Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Friday, August 19, 2011

Ifthar meraikan anak yatim bersama YMTM Pahang.

Assalamualaikum

Alhamdulillah, majlis ifthar atau berbuka puasa bersama YM Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah, berjalan dengan lancarnya pada petang semalam, Khamis bersamaan 18 ramadhan.
Majlis ini diadakan bagi meraikan dan memberi sumbangan raya kepada anak-anak yatim daerah Kuantan yang seramai 400 lebih yang terpilih semalam.
Semua peserta atau anak yatim yang layak menerima semalam, mula tiba mendaftar pada jam 5 petang. YMTM tiba di masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan pada jam 6.15 petang dan majlis menyerah sumbangan terus diadakan sehinggalah tiba waktu berbuka dan kami sama-sama menikmati juadah berbuka disini.
Kereta para VIP

TM..Tengku Mahkota


Acara seperti ini, memang diadakan pada setiap tahun bagi membantu meringan kan beban anak-anak yatim ini, disamping membantu menceriakan lagi sambutan hari raya mereka.
Di hari baik, bulan baik ini, mari lah sama-sama kita membantu setakat yang kita atau mampu, atau mengikut kemampuan yang ada pada kita kerana terlalu ramai insan yang amat memerlukan bantuan tak kira dari segi kewangan, pakaian, makanan dan lain-lain lagi.
Menunggu masuk wakru berbuka

Tempat makan VIP

Dewan makan diraja

Dewan makan diraja


Anak-anak yatim berkumpul menunggu ketibaan TM


Rasa ralat tak bawa dslr..nak pergi dekat2..malu lah plk..huhu

Pembahagian cenderahati bermula

Dalam bulatan tu adalah YMTM..kelabu sgt sebab jauh..huhu


Tetamu sedang menunggu ketibaan TM

Suasana ketika pemberian cenderahati

berbaris panjang

Meja untuk Staff An Nadwah

Apa yang Ariana perhatikan, dan membuat Ariana rasa pilu, bila begitu ramai sekali mereka yang susah, seperti ibu tunggal, warga tua dan mereka yang miskin, turut hadir pada majlis ini, walau pun yang menerima bantuan pada hari ini hanya lah anak-anak yatim, yang berdaftar, yang memang mempunyai senarai namanya, tetapi ada juga ibu-ibu tunggal yang datang dan selitkan anak mereka semasa perbarisan untuk menerima sumbangan dari YMTM. Kami yang nampak, hanya buat-buat tak tau sahaja, kerana rasa kesian dan simpati yang amat sangat pada mereka ini. Memang ini lah yang berlaku setiap tahun. Begitu susahnya mereka hingga sanggup berbuat begitu. Kita yang agak senang dan bernasib baik ini, patut bersyukur dan ingat mengingati terutama kepada anak-anak kita agar berbelanja dengan berhemah, tidak membazir dan hargai apa yang kita ada. Kenangkanlah pada yang tiada..

16 comments:

halila Ibrahim said...

Betul la kak.. saya memang sedih kalau bab2 anak2 yatim n org kurang mampu ni..

Lagipun kalau kita rajin bersedekah Allah akan melipatgandakan rezeki kita.. betul kan kak.. tu yg saya pegang..

SITI NOARIZAH ARIS said...

Syukur dengan rezeki yg ada hr ini... selalu igt bila kita susah ada lagi yg lebih susah dr kita.

aizamia3 said...

syukur mereka dapat sesuatu yang mampu menggembirakan mereka aidilfitri ni..
bersyukur kita masih mampu melalui dengan tenang..

~izan~ said...

owh hari tu ada buat kat tmpt mak izan kat muadzam..anak buah izan dtp sumbangan ni..sbb anak buah izan anak yatim...

masjid situ mesti ramai yer kak time maghrib sbb yg berbuka kat padang mesti solat situ jugak kan =)

Unknown said...

Btol tu. Pakar setuju. Ramai yang dok ingat dia susah pasal dok compare ngan orang senang. Cuba kalau bandingkan dengan org susah. Barulah ada rasa syukur....

Kaz said...

Sedihnya baca entry ni. Kalau Kak Ariana nak tau, Kaz pun pernah melalui hidup susah setelah arwah bapa meninggal ketika Kaz berumur 14 thn. Kaz pun pernah beratur utk terima zakat buat anak2 yatim. Sedihnya hati hanya Allah yg tahu. Namun kesusahan itulah yg menjadi pencetus semangat utk mengubah nasib diri dan keluarga. Bila tgk golongan yg krg bernasib baik ni mmg rasa sedih sgt. Terdetik di hati, kalau Kaz kaya bolehlah tolong semua org.

ariana said...

Fazz; betul tu.Mudah-mudahan allah lipatgandakan rezeki kita dan kita kena ingat didalam rezeki yg kita terima kadang ada sebahagian utk org lain..contoh..kalau org kerja.., untuk upah org yg jaga anak dia, atau org gaji dai..kan masing2 semua mencari rezeki juga..( berbelit plk cakap..:)

ariana said...

Ct: betul tu, jgn banding diri dgn org yg lebih senang..

ariana said...

Ai: ye lah..akak tumpang gembira tgk mereka gembira:)walau pun tak dpt nak hulur bantuan lain..

ariana said...

Iza: ramai tok sah ckp lah..mmg ramai sgt2..sbb semua berkumpul kat situ..izan bkn tak tau..org Ktn jg kan..:)

ariana said...

Petua pakar: tau x pe..kena pandang atau lihat org yg lebih susah dr kita..

ariana said...

Kaz: oh..ye ke..Kaz pun kehilangan ayah awal juga ye..tak pe lah..allah lebih sygkannya dan tentu ada hikmah sebaliknya, kalau tak, mngkin Kaz x jadi sprtimana Kaz skrg kan..Mudah-mudahan kita diberi rezeki lebih untk dikongsi bersama yg memerlukan..amin..

Anonymous said...

yela kak..kdg2 derang rasa time2 cmni je masa derang nak bermewah sket. kita ni dh ada lebih pe yg cukup pun kdg2 rs mcm xcukup kan??

anumuchan said...

alhamdulillah, bulan2 puasa ni murah rezeki anak2 yatim kan..nmpk meriah betul, ramai yg hadir..

ariana said...

Fit: betul tu,kita selalu terlupa..sesekali bilaakak pergi program mcm ni..sedar skjp huhu..

ariana said...

Anum: Alhamdulillah. memang ramai yang hadir..rezeki budak2 tu..

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink