Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Monday, August 22, 2011

ZAKAT FITRAH Tanda Orang Beriman




Syarat-syarat wajib zakat ialah Islam, merdeka, sempurna milik, cukup nisab, cukup haul (genap setahun hijriah dan niat untuk berniaga (zakat perniagaan sahaja). Bagi mereka yang ada syarat-syarat tersebut, tidak wajar untuk berlengah lagi. Zakat sudah menjadi perkara wajib yang patut dilakukan.

Mengapa kita perlu bayar zakat? Mungkin ada di kalangan yang cetek pengetahuan tertanyatanya apa hikmahnya pembayaran zakat ini. Wang daripada usaha dan titik peluh mereka yang bersungguh-sungguh itu, kenapa perlu diberikan sebahagiannya kepada orang lain?
Firman Allah SWT yang bermaksud,

“Wahai orang-orang yang beriman, belanjakan sebahagian hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi…” (al-Baqarah:267).

Daripada ayat di atas, fahamlah kita bahawa kita perlu mengeluarkan zakat iaitu menyalurkan sebahagian daripada harta kita yang lebih itu kepada orang lain yang memerlukan. Kewajipan ini diperintahkan oleh Allah yang mana zakat terdiri daripada rukun Islam yang keempat.

Zakat terbahagi kepada dua iaitu zakat fitrah dan zakat harta. Zakat fitrah ialah zakat yang wajib dibayar pada Ramadan sahaja bermula 1 Ramadan sehingga 1 Syawal iaitu sebelum kita menunaikan solat sunat Aidilfitri.
Manakala zakat harta pula ialah zakat yang boleh dibayar pada bila-bila masa sahaja dengan kadar 2.5 peratus daripada jumlah harta yang dimiliki. Ini bermaksud dalam harta kita itu ada hak golongan lapan asnaf yang layak menerima zakat daripada kita.

Apabila sebut zakat, ramai yang menganggap zakat fitrah. Malah ia menjadi bahan bual bicara di sepanjang Ramadan hinggalah menjelang hari raya Aidilfitri. Ketika itu, orang ramai akan berpusu-pusu membayar zakat di pusat zakat, kaunter bergerak, masjid dan di mana sahaja tempat yang menyediakan khidmat pembayaran zakat.

Kesimpulannya zakat wajib dibayar oleh orang Islam yang berkemampuan bagi membersihkan dan menyucikan harta mereka.

kredit buat iluvislam
Related Posts with Thumbnails

2 comments:

Kakzakie Purvit said...

Betapa nikmat Allah berikan pada kita terlalu banyak, zakat yg dikenakan terlalu sedikit moga jadi ingatan pada kita semua... Ramai yg memerlukan hasil dari zakat yg kita hulurkan itu...

Rina Rahamat said...

ya betul..moga kita semua x lupakan tanggungjawab nih..mcm rina harapkan asben jela kan???

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink