Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Tuesday, August 16, 2011

Kalau tak main tak meriah?

Assalamualaikum.

Dah masuk hari ke-16 kita berpuasa. Alhamdulillah.
Dalam keasyikan jemaah menunaikan solat tarawih, sana sini terdengar bunyi mercun.
Riuh rendah suara kanak-kanak diluar masjid. Ada yang kata mengganggu, tapi kalau tak de budak-budak ni, tentu lah sunyi dan tak meriah pulak kan..Memang begitu lah setiap tahun..Dulu, masa kita, sekarang masa anak-anak kita pula.

Semakin dilarang, semakin menjadi-jadi..anak-anak yang bermain bunga api, boleh tahan lah lagi, ini mercun dumdam sana sini. Rumah ariana ni, kebetulan dihadapan padang bola. memang tempat budak-budak main mercun, selalu juga terkejut terutama bila mereka baling mercun tu betul-betul kearah rumah kami, tapi apa boleh buat..nak marah pun,tak guna. Nama pun budak-budak. Bukan mereka tak dengar sana sini, berita ada yang putus jari dan sebagainya..Tapi, ariana rasa kalau diorang tak gatal mengubah ngubah suai mercun tu, tak timbul benda ni..dan kalau setakat main bunga api tu, rasanya tak lah merbahaya sangat. Ye tak..

Dan satu lagi, ibu bapa tu kenalah tolong pantau sama, atau ingat kan mereka selalu tentang bahaya main mercun ni..Jangan dah terlambat, baru nak menyesal kan..
Ariana cakap ni, sebenarnya anak-anak ariana pun main bunga api je lah banyak, kalau mercun yang simple-simple tu, mesti Abah diorang kena ada sama..( ni abah yang selak sebenarnya..huhu)
Apa pun, moga kita semua sentiasa diberkati dibulan yang mulia ini dan dijauhkan dari segala yang tak baik..Berhati-hati lah bagi yang nak main juga bunga api atau mercun tu..( pesan kan diri sendiri ni..)

Jom belek gambar main bunga api ( tahun lepas ni,,)

Hah..tengok tu..kan abah yang main..:)






Hah.! yang ni gambar Top Secret ni..!
Hushh! Abah nya yang belikan rupanya!

5 comments:

halila Ibrahim said...

sama la.. saya n suami pun bg anak2 main tapi tengok la..tak kan nak larang kot.. kesian..

Rozita Ceritaita said...

kami nak cari gak kak... buat meriahkan anak2..hehe.. sebenarnya mak dia yg lebih..

mrs kayrul said...

tak seoronok kalau raya takde mercun ngan bunga api nie..hubby pun tengah tercari bunga api untuk main ngan anak nanti ..hehhehe

♥MAMASYAZA♥ said...

anak2 saya belum mula lagi sesi main bunga api...heheeheh

Ct noarizah said...

Tahun ni ank2 sy di ingatkan tak do mercun..itu kata si ayahnya sebelum raya takut nanti malam raya ayahnya tu yg lebih2 main dr si anaknya.

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink