Assamualaikum semua.
Sekian, Wassalam.
Sesungguhnya didalam kehidupan kita seharian, bermacam dugaan yang kita lalui, bermacam perangai manusia yang kita jumpa..
Lebih-lebih lagi jika pekerjaan kita memerlukan kita berhadapan atau bertemu dengan ramai orang..Banyak orang, banyak pula ragamnya..
Hanya kesabaran yang menjadi benteng..
Setiap hari yang ditempuh, aku melihat sekeliling..
Rambut sama hitam, tapi hati lain-lain..(walau pun falsafah ni tak berapa sesuai dah guna kot..sebab rambut dah macam-macam warna dah..)
Namun kesimpulannya..begitulah.
lain orang, lain ragamnya..
Cuma pesanan ku, buat semua dan buat diri ku juga..
Jangan lah kita hanya memandang luaran sahaja penampilan diri seseorang itu..,
Jangan sesekali membuat kesimpulan sebelum mengenal hati budi seseorang itu.., hanya dengan cara pemakaian, penampilan atau rupa parasnya semata-mata..
walaupun, ada orang kata..first impression is important, tapi aku rasa tak adil dan kurang sesuai lah..
Hanya amalan , keikhlasan hati dan ibadah seseorang yang penting dan dinilai oleh Allah.
Juga penting bagi kita ialah menjaga hubungan kita , paling utama tentu lah dengan Allah S.w.t.
Kedua dengan ibu-bapa kita, suami, anak-anak seterusnya dengan saudara mara, rakan taulan dan jiran kita.
Janganlah ada rasa dengki mendengki sesama kita,
apatah lagi ,perasaan tidak boleh melihat orang lebih senang atau berjaya dari kita..
Perlu diingat, jika kita berperasaan sedemikian terhadap orang lain, suatu hari nanti kita akan diperlakukan perkara yang sama juga..dan ini tentu lah amat menyedihkan..
Mudah-mudahan dengan itu, kita akan sentiasa dihormati, disanjung dan dipandang mulia juga oleh mereka..
apatah lagi ,perasaan tidak boleh melihat orang lebih senang atau berjaya dari kita..
Perlu diingat, jika kita berperasaan sedemikian terhadap orang lain, suatu hari nanti kita akan diperlakukan perkara yang sama juga..dan ini tentu lah amat menyedihkan..
"You get. what you pay.."
Elok lah jika kita amalkan doa-doa seperti dibawah:
Elok lah jika kita amalkan doa-doa seperti dibawah:
“Ya Allah perindahkanlah akhlak ku seperti mana indahnya akhlak Rasulullah s.a.w , tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah orang-orang beriman…. Amin”
Doa buat ibu bapaku
Ya Allah, Rendahkanlah suaraku dihadapan mereka, Perindahlah ucapanku di depan mereka. Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan Lembutkanlah hatiku untuk mereka. Ya Allah, Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya Atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar Atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku, Peliharalah mereka Sebagaimana mereka memeliharaku.
2 comments:
suha cube ikot pesanan cik ngah ni ye ...
insya-allah..sy akan ingat pesanan ni..
Post a Comment