwan yang baik (sihat) dan berkualiti, tidak cacat, cukup umur serta banyak dagingnya. Meskipun hal-hal berkaitan ‘darah’ atau daging itu tidak sampai kepada Allah, tetapi yang lebih penting adalah ketakwaan kepada Allah. Korban itu tidak memberi makna sama sekali untuk Allah kerana Dia adalah Allah Yang Maha Agung, yang tidak memerlukan daripada apa-apa pun.

Dengan korban tersebut diharapkan agar ketakwaan kita kepada Allah semakin meningkat dan bahawa kita adalah hamba-Nya yang sentiasa memerlukan bimbingan dan petunjuk-Nya. Oleh hal yang demikian itu, kunci kepada semua amalan baik sama ada amalan sosial mahupun yang bersifat individual ialah takwa. Dalam hal ini Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: 

”Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa daripada kamu.” (Al-Hajj: 37)

Apabila melakukan korban haiwan ternak sebagai ritual keagamaan dilakukan pada hari-hari tertentu pada bulan korban / haji, maka segala bentuk pengorbanan yang dilakukan oleh umat Islam pada hari-hari yang lain juga dapat disebut pengorbanan apabila disertai oleh ketakwaan kepada Allah s.w.t. Sikap itulah yang akan membezakan daripada pengorbanan lain yang dilakukan demi kekasih, demi keluarga dan bangsa yang belum tentu diredai oleh Allah.

Terimakasih kepada Tuan Blog diatas perkongsian ilmu ini.
 kredit: Blog Ummatan Wasatan

Friday, October 14, 2011

Hukum mengukir hiasan inai berlebihan.

Assalamualaikum.
Salam pagi Jumaat yang mulia buat semua.
Perkongsian ilmu pada pagi ini..Jom baca..

Persoalannyer :

Apakah Hukum Wanita Mengukir Hiasan Pada Tangan Menggunakan inai.




Sekarang ini ramai perempuan (pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu di tangan berupa awan larat ataupun daun. Kita lihat dan nilai berdasarkan hadis Nabi ini :

Dari Ibnu Umar r.a katanya: "Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan Baginda mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu." [hadith bil. 2003 : Sahih Muslim]

Dari Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain,wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain, wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)" [hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari]

Jelas Dato' Abu Hasan Din Al-Hafiz: "Inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu adalah kategori tatu,kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul di hujung jari."


************************************************************************************


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

- Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.

- Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan.

-Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.

-Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.


Jangan sampai kita menolak syariat semata-mata untuk mengikut adat. Apa gunanya kita beragama Islam, apa gunanya kita bermazhab jikalau kita tidak mengikuti syariat dan hukum yang telah ditetapkan.
Wallahua'lam.

Renung-renungkanlah dan selamat beramal wahai wanita-wanita yang chanteq.

Kredit : http://faish5807.blogspot.com/

Monday, August 22, 2011

ZAKAT FITRAH Tanda Orang Beriman




Syarat-syarat wajib zakat ialah Islam, merdeka, sempurna milik, cukup nisab, cukup haul (genap setahun hijriah dan niat untuk berniaga (zakat perniagaan sahaja). Bagi mereka yang ada syarat-syarat tersebut, tidak wajar untuk berlengah lagi. Zakat sudah menjadi perkara wajib yang patut dilakukan.

Mengapa kita perlu bayar zakat? Mungkin ada di kalangan yang cetek pengetahuan tertanyatanya apa hikmahnya pembayaran zakat ini. Wang daripada usaha dan titik peluh mereka yang bersungguh-sungguh itu, kenapa perlu diberikan sebahagiannya kepada orang lain?
Firman Allah SWT yang bermaksud,

“Wahai orang-orang yang beriman, belanjakan sebahagian hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi…” (al-Baqarah:267).

Daripada ayat di atas, fahamlah kita bahawa kita perlu mengeluarkan zakat iaitu menyalurkan sebahagian daripada harta kita yang lebih itu kepada orang lain yang memerlukan. Kewajipan ini diperintahkan oleh Allah yang mana zakat terdiri daripada rukun Islam yang keempat.

Zakat terbahagi kepada dua iaitu zakat fitrah dan zakat harta. Zakat fitrah ialah zakat yang wajib dibayar pada Ramadan sahaja bermula 1 Ramadan sehingga 1 Syawal iaitu sebelum kita menunaikan solat sunat Aidilfitri.
Manakala zakat harta pula ialah zakat yang boleh dibayar pada bila-bila masa sahaja dengan kadar 2.5 peratus daripada jumlah harta yang dimiliki. Ini bermaksud dalam harta kita itu ada hak golongan lapan asnaf yang layak menerima zakat daripada kita.

Apabila sebut zakat, ramai yang menganggap zakat fitrah. Malah ia menjadi bahan bual bicara di sepanjang Ramadan hinggalah menjelang hari raya Aidilfitri. Ketika itu, orang ramai akan berpusu-pusu membayar zakat di pusat zakat, kaunter bergerak, masjid dan di mana sahaja tempat yang menyediakan khidmat pembayaran zakat.

Kesimpulannya zakat wajib dibayar oleh orang Islam yang berkemampuan bagi membersihkan dan menyucikan harta mereka.

kredit buat iluvislam
Related Posts with Thumbnails

Tuesday, August 16, 2011

Nuzul Quran ( perkongsian maknanya)

 Assalamualaikum.

 Dalam tak sedar, hari ni dah 16 ramadhan. Makna nya esok dah 17 ramadhan ye.
 Mari kita sama-sama lihat apa itu NUZUL QURAN yang Ariana sempat baca dari sini
 Kredit buat penulis.



NUZUL AL-QURAN  

Sejarah al-Quran: Antara  peristiwa agung dalam sejarah umat Islam di bulan Ramadan ialah turunnya kitab suci al-Quran atau disebut Nuzul al-Quran. Ia dirakamkan dalam al-Quran, melalui firman Allah yang bermaksud: “Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185) 
Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira’ tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad saw.

Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar yang dikurniakan kepada Nabi saw. Kita hendaklah beriman dan mempercayai isi kandungan al-Quran. Beriman dengan al-Quran merupakan salah satu dalam Rukun Iman.
Erti Nuzul al-Quran: ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah dari tempat sebelah atas ke tempat di sebelah bawah.‘Al-Quran’ pula bermaksud bacaan atau himpunan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia. Ia juga dikatakan himpunan kerana dalam al-Quran itu terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat dan sebagainya.1


Nama-Nama Lain:


Selain disebut al-Quran, ia  juga disebut al-Kitab, al-Furqan, An-Nur, al-Zikr dan lain-lain.
 Proses Penurunan al-Quran: Al-Quran diturunkan beransur-ansur dalam masa 23 tahun.13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah. Kehebatan al-Quran:
1.         Allah berfirman yang bermaksud: “Katakanlah wahai Muhammad, sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan sebanding dengannya walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri.” (Surah al-Israa’, ayat 88)
2.         Orang yang membaca, menghafaz dan melihat sambil memikirkan keajaiban yang ada pada susunannya diberikan pahala.
3.         Al-Quran sumber hidayah bagi kebahagiaan hidup manusia di dunia dan di akhirat.
4.         Tidak sesiapa pun sama ada di kalangan manusia atau jin yang mampu mencipta  ayat yang menyerupai al-Quran. Firman Allah yang bermaksud: “ dan jika kamu merasa ragu-ragu dengan apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami, bawalah satu surah yang seumpamanya, ajaklah saksi-saksi (penolong-penolong) kamu, selain Allah, sekiranya kamu (di kalangan) orang yang benar.”(al-Baqarah, ayat 23).
5.         Al-Quran merupakan mukjizat tertinggi dan teristimewa yang hanya dikurniakan kepada Nabi saw.
6.         Manusia belum mampu menyelami dan menerokai rahsia al-Quran secara menyeluruh sehingga hari ini. Ini bererti sifat kehebatan, kesaktian, keagungan dan keunggulan al-Quran secara tersendiri dengan pengertiannya yang amat luas dan mendalam  kekal terpelihara hingga kiamat.
7.         Al-Quran sebagai petunjuk jalan kebenaran. Membawa manusia daripada kegelapan kepada cahaya yang terang. Allah berfirman yang bermaksud: “Inilah Kitab yang tiada keraguan padanya, menjadi petunjuk kepada orang yang bertakwa.” (al-Baqarah, ayat 2)2 
8.         Membaca al-Quran mendapat ganjaran pahala dan syafaat daripada Allah. Rasulullah saw bersabda dengan maksud: ‘Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya.”
  Tuntutan al-Quran: Sesungguhnya al-Quran mempunyai tiga hak yang wajib ke atas umat Islam untuk menunaikannya. 
  1. Hak untuk membaca dan bertilawah kepadanya.
  2. Hak untuk bertakbir atau memahami makna dan menjiwai kehidupan.
  3. Hak untuk beramal dengan seluruh isi kandungannya.
   Peringatan: 
  1. Al-Quran untuk dibaca buka dijadikan perhiasan.
  2. Al-Quran tidak menjadi syifa’ (ubat) bagi orang yang ingkar dan zalim.
  3. Al-Quran menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa.
  4. Hati yang keras boleh dilembutkan dengan hidayah al-Quran dengan keizinan Allah.
  5. Pesan Nabi saw: Aku tinggalkan dua perkara yang jika kamu berpegang kepada kedua-duannya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitab Allah (al-Quran) dan Sunnahku (al-Hadis).
     Semoga Ramadan kali ini membawa rahmat buat kita semua. Amin.     

Friday, August 12, 2011

Buat baik, jangan harap balasan

Assalamualaikum.

Salam pagi Jumaat yang mulia, Salam ramadhan ke 12.

Hanya sekadar renungan bersama hari ini..

Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (Surah Al-Baqarah:214)
T.kasih Iluvislam.com

Tuesday, August 9, 2011

Jawapan untuk soalan tentang syaitan yang diikat..

Assalamualaikum.

Pernah tak anak-anak atau kalau yang jadi cikgu tu.  murid dia mesti tanya..cikgu, kan bulan ramadhan semua syaitan dah kena ikat,tapi kenapa ramai orang buat jahat lagi..Hah..ini ada satu jawapan yang bijak dan sesuai untuk soalan tu..Ariana terjumpa masa bw tadi kat facebook Iluvislam. Ibarat macam air yang dikacau laju didalam cawan, bila sudu dah diangkat pun kan air nya masih berkocak lama.. Sudu tu ibarat syaitan, dan kita ibarat kopi..sebab tu amalan buruk memang akan terbawa-bawa..dah sah-sahlah memang perangai buruk tu ada lah kita sendiri tu, pasal syaitan dah kena ikat..huhu. Jadi..AWAS ye!!


 A student asked his teacher: "If the shaytan (devil) is locked up during Ramadan, why do people still do bad things?" 

Teacher answered: "What happens when you stir a cup of coffee for a long time?
After you take the spoon out the coffee continues to stir on its own, right?
Shaytan is that stirrer and we are his coffee. Our bad habits continue to stir even when he is away."
Sama-samalah kita renungkan ye..!

Tuesday, August 2, 2011

My favourite contact..

Assalamualaikum.
Gambar google

God doesn't have a BlackBerry or an iPhone, but He is my favourite contact. 
He doesn't have Facebook, but He is my best friend.
He doesn't have Twitter, but I follow Him and He doesn't have internet, but I am connected to Him.

Subhanallah. Allahuakbar.

Friday, July 15, 2011

Nisfu sya'ban

Assalamualaikum.
Dah masuk Nisfu Sya'ban rupanya kita..


Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)
 
Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:
  • Solat sunat nisfu sya'aban - terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini: 1)Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah. 2)Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah
  • Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya. 1) Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah. 2) Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah. 3)Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman.
  • Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban). Bermakna pada hari Ahad ini.
  • Moga kita semua dilimpahi keberkatan dan diterima segala amalan kita pada bulan yang berkat ini. Ameen.

Friday, July 1, 2011

Selamat tinggal bulan Rejab , selamat datang bulan Syaaban


Assalamualaikum.
Salam Jumaat Saiyyidul aiyam.

Rejab telah berlalu, Syaaban kini menjelma..

gambar hiasan-google
Ya Allah, berkati kami di bulan Rejab dan Sya’ban, dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan. Bantulah kami untuk melaksanakan ibadah puasa, melakukan solat malam, menjaga lisan dan memelihara pandangan. Jangan jadikan puasa kami hanya lapar dan dahaga. 

Sesungguhnya bulan Rejab adalah bulan untuk memohon keampunan dari segala dosa dan bulan Syaaban pula adalah untuk memperbaiki hati dari segala keburukan dan kekurangan, dan bulan Ramadhan pula untuk memberi penerangan hati sedang malam Lailatul Qadar adalah mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.


Keutamaan Bulan Sya’ban

Rasulullah saw bersabda: “…Bulan Rejab adalah  bulan Allah, Sya’ban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku…”(Mafatihul Jinan, bab 2, Sya’ban)

Rasulullah saw bersabda:

“Sya’ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan Allah. Barangsiapa yang berpuasa satu hari, maka wajib baginya syurga. Barangsiapa yang dua hari, maka ia akan menjadi sahabat para nabi dan shiddiqin pada hari kiamat. Barangsiapa yang berpuasa penuh satu bulan dan bersambung dengan bulan Ramadhan, maka dosa-dosa diampuni, dosa kecil maupun dosa besarnya walaupun ia berasal dari darah haram.” Hadis ini  diriwayatkan oleh Imam Ali bin Abi Thalib (sa). (Fadhail Al-Asyhur Ats-Tsalatsah: 55)
Untuk mengetahui amalan-amalan yang baik di bulan Syaaban lihat disini.
 

Friday, June 24, 2011

Amalan doa ketika mengandung

  
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Salam pagi Jumaat buat semua..
Jom kongsi ni, terutama bagi ibu-ibu yang mengandung diluar sana..
Gambar hiasan


Amalan yang selalu digalakkan kepada ibu-ibu mengandung adalah seperti membaca beberapa ayat al-Quran dari surah al-Baqarah (ayat kursi dan akhir al-Baqarah) yang berkhasiat menghindarkan anak yang dikandung juga ibu yang mengandung daripada bisikan dan gangguan syaitan sama ada semasa mengandung, semasa kelahiran seterusnya sehingga anak membesar. Ia dibaca sebagai wirid pada waktu pagi dan petang dengan disusuli sekurang-kurang surah empat Qul iaitu surah al-Kafirun, al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Nas.
Seterusnya elok diamalkan doa-doa yang biasa dibaca selepas solat, doa memohon keselamatan dan kesejahteraan serta zuriat yang soleh ataupun doa khusus semasa mengandung.


Selain amalan doa di atas, ibu-ibu mengandung juga digalakkan membaca keseluruhan al-Quran (khatam al-Quran) sekurang-kurangnya sekali semasa tempoh mengandung sembilan bulan itu. Sekiranya tiada kemampuan, maka boleh juga dilazimi beberapa surah seperti surah Luqman, surah Yusuf, surah Maryam, surah Yaasin dan juga surah Taha.

Semoga bermanfaat. Wallahu a'lam.

sumber: Tazkirah.

Tuesday, June 21, 2011

Perbualan Rasulallah S.A.W dengan iblis

Ariana terbaca kisah menarik ini, dan terpanggil untuk dikongsikan bersama-sama sebagai satu renungan buat kita.. 
Kredit buat Iluvislam.com

Telah diceritakan bahawa Allah s.w.t. telah menyuruh iblis laknatullah datang kepada Nabi Muhammad s.a.w agar menjawab segala pertanyaan yang baginda tanyakan padanya. Pada suatu hari Iblis laknatullah pun datang kepada Baginda s.a.w. dengan menyerupai orang tua yang baik lagi bersih, sedang ditangannya memegang tongkat. 

Bertanya Rasulullah s.a.w, "Siapakah kamu ini ?" 
Orang tua itu menjawab, "Aku adalah iblis." 
"Apa maksud kamu datang berjumpa aku ?" 
Orang tua itu menjawab, "Allah menyuruhku datang kepadamu agar kau bertanyakan kepadaku." 

Baginda Rasulullah s.a.w lalu bertanya, "Hai iblis, berapa banyakkah musuhmu dari kalangan umat-umatku ?" 
Iblis menjawab, "Lima belas." 

1. Engkau sendiri hai Muhammad. 
2. Imam dan pemimpin yang adil. 
3. Orang kaya yang merendah diri. 
4. Pedagang yang jujur dan amanah. 
5. Orang alim yang mengerjakan solat dengan khusyuk. 
6. Orang Mukmin yang memberi nasihat. 
7. Orang yang Mukmin yang berkasih-sayang. 
8. Orang yang tetap dan cepat bertaubat. 
9  Orang yang menjauhkan diri dari segala yang haram. 
10. Orang Mukmin yang selalu dalam keadaan suci. 
11. Orang Mukmin yang banyak bersedekah dan berderma. 
12. Orang Mukmin yang baik budi dan akhlaknya. 
13. Orang Mukmin yang bermanfaat kepada orang. 
14. Orang yang hafal al-Quran serta selalu membacanya. 
15. Orang yang berdiri melakukan solat di waktu malam sedang orang-orang lain semuanya tidur. 

Kemudian Rasulullah s.a.w bertanya lagi, "Berapa banyakkah temanmu di kalangan umatku ?" 
Jawab iblis laknatullah, "Sepuluh golongan :- 

1. Hakim yang tidak adil. 
2. Orang kaya yang sombong. 
3. Pedagang yang khianat. 
4. Orang pemabuk/peminum arak. 
5. Orang yang memutuskan tali persaudaraan. 
6. Pemilik harta riba'. 
7. Pemakan harta anak yatim. 
8. Orang yang selalu lengah dalam mengerjakan solat/sering meninggalkan solat. 
9. Orang yang enggan memberikan zakat/kedekut. 
10. Orang yang selalu berangan-angan dan khayal dengan tidak ada faedah. 

Mereka semua itu adalah sahabat-sahabatku yang setia." 
Itulah di antara perbualan Nabi dan iblis laknatullah. Sememangnya kita maklum bahawa sesungguhnya Iblis laknatullah itu adalah musuh Allah s.w.t. dan manusia. Dari itu hendaklah kita selalu berhati-hati jangan sampai kita menjadi kawan iblis laknatullah, kerana sesiapa yang menjadi kawan iblis laknatullah bermakna menjadi musuh Allah s.w.t.. Demikianlah sebaliknya, sesiapa yang menjadi musuh iblis laknatullah bererti menjadi kawan kekasih Allah s.w.t..

Wednesday, June 15, 2011

Apa itu penyakit wahn?

Apa itu penyakit wahn?

Diceritakan semasa dalam peperangan dizaman rasulullah S.a.w .

Dari Tsauban berkata, Rasulullah saw. bersabda,

"Hampir saja bangsa-bangsa mengepung kamu, seperti kelompok orang lapar siap melahap makanan". 
Berkata seorang sahabat, "Apakah karena jumlah kami sedikit pada waktu itu?" 
Rasul saw. menjawab, "Jumlah kalian pada saat itu banyak, tetapi kekuatan semangat kalian seperti buih ditengah lautan.

Allah mencabut rasa takut dari musuh terhadap kalian, dan memasukkan kedalam hati kalian penyakit Wahn".

Berkata seorang sahabat, "Wahai Rasulullah saw., apa itu Wahn?

" Rasul saw. berkata, "Cinta dunia dan takut mati." 

(H.R. Ahmad dan Abu Daud)

Moga kita semua dijauhi Allah dari  penyakit wahn.

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink