Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Monday, August 15, 2011

Iftar Padang MPK

Assalamualaikum.

Pada hari Sabtu baru ni, Ariana sekeluarga ( kecuali Yaya yang berada di kolej), telah berbuka puasa ala piknik gitu kat Padang MPK Kuantan. Oleh kerana pada hujung minggu, ramai sungguh manusia. Subhanaallah. Terkejut juga kami sebab penuh satu padang bola tu dengan manusia berbagai peringkat umur, dari baby sampai lah yang tua..ini baru kat atas dunia..bagaimanalah nanti di padang masyar..

Bila dah ramai, berbagai pula lah ragamnya.Ariana sebenarnya bukanlah suka sangat dengan keadaan yang bersesak-sesak tu, tapi kalau sesekali macam ni, boleh lah..selain mengubah selera dan suasana berbuka, banyak yang boleh kita perhati dan ambil pengajaran nya disebalik semua ni.. Ya lah..anak-anak yang sedang membesar macam Tiha dan Eisya sesekali elok juga jika didedahkan dengan bermacam perkara.Biar mereka rasa semua.Susah mau pun senang.

Ok lah, jom kita tengok gambar, yang tak berapa terang ni, sebab pakai kamera poket je, Tiha malas nak kandar dslr dia..huhu.Dia nak pergi pun, mujur. Mulanya tak mau pergi..panas katanya..Hai anak-anak sekarang, nak bersenang lenang je..

Eisya tengah lapar, tak peduli kan orang dah..:)


Tengah makan pun nak tengok orang lagi Cik abang oi..:)

Ramainya manusia..penuh satu padang bola!


Penuh sesak

Sedapnya puding raja tu..!


Tuan puteri ni mulanya tak mau ikut.konon..:)



Eisya sempat lagi posing ngan Abah

Nampak tak masjid kat belakang..sangat cantik..

10 comments:

mas saari said...

wah... bestnya!
tahun ni Mas tak dpt balik kuantan rumah mak mertua, husband tak dapat cuti! huhuhuuu

Unknown said...

cewah, menarik tu. Pakar bercuti di Kuantan start Nuzul Quran ni sampai ujung minggu. Nak cari baju raya dan bersoping mlm2 lepas terawih. ada suggestion tak??

klik sini untuk entri terbaru saya

ariana said...

Mas: tak dpt balik raya, balik lah bila2pun..dan jgn lupa terus ke Kuantan ni..:)

ariana said...

Petuapakar: Selamat datang ke Kuantan..nak shopping kat kuantan ni, kat mana ekk..KL lagii lah banyak tempat dan pilihan..tapi kalau style bazar tu banyaklah kat area sebelah padang MPk tu pun ada, dekat2 stadium pun ada..:)

Kakzakie Purvit said...

Bagusnya berbuka ramai-ramai kemudian solat maghrib mesti penuh masjid. Untung sebab masjidnya dekat...

mrs kayrul said...

salam kenal kak..bestnya berbuka puasa ramai2 macam tue...mesti macam gelagat manusia dapat tengok

najihahfara said...

waa...sonoknyeeee

No Lan said...

waaah, seronok betul kan kak klo dapat berbuka di luar..tp abg kata leceh huhu..dia lebih suka buka kat umah..klo ajak p buka masjid/surau pun dia agak keberatan huhu..

Azian Elias said...

berbuka di padang? tak pernah have this kind of experience.. Seronok ye?

Ztee_Azwanis said...

zte pun tk penah ada experience mcmni..... seronok kak ?

tp betul lah... ramainyerrrr ! kagum tgk ! mcm pesta.. betullah nti d pdang masyar kan
?

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink