Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Tuesday, June 21, 2011

air kosong penawar berbagai penyakit


  Sebenarnya dah lama tahu pasal kebaikan air kosong ni..Tapi entah kenapa Ariana sejak kecil memang tak berapa gemar air kosong yang kadang Ariana panggil "air tawar".
Sengaja Ariana paksa diri juga untuk minum sekurang-kurangnya beberapa gelas air tawar dalam sehari. Nasib baik lah anak-anak Ariana terutama yang ke dua tu, fatiha gemar sangat air tawar ni..Disini Ariana nak kongsi kan khasiat atau kepentingan meminum air kosong yang Ariana baca dari sini,

.Kajian para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai banyak manfaat.

Japanese Medical Society misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.

Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan di negara matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.
Bagaimanapun amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu mengikut beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.
  • Minum empat gelas air (160 ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi.
  • Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit.
  • Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
  • Selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh dua jam.
  • Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum empat gelas air sekali gus diperingkat permulaan, mereka boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.
Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu:
  1. Tekanan darah tinggi - 30 hari
  2. Gastrik - 10 hari
  3. Diabetes - 30 hari
  4. Sembelit - 10 hari
  5. Kanser - 180 hari
  6. Tibi - 90 hari.
Pesakit artritis hanya perlu mengikuti rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali diperingkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil. -

3 comments:

solomolo said...

skrg ni memang amalkan minum banyak air masak...
bangon tedo je terus minum 2 gelas...

ariana said...

Solomolo: bagus lah kalau mcm tu..akak pun tgh cuba ni..:)

~iz~ said...

info yg bagus...iz pn tengah cuba2 minum air masak sekerap mungkin...iz tengok pn kaum2 cina dh lama amalkan benda ni..diorg gi mana2 mesti ada bawa air masak dalam kuantiti yang banyak...rugi kalau kita amalkan...:)

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink