Assalamualaikum dan Salam Jumaat Saiyidul ayyam.
Semalam, Ariana dikejutkan dengan satu panggilan telefon dari seorang rakan lama..Ariana tengah memandu balik dari mesyuarat disekolah waktu tu. Rupanya ada berita sedih yang disampaikan..seorang sahabat, jiran malah boleh dianggap seperti kakak sendiri..telah kembali kerahmatullah dihari baik, bulan baik ini. Innalillahhiwainnailaihirojiun. dari Allah kita datang kepadanya jua kita kembali. semoga roh Kak Akma dicucuri rahmat Allah hendaknya.
Nasib kita yang belum tahu bagaimana. Kak Ma yang ariana kenal memang seorang yang sangat baik hati, penyayang dan murah hati orangnya. ariana pernah berjiran dengannya selama beberapa tahun, waktu tu anak-anak kami masih kecil lagi, sehingga lah kali terakhir kami bertemu kira-kira setahun yang lalu, rupanya dia dah berpindah balik mengajar di kampungnya di Kemaman. Kalau nak dikirakan, oarngnya bukanlah dah tua sangat..baru sekitar 45 tahun, tapi bila tiba waktu..memang takkan lambat atau cepat walau sesaat pun..
sepertimana firman Allah dalam surah Munafiqun-11
Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.
Surah al an'am -2
Dialah Yang menciptakan kamu dari tanah, sesudah itu ditentukannya ajal (kematianmu), dan ada lagi suatu ajal yang ditentukan (untuk berbangkit) yang ada pada sisi-Nya (yang Dia sendirilah mengetahuinya), kemudian kamu masih ragu-ragu (tentang berbangkit itu).
Al Imran-185
Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.
Apa yang menyedihkan ariana, arwah pergi meninggal kan 4 orang anak, tapi yang dua orang tu, baru berumur 7 dan 9 tahun.. dua-duanya perempuan, manakala seorang kakak dan abangnya dah agak dewasa.
Tetapi, setiap kejadian itu pasti ada hikmahnya..bagaimana sayng atau kasihnya kita pada seseorang itu, namun Allah lebih mengasihinya.
Bila ariana fikir-fikirkan.. timbul rasa insaf sekejap..bila lah pula tiba masa kita.. cukupkah sudah amalan kita..bagaimana dengan anak, suami yang ditinggal..hutang piutang, jika ada..atau apa-apa tugas dan tanggung jawab yang belum selesai..
Sempena bulan yang mulia ini, pesan untuk diri sendiri..bisik pada jiwaku.. Ya Allah..Jadikanlah aku dan seisi keluargaku seorang yang tahu bersyukur serta sentiasa berusaha ke arah menambah amal ibadah kepadamu..dan minta jauh dari buta mata hati dan cintakan dunia ( hubbuddunnia) semata-mata.
Amin Ya Rabbal a'lamin.
10 comments:
tula kan..takut bila ingat mati..al-fatihah utk arwah dan takziah utk keluarganya..
al-fatihah buat arwah..
kita tak tau bila sampai masa kita..
adakah cukup amalan kita.. adakah sempurna semuanya..?
al-Fatihah...
takziah utk keluaga arwah..
bila dah sampai masanya kita pergi jugak. Al- Fatihah buat arwah..
al-fatihah buat arwah..
2 -3 menjak ni asyik dengar kematian je... terasa ajal makin dekat..
al-fatihah...
berat mata memandang,berat glg bahu memikul..semoga keluarga arwah tabah hadapi dugaan ini...
al-fatihah...
tu la kak.. takut la bila ingat soal mati ni.. takut bukan apa kak... saya selalu berdoa agar biarlah saya selesai tugas sebagai ibu, umat nabi dan selesa dengan kehidupan... tapi soal hidup mati ni hanya Allah saja yg tau...
al-fatihah- gitula Ariana..sampai masa, giliran kita pula. entahlah bila?
salam ziarah n salam perkenalan buat ariana...thanks yer sbb lawat blog mama...
ajal maut itu telah ditetapkn oleh Allah maka bersedialah kita walaupun kematian itu satu keperitan yg amat menyedihkan...:)
Post a Comment